April 18, 2025

petola-pulut

Bila sebut petola segi memang biasa kita jumpa dijual pasar. Namun, bila di tanya tentang petola pulut, tidak ramai yang tahu atau biasa melihatnya. Warna kulit petola pulut jauh lebih cerah berbanding petola segi. Pertama kali saya jumpa petola pulut ini, adalah semasa berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh beberapa minggu yang lalu.

petola-pulut2

Sayang sekali, tidak saya membelinya atau sempat bertanya akan kegunaannya. Adakah rasanya sama seperti petola segi yang kita makan? Jika anda biasa makan petola pulut ini atau ada menanamnya, silalah kongsikannya di sini ya.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :21804

2 thoughts on “Petola Pulut

  1. Petola Pulut @ Petola Sarang. Sy penah menanamnya. Pokok ni sama spt Petola Segi ,Petola Ular adik beradik sy rasa. Cuma baunya kuat sikit berbanding pokok petola Segi.Petola Sarang ni seeloknya dituai ketika muda, btg buahnya saiz spt kita buat huruf O. Tp sy tk gemarkan rasanya yg sedikit kuat itu. Jd sy biarkn ia tua dan kering. Kupas buang kulit luar maka terhasillah spt Sarang. Sarang ini lah boleh dibuat span pencuci pinggan , span badan dsbgnya. Sy suka gunaknnya sb tahan lama & myk tdk melekit pd span Sarang ni. ?

  2. Saya tanam petola pulut dengan hanya baling bijinya. Senang hidup. Petik masa muda atau lembut bila tekan. Kikis kulitnya sedikit. Belah dua dan hiris. Tumis bawang dan bilis. Tuang air dan masukkannya dengan garam. Siap. Marvelous. Sedap sangat. Saya suka petola pulut. Rasanya lebih enak dari petola segi.Musim hujan bunganya jatuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam