September 11, 2024

majalah-laman

Bila disebut Majalah Laman, sudah tentu bagi yang meminati tumbuhan hiasan dan landskap pernah mendengarnya atau memilikinya. Majalah ini merupakan satu-satunya majalah yang ada di Malaysia yang memaparkan pelbagai jenis tumbuhan hiasan serta koleksi rekaan laman yang menarik mengikut konsep masakini. Saya merupakan salah seorang yang mengumpul Majalah ini sejak dari awal penerbitan sehinggalah Edisi yang ke-31 sekarang. Namun, tidaklah lengkap 100%, mungkin lebih kurang 80% sahaja.

Apa yang menarik yang saya ingin katakan ialah, dengan tidak disangka-sangka, saya menerima email dari Editor Majalah tersebut. Beliau menyatakan ada terbaca laman Blog ini dan tertarik dengan penulisan artikel yang ringkas dan mudah difahami. Dan yang paling terkejut dibuatnya ialah, beliau berharap saya dapat berkerjasama untuk menulis di Majalah Laman tersebut. Dipendekan cerita, saya pun mencadangkan dan berharap dapat menulis mengenai buah nadir, sayur tradisional atau tumbuhan unik yang jarang sekali dikenali oleh generasi muda. Akhirnya, cadangan saya dipersetujui dan kemungkinan artikel saya akan dikeluarkan pada Edisi yang seterusnya..

Nak tahu artikel mengenai apa? Jom pakat-pakat pergi kedai buku dan dapatkan Majalah LAMAN. Jika anda mempunyai cadangan tentang artikel apa yang perlu saya tulis, di harap dapat kongsikannya disini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :13104

4 thoughts on “Majalah LAMAN

  1. Tanniah.Banyakkan maklumat tentang tumbuhan yang pelik-pelik dan mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan.

  2. Tahniah….
    .
    Kadang2 rezki yang datang adalah dari tak pernah disangka2…janji ianya ikhlas,tambah2 lg berkaitan ilmu pengetahuan…sebesar zarah pun akan menjadi amal jariah yang tetap menglir selagi ianya memberi manafaat…

  3. Tahniah Tuan. Laksanakanlah tanggungjawab yang diberikan dengan amanah. Ini semua adalah jalan yang diberi oleh Allah hasil lorongan yang tuan rintis dan usahakan dengan ikhlas buat kami semua. Doa kami agar Tuan akan lebih berjaya selepas ini. Ingatlah ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Ilmu yang memberi manfaat akan diberi ganjaran oleh-NYA. Idea Tuan berkaitan perkara yang ingin ditulis adalah sangat baik dan molek sekali. Bukan mudah generasi kita pada hari ini untuk mengenali buah nadir, sayuran tradisional dan tumbuhan unik seperti yang Tuan kemaskini dalam laman Tuan ini. Saya penuh percaya ianya pasti menjadi satu tarikan utama kepada peminat setia dan orang ramai untuk memiliki majalah tersebut. Saya bersedia untuk memiliki majalah tersebut. Jangan lupa tanaman herba warisan kita yang jarang diketahui dan dikenali. Selepas saya membaca artikel Tuan nanti mungkin saya dan kawan-kawan di sini bersedia untuk berkongsi idea agar lebih baik. Bukan untuk Tuan atau kami tapi untuk semua dan generasi yang akan kita tinggalkan. Selamat maju jaya!. Syabas dan Tahniah!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam