March 29, 2024

Kita semua maklum bahawa memakan sayur-sayuran termasuk ulam-ulaman dan buah-buahan adalah baik untuk kesihatan diri dan semuanya mudah diperolehi dari pasar awam dan pasar raya. Tetapi terdapat kelebihan jika kita sendiri menanam sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan ini iaitu kita dapat bersenam semasa kita sibuk menggali lubang, menggorek dan menanam dan membuat kerja-kerja lain yang berkaitan yang mampu membakar kalori dalam badan dan seterusnya sihat tubuh badan. Selain itu, tentunya landskap rumah juga kelihatan berlainan cantiknya daripada kebanyakan bentuk landskap rumah yang sering kita lihat.


Spesies pokok yang boleh dimakan mempunyai banyak khasiat dari segi vitamin dan mineral paling penting untuk tubuh badan manusia. Pokok-pokok yang boleh dimakan ini banyak mengandungi vitamin A, B, C dan E. Manakala kandungan mineral pula seperti kalsium, zat besi, magnesium, manganese, kalium (potassium), selenium dan zink. Kita boleh memilih pokok sayur, ulam atau buah yang mengandungi khasiat tertentu yang badan kita lebih memerlukannya untuk ditanam di kawasan rumah tanpa perlu menanam kesemua jenis pokok berkaitan. Kita juga mudah untuk menggantikan spesies pokok-pokok ini dengan yang lain setelah pusingan tuaian hasilnya tamat.

 

Kawasan laman yang diperlukan tidak semestinya luas. Setiap ruang yang ada boleh digunakan dengan baik bagi tujuan produktif dan ornamental pada masa yang sama. Untuk mendapat sebuah kebun  yang dikatakan berjaya, sedikit kreativiti dan usaha perlu diterapkan bagi memastikan hasil usaha tidak menjadi sia-sia dan laman masih tampak berseri.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :5677

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam