April 18, 2026

bunga1

bunga11

bunga111

Ada sesiapa yang berani menyahut cabaran? Cabarannya ialah dengan meneka 3 jenis bunga  yang saya tunjukkan pada gambar diatas?

Pertandingan ini terbuka kepada pakar-pakar bunga dan INDIVIDU yang meminati tumbuhan serta mat-mat bunga atau sesiapa sahaja yang rasa ingin mencuba nasib..

Jadi.. Apa hadiahnya?

Hadiahnya tidaklah seberapa tetapi sebuah buku ilmiah yang bertajuk… “Architectural Plants”. Buku ini memang belum saya jumpa mana-mana kedai buku di Malaysia. Saya beli di luar negara secara online di internet. So.. saya beli 2 buah buku dan 1 daripadanya akan saya hadiahkan kepada pemenang pertandingan ini.. Buku ini yang mempunyai lebih 150 m/s berwarna ini memang menarik kerana terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang beraneka bentuk..

Jadi.. sesiapa dapat meneka dengan pantas 3 jenis bunga ini, dikira sebagai pemenang.. Pertandingan ini dibuka mulai hari ini sehingga hujung bulan Mac… Keputusannya akan saya umumkan pada  1 April 2010..

Keputusan Juri adalah Muktamad..

SeLamat mEnCuba… !!

**Updated Terkini**

Oleh kerana sudah ada pemenangnya, saya terpaksa menutup pertandingan ini..Terima Kasih kepada yang telah cuba menyertai pertandingan meneka bunga ini.. Sambutan yang menggalakkan.. Ramai yang hebat-hebat belaka dan dapat meneka bunga yang saya berikan.. Ramai yg memberikan jawapan yang tepat dan hampir tepat..

Walau bagaimanapun, seperti yang saya janjikan saya cuma akan mengisytiharkan pemenang yang memberi jawapan yang tepat dan paling pantas…

1. Bunga Ceri

2. Bunga Jambu Batu

3. Bunga Kacang Bendi

Pemenangnya… jatuh kepada…pemberi komen no.9

“Shahrul Peshawar”

Diharap anda boleh emailkan saya, alamat rumah anda, untuk saya kirimkan Buku yang telah dijanjikan..

Terima Kasih…
p/s: nantikan pertandingan yang seterusnya yang lebih mencabar minda dan akal fikiran…. rajin-rajinlah jenguk Blog ini selalu…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

75 thoughts on “Pertandingan Meneka Bunga

  1. gambar pertama bunga labu air…gambar ke dua bunga jambu batu..ketiga bunga raya..:))
    betul tak???;p

  2. gambar pertama =bunga labu air
    gambar kedua = bunga jambu batu
    gambar ketiga = bunga kacang bendi

  3. yg pertama – bunga labu air.
    yang kedua – bunga kesusu
    yang ketiga – bungan kacang botor
    yang keempat – bunga silat hahahahahaha…..

  4. Salam semua.
    1 – bunga tembikai merah
    2 – bunga jambu batu
    3 – bunga kacang bendi
    Nak tanya kawan-kawan semua, siapa ada jual benih pokok cengkih dan kembang semangkuk, tolong hubungi saya.

  5. salam….saya bg jwapan dgn meegunakan scientific name k

    1. Bixa orellana( bunga pokok ulat bulu)
    2. Psidium guajava (bunga Jambu batu)
    3.Hibiscus esculentus (bunga kacang bendi)

    maseh….

  6. 1. Bunga Labu Air @ Kundur
    2. Bunga Jambu Kayu @ Biji Banyak (Kelantan)
    3. Bunga Kacang Bendi @ Kacang Mior (Kelantan

  7. gambar pertama= Bunga Raya puteh yg dikahwinkan

    gambar kedua= Bunga Jambu Batu

    gambar ketiga=Bunga kacang Bendi

  8. saya ada tanam pokok mata kucing bola pimpong. masalahnya pembesarannya. kala nya berpucuk dengan cepat .lepas tu berbulan2 tak bergerak2.Baca dah macam2, siram selalu, tapi tumbesarnya merimaskan saya. Dah setahun lebih masih ketinggian tak lebih 43/4 kaki. tolong bagi petua apa yg patut. t.kasih

  9. pertama – bunga ceri
    kedua – jambu batu
    ketiga – kacang bendi
    ke empat – hehehehee

  10. Rasa2nya
    1. bunga pokok timun @ petola
    2. bunga pokok jambu batu
    3. bunga pokok kacang bendi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam