Daun Capa (Blumea balsamifera) memang terkenal di kalangan penduduk kampung khususnya generasi terdahulu yang menggunakan daun ini sebagai bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin.
Penulis menemui pokok ini semasa melawat salah sebuah kampung yang terletak di daerah Yan, Kedah. Pokok ini banyak tumbuh serta juga di tanam di sekitar rumah. Menurut pakcik yang ditemui, daun capa masih lagi digunakan sebagai ramuan mandian wanita lepas bersalin dan juga sebagai bahan campuran mandian bagi menyegarkan tubuh badan.
Jika anda biasa menggunakan tumbuhan ini tidak kira dalam perubatan atau sebaliknya, silalah kongsikan cerita anda di sini.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :24717
assalamualaikum..saya pelajar UPSI..saya sedang mencari pokok punai tanah atau mempelas punai tanah (Acrotrema costatum) untuk projek akhir saya..adakah encik pernah kenal dan tahu lokasi dimana saya boleh dapatkan pokok tersebut?
Pokok tersebut banyak terdapat dalam hutan. Boleh cuba cari dekat hutan simpan mana-mana yang berdekatan.