Pokok Selada atau nama saintifiknya Goniothalamus tapisoides merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan bunga di batang utama. Bunganya memang unik dan menarik sekali ketika kali pertama memandangnya.
Pokok Selada ini juga mempunyai keistimewaannya dari segi perubatan tradisional. Ia menjadi penawar gigitan bisa seperti ular, lipan dan serangga. Caranya daun pokok tersebut ditumbuk bersama kunyit dan ditampal ditempat yang terkena bisa. Selain itu, dipercayai juga, air rebusan akar pokok ini dapat mengubati sembelit.
Anda pernah melihat ke pokok ini atau mungkin juga ada yang menanamnya di halaman rumah. Memang cantik juga sekiranya dijadikan sebagai tanaman hiasan..
Number of View :19057
saudara,
saya tak pernah tengok pokok ini. Dimana boleh dapat benihnya? buahnya cantik. boleh makanke?
Terima kasih
Mohamed Hashim
saya pun tak pernah tengok, kalau sesapa ade benihnya boleh lah kongsi2…
saya seperti pernah tengok pokok ini di sarawak. ia seperti pokok selukai atau kayu hujan panas. kamu tidak menyatakan purata ketinggian dan adakah ia ada mengeluarkan bau serta tempat semulajadi ditemui??
salam..
macam pernah tengok daun pokok ni di hutan tapi buah macam ni tak ppernah jmppa plak..
salam.Kehijauwan daun nya tenang jika mata memandang nya memandangkan ia nya tanaman berumpun saya syor kan ia nya di tanam kan di penjuru halaman rumah.terima kasih.
salam…sy pn x pernah tgk pokok ni…pelik cara bunganya muncul iaitu dr tgh2 btg…tq sbb share
Senang Tanam ke ? Nak cuba dua pokok ke nak buat tananman hiasan. Dapat benih kat mana. Dan berapa lama boleh keluar buah cantik tu ??
memang unik pokok ini….itulah bertapa agangnya ciptaan tuhan..,saya pernah tgk pokok ini kt pahang dulu tapi tak tau nama sebab dikawasan orang asli…..memang cantik untuk buat landskap kt dpn umah…
terima kasih kerana memperkenalkan pokok selada pada saya., sekarang saya baru kenal pokok ini. dimana boleh mendapatkan benihnya. memang cantik dan unik pokok ini.
unik dan aneh, sy x penah tgk…huhu
unik laa pkok nie…..tp sy x pernh knl n tengok on pkok nie
unit mmng unit pokok nie………. tp cm ner nk dptkan benihnye.pokok nie senang ke nk ditanam.cm ner penjagaannye
unik n menarik…….. dimana boleh dpt bijih benih ni…. blh buat taman botani di halaman rumah…………..
rasa2 pnh tgk tapi tau tau nama aper… pernah jumpa kat taman hutan lipur..
mmg cnatik utk buat lanskap taman
di Taman Negara Bukit Lambir. Miri. Serawak…ada banyak…
bagusnya pokok ni tumbuh buah di batang elok juga tanam ka halaman rumah mana nak dapat benih saudara fazli
tq. pertama x dgr pkk ni.
Saya pun cuba mencari benih pokok ini.. memang sukar nak jumpa…
Terima Kasih, kenalkan saya pokok selada ni,
Saya tak pernah tengok pokok ni.
en. fazli syam:
kebanykn respons menghendaki benih pokok ini. dapat sekiranya tuan beri info hendak dapatkan benih ini. beri sekali lokasi, no.telnya. sekian terima kasih.
Tq. saya tak pernah tgok pokok ni. menarik sungguh.Teringin juga nak menanamnya tpi tak tau dimana nak beli benihnya..
salam…memang tak pernah tegk pokok ni. Atau biasa terjumpa, tetapi tak kenal pokok apa. bunganya pun cantik juga sebab unik. Rasanya ini diantara pokok-pokok yang mengalami proses kepupusan. Klu tahu dimana ada bekalan benihnya, bolehlah ditanam untuk dijadikan pokok hiasan di samping khasiatnya boleh dimanfaatkan.
Assalam… tak pernah lihat, tengok bunganya dah rasa pelik, macamana bau bunga agaknya.
Terima kasih yang terhingga untuk En. Fazli kerana sudi menghantar info ini.
apakah khasiat pokok selada ni..
Salam buat semua,
Tak pernah tengok pokok ini tapi daunnya hijau serta berkilat , cantik dibuat pokok hiasan dilaman.
Tks for the info ,patut dibukukan untuk pengetahuan kita dan generasi seterusnya.
Hello,
Saya macam pernah nampak tapi tak ingat di mana. Sama ada di Taman Pertanian Selangor, di Pulau Pinang atau di Lagud Seberang Tenom. Saya memang suka melawat ke Taman Pertanian di mana sahaja yang pergi di seluruh Malaysia. Apa-apa pun TQ atas perkongsian ini. Jumpa lagi.
Daun pokok ni hampir serupa dengan pokok kayu hujan panas, atau limpanas.
Jujur saya katakan saya tidak pernah melihat pokok ini sebelum ni.Terima kasih ye atas info pokok selada ni.
Salam, sy x pernah tgok pokok ni. first time dengar nmer die imagine mcm pokok lada tp laen plak rupanya..Klu tgok buah nyer mcm x leh mkn..tul ker??
salam , saya tak pernah tengok pun pokok yang unik ni terima kasih sudi berkongsi pengetahuan
Seingat saya suatu masa dulu pokok nih ada tumbuh didusun belakang rumah,nama tak ingat tetapi bunganya berbau wangi macam pisang masak tetapi sekarang pokok ini telah pupus dan x dapat la nak pastikan.
T.Kasih. Pertama kali tengok gambar. pernah dengar nama tapi tak pernah nengok. gitu rupanye….dapat gak new info
cantik & unik
Ya la memang unik. Boleh tahu di mana boleh tengok pokoknya. Bolehlah di-tissue culture-kan untuk pembiakan.
Salam.
mau tanya …kalau pohon tempuyung(daun tempuyung) itu seperti apa?..soalnya sanagt berguna buat para penyandang batu ginjal…
tanaman tersebut belum pernah saya lihat , tetapi di negeri saya, INDONESIA, tanaman selada adalah daun2 berwarna hijau muda dan dimakan sebagai salad dan juga lalapan dan sebagai hiasan untuk masakan steak.
unik pokok ni, sekali tengok bunga dia bunga pisang tapi pokok tak sama.
saya igtkn selada air…yg blh wat sayur..rasa mcm kangkung tu
unit dan menarik untuk lanskap , mana boleh dapat benihnya
pokok ni tumbuh kt hutan/ semak. jika tinggal kat kg mcm sexy, pkok ni buat mnyemak sbb mdh ddapati sebalikny jika rmh kt bndr cntik djadikn lanskap. jika org yg x prnh tgok pkok ni mesti rasa pelik n teruja n pantang jika tjumpa d htn kita nk angkut. hati2! ada yg ikut balik. tiap2 mlm mimpi ‘pulangkan! pulangkan!’ he2!
Menarik. Pertama kali tengok. Boleh dimakan ka buahnya?macam pisang pula buahnya.tq. atas info baru ni.
Terdapat banyak di Sarawak. Kaum Iban panggil LUKAI. Kaum Iban juga menggunakan kulit yang telah dicincang dan dikeringkan (dibakar) untuk menghalau Hantu. Aromanya mengalahkan Lavender.