April 20, 2025

Petola segi (Luffa acutangula) adalah sayuran berbuah yang tumbuh melilit di tanah-tanah rendah. Ia adalah jenis mentimun (cucurbit) yang dipercayai berasal dari benua India.

.

Pokok petola akan mula mengeluarkan hasil apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali.

Buah boleh dipetik setiap hari iaitu di waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam. Petiklah buah yang masih lembut dan belum bersabut. Tempoh umur pokok petola yang eknomik ialah 105-110 hari.

Bentuk buahnya bujur dan menirus ke arah hujung, berukuran antara 20-40 cm panjang dan 5-10 cm garis pusat. Buah berwarna hijau dan mempunyai 10 garisan bersegi tirus yang memanjang.

.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :13411

12 thoughts on “Petola

  1. Hm.. lama tak berkenalan dengan Petola.. Dulu masa kecik2 ada gak mak tanam kat umah sekarang ni takde plak.. Mungkin nak tanam gak nanti..

  2. Saya pun tak pasti tentang petola bantal tu.. yg saya tahu.. petola ular tak sama dengan petola yang biasa tu..

  3. Saya pernah tak boleh tidur malam akibat memakan sayur lemak petola di sekolah rasa macam tersumbat nak bernafas pun tak boleh dibuatnya sudah dua kali di cuba sama rasanya lepas tu tak berani nak makan lagi sebab banyak angin , serik rasanya makan gulai remunggai pun sama orang india suka masak kari campur udang kering dan kacang dal ,oii… tak boleh tahan ooo.. senak dibuatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam