September 20, 2024

Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies. Terdapat lebih daripada 111 genus dan 808 spesies orkid di Malaysia.

Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar, daun dan batangnya. Walau bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang paling sesuai digunakan atau dilihat untuk mengenalpasti genus tanaman orkid. Secara umum, orkid komersil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar, iaitu orkid simpodium dan monopodium.

Simpodium adalah cara pertumbuhan yang berakhir dengan pengeluaran bunga. Orkid dalam kumpulan ini boleh tumbuh sama ada di atas pokok (epifit) atau di atas tanah (terestrial). Batang pokok berbentuk seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Ia mempunyai bebawang semu yang panjang beruas-ruas atau pendek tanpa beruas. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang semu manakala tunas baru pula akan mengeluarkan bunga apabila matang. Genus-genus orkid komersil yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium.

Monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran bunga. Batangnya kecil dan diliputi oleh upih-upih daun. Akar udara yang keluar daripada batang terpaksa menembusi upih daun. Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan tunas-tunas baru selepas dipotong. Keratan batang kemudian di tanam di dalam pasu di atas tanah yang tidak lembab. Genus-genus komersil yang terdapat di dalam kumpulan monopodium ialah Venda, Arachnis, Renanthera, Aranda dan Mokara.

Jangkamasa matang bagi setiap orkid berbeza-beza antara genus, spesis, hibrid dan jenis bahan tanaman yang digunakan. Ia bergantung kepada sifat-sifat semulajadi bahan genetik yang terdapat dalam setiap jenis dan varieti. Pada kebiasaanya pokok-pokok yang dihasilkan dari biji benih mengambil masa 1-3 tahun untuk matang, manakala pokok-pokok yang dihasilkan dari bahan keratan tampang mengambil masa antara 4-12 bulan bergantung kepada saiz dan pokok induk dari mana keratan tersebut di ambil.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :25508

9 thoughts on “Tanaman Orkid

  1. bagaimanakah cara-cara untuk kacukan orkid..?boleh terangkan kepada saya,jenis orkid yang manakah sesuai untuk di kacukan..

  2. mcm mane cara penanaman menggunakan keratan batang…?? dan bagaimana cara pemotongan batang tersebut..??

  3. kalau nak cerita memang panjang.. elok you beli buku tentang orkid.. dia ada citer dengan lebih mendalam..

  4. selama ini saya menggunakan baja semburan pada orked, tapi semenjak kebelakangan ni, saya terkejut bila sehari seblum itu saya ada menyembur baja utk daun dan bunga, sebelum ni pokok-pokok berkenaan tidak ada masalah kerana saya masih menggunakan baja yg sama, esoknya saya dapati daun dan akar orked menjadi layu dan daunnya kekuningan, puas saya meneliti di buku orked, namun tiada jawapannya.
    adakah baja tersebut telah “tamat tempoh” penggunaannya.

  5. Saya dah banyak kali beli pokok orkid berbunya putih…tapi tiap kali habis bunga, pokok pun mati..tak tahulah kat mana salahnya…di samping tu saya juga ada orkid liar yg di beri mak saya…tak pulak dia mati…elok je

  6. Buat Rohaya,saya jg peminat orkid.Saya menggunakan baja semburan .Baja semburan dlm botol(warna merah).Selain itu ada yg kita kena bancuh terlebih dahulu(berupa seperti garam-warna hijau).bg bentuk grm bancuhan grm yg banyak boleh menyebabkan pokok mati sbb bajanya panas dan merosakkan pokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam