Pokok Karas @ Gaharu

Pengenalan Pokok Karas

  1. Aquilaria spp. adalah pokok dalam family Thymelaecae.
  2. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.
  3. Pokok Karas di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.
  4. Terdapat 15 spesis dari genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi. Malaysia sendiri mempunyai 5 spesis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A. Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa.
  5. Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.
  6. Pokok Karas merupakan spesis di bawah CITES Appendix II, merupakan spesis terancam kerana kepupusan populasinya.
  7. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagaamaan dan sebagainya.

Senario di dalam Industri Gaharu

  • Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan, menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun.
  • Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
  • Harganya boleh mencecah sehingga RM 14 – 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM45 ribu / kg. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaiankan dan bergantung kepada penjual dan pembeli).
  • Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.(sumber: TRAFFIC International 2002)
  • Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula, spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu
  • Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.

Penggalakan Penanaman Gaharu Secara Ladang
Penanaman pokok karas sesuai dijalankan di
1. Tanah terbiar
2. Kawasan rezab hutan simpan
3. kawasan pembalakan yang telah diterokai.
4. Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.

  • Dapat menjana hasil ekonomi masyarakat setempat dan negara dalam bentuk eksport.
  • Dapat menghijaukan bumi dan megurangkan pencerobohan kawasan hutan

 

Number of View :56840

85 comments

  1. Tuan Tarmizi, mengikut info2 yang ada lebih kurang 6-7 tahun
    apabila pokok berumur 4-5 ianya akan disuntik untuk mempercepatkan proses pembentukan gaharunya..

    lebih kurang 2 tahun selepas suntikan dijalankan baru le boleh dipasarkan……

  2. saya amat berminat untuk melabur dalam tanaman ini. bagaimana cara untuk memulakannya. dengan siapa atau jabatan mana rujukan perlu dibuat bg mendapatkan nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya.

  3. Kebetulan saya ada mendapat maklumat dari seseorang mengenai tanaman gaharu ini.. Memang ade potensi.. Kalau berminat satu seminar/conference akan diadakan pada 26-28 March ini di PWTC bertajuk “Gaharu Industriy in Malaysia: Opportunities anda Potential in HerbaL and Natural Bio-product Industry.” Keterangan lanjut sila klik brochure ini http://www.ami.net.my/pdf/brochure_natpro2008.pdf

  4. assalamualaikum sir,
    apakah tanah yg sesuai ditanam dengan pokok ini?boleh tak en.pastikan tanah dikawasan saya sesuai atau tidak dengan tanaman gaharu?dikawasan tersebut dekat dengan sungai dan 5km dari pantai.tanah berpasir hitam tumbuh dengan pokok gelam tapi sesuai untuk tanaman getah.dikawasan kg nyiur,paka dungun,terengganu adakah sesuai dengan gaharu?terima kasih

  5. tanah yg sesuai uyk karas/gaharu ialah berbukit n berbatu..saya membekal ank pkk karas.lokasi bangi.harga bermula dr rm 5 utk dekat 2kaki n rm 7 pada 3kaki..spesis sub intergra,crassna n malaccencis..

  6. 1- bila hendak membeli anak pokok, apakah perbezaan antara spesis subintergra, crassna & malaccensis yang ketara boleh dijadikan panduan.

    2- saya ingin menghadiri kursus berkenaan penanaman & penjagaan pokok ini. Minta kerjasam kepada sesiapa yang ada info. Jika dapat hanya di sekitar negeri selangor sahaja. TQ

  7. 1.apakah nama bahan untuk suntikan pokok gaharu?
    2. apakah nama saintifik bagi pokok gaharu

  8. Ingin bertanya :

    1. Bolehkah pokok gaharu ini di tanam antara pokok buahan seperti durian,rambutan, cempedak

    Terima kasih.

  9. boleh sesiapa beri maklumat tentang company yg jlnkan industri pokok gaharu?terutama di Vietnam, Kemboja, Laos dan Thailand..klau bole sya nak tau alamat n website…tq

  10. adakah daun gaharu boleh dijadikan sebagai antiseptik?kalau bley, sy nak maklumat yang lebih terperinci tentang ini..atau ekstrak daun gaharu boleh buat rawat ape?

  11. pertanian gaharu adalah 1 langkah yang bijak pada sesiapa saja yang inginkan masa depan lebih terjamin 6-8 tahun pelaburan. dengan kaedah tanaman komersil dan rawatan moden dengan 1 ekar = 1000 pokok, anda sudah mampu bergelar jutawan. untuk maklumat dengan lebih lanjut tentang gaharu sila sms email anda kepada saya 016-2259227 / 019-9212227 atau download link http://www.kelnetbio.com/gaharu.rar – kami sedia membantu anda

  12. Salam, kepada sesiapa yang berminat utk tanam pokok gaharu, pihak kami ada stock utk benih dan akan beli semula hasil tanaman tuan setelah tempoh matang. Anda tidak perlu bersusah payah. Semua melalui perjanjian jual benih dan beli semual hasil. Jika berminat, sila hubungi kami di talian 016-734 7120 rohani/ 012-743 4780 fazli atau email kepada nn.management@gmail.com

  13. salam,

    saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penanaman pokok ini. sekiranya saya boleh dtg ke ladang pihak Tuan untuk melawat dan melihat pokok ini, sila email contact number dan alamat pihak Tuan kepada saya.

    kerjasama pihak Tuan adalah amat dihargai.

    Terima Kasih.
    my_xavier@yahoo.com

  14. salam…
    sy mempunyai satu teknologi inokulan nano alergic yg mana mampu menghasilkan teras dengan maksima
    ( sehingga ke dahan/ranting) sekiranya terdapat mana-mana individu or pihak yang berminat utk melihat buktinya dipersilakan dan klu ada yg ingin buktikan teknologi mereka hebat juga(beating technology) dipersilakan utk kebaikan bersama dalam industri gaharu negara. kami juga sedang menggusahakan ladang gaharu komersial seluas 1000 ekar. untuk maklumat lanjut sila hubungi sy

    bugaros_evo@yahoo.com.my

  15. Saya ada tanah 5 ekar di Sepang, boleh sesiapa beritau saya berapa modal untuk mengusahakan gaharu, setiap ekar? jika boleh, bg breakdown sekali…thanx..

  16. sy ada beberapa pokok gaharu yang tumbuh semulajadi dikawasan tanah pusaka, sy memerlukan bahan penyutik. sesiapa yang ada menjual, sila hubungi sy melalui e mail

  17. Saya berminat tuk menjalani kursus tentang penanaman Gaharu ni..boleh admin berikan respon dan details pada email..thankx..;)

  18. Alhamdulilah…setiap kejadian alam tuhan ciptakan untuk kita berfikir dan mengagumi kebesarannya..kita hanya merancang dan semuan tu Tuhan yg tentukan…
    Hasil kajian kumpulan kami maka dgn ini terhasilnya teras pokok karas..kalu dulu pedagang Arab, timur tengah dan seluruh pelusok dunia datang ke melaka semata-mata utk mengambil pokok karas utk dijadikan minyak,,,sekarang dgn izin Ilahi TUHAN TELAH HASILKAN POKOK YG 4O KALI LEBIH MAHAL DARI POKOK KARAS BIASA…
    sila email utk keterangan lanjut.waallahu a’lammm

  19. Saya ada menjual daun gaharu untuk buat minuman teh. sesiapa yang berminat sila hubungi saya untuk pengedar/agen di talian 03-41437807/0163092547. Anda tentu sudah tahu khasiat daun teh gaharukan..

  20. Saya mau tanya dimana alamat pembeli kubal gaharu disingapura berapa harga/kg dan siapa yg mau beli pohon gaharu 4000 batang berumur 4 tahun dikalimantan barat sesiapa yg berminat mau beli hub.saya yanto 081345613222

  21. Salam Perkenalan DariPada POHONRIMBA Agrotek
    ( AS0321665-V)

    Dengan teknologi terkini Pokok Gaharu dapat menghasilkan minyak dalam masa 3Tahun 8Bulan. Dan lebih istimewanya dalam masa 6tahun pokok ini dapat menghasilkan TERAS.
    Semua teknologi ini didatangkan khas dari Thailand.Kita memberi tunjuk ajar dari mula tanam hinggalah cara membuat minyak .Inilah perkhidmatan yang disediakan.

    Menjual Dan Membekal Anak Benih
    Kaedah Penanaman
    Kaedah Menghasilkan Minyak Dalam Masa 4 Tahun
    Kaedah Menghasilkan Teras Dalam Masa 6 Tahun
    Khidmat Suntikan
    Kontrak Menjual Dan Membeli
    Pengilangan Untuk Mendapatkan Minyak
    Khidmat Nasihat Selepas Pembelian Benih Dan Memproses Minyak
    Membeli Minyak Dan Teras
    Semua Khidmat nasihat diberikan percuma…

    http://industriprojekgaharu.blogspot.com

  22. gaharu…..baru diterangkan sesorg ttg nya….org tersebut mmg ade teknologi sendiri cara penanaman gaharu…..tp itu menjadi rahsia…pengarah mardi minta pon x dpt…..

  23. Tawaran promosi bulan Februari 2010
    Pokok Gaharu Aquilaria Malaccensis dijual secara borong
    RM4/pokok 2′-3′. Stok tawaran promosi 3000 pokok sahaja.
    Order sekarang sebelum kehabisan. stok dah ada kat Selangor :call Kelnet Biotech 017-3030 807

  24. sya ada pokok gaharu dari KEMBOJA.Stok Grade A memang pg direct dari Kemboja.
    Pelbagai Size dgn Pelbagai harga.
    penghantaran ke seluruh Malaysia ( Sabah & Sarawak)

    Email sya untk lebih lanjut serta no hp anda : reyza_ut@yahoo.com

  25. saya ada menjual anak pokok gaharu dan daun pokok gaharu..berminat hubungi rosli di no : 0125418874 atau 0175634954

  26. salam..saya ada menjual anak pokok gaharu..dan daun pokok gaharu..contact sy di no 0125418874 en rosli..

  27. salam saudara,
    saye ada beberapa btg pokok gaharu yg berusia lebih dri 20 thn… ( Pokok Liar ) yg nk dijual…Ada tak pembeli gaharu yg berminat?…Lokasi pokok di jerantut, pahang

    razak_yeusof@yahoo.com
    TQ

  28. boleh kah saya tau dimana dapat dijual pokok gaharu?saya mau beli.kalo ada yang jual tolong hubungi saya di no hp 0196531382.melaka

  29. saya lai kok min.bisa berapa lama saya baru dapat hasil kalo saya menanam pohon gaharu sub integra.napa banyak orang yang cakap cuma 5 tahun saja sudah dapat hasil.apakah ini benar?tolong email ke saya
    laikokmin@yahoo.com

  30. ayah saya mempunyai 4 ekar tanah di tuaran kota kinabalu sabah,setelah melakukan kerja pembersihan kami amat terkejut kerana tumbuh pokok gaharu sebanyak 22 pokok yang dah besar,dan mempunyai banyak anak bibit lagi di bawah nya,kami juga telah menanam lebih kurang 2000 anak pokok lebih kurang setahun lalu,jadi kami ingin menjual nya kepada sesiapa yang berminat untuk menanam gaharu..kepada yang berminat boleh menghubungi terus kepada ayah saya di talian yang tertera. 0138541924(sambak ungin)..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam