January 13, 2025

Pada entri blog kali ini, saya ingin berkongsi maklumat ringkas berkaitan tips pembinaan kolam hiasan yang dapat meningkatkan estetika landskap rumah serta menambah nilai harta tanah anda. Tips ini diambil dan diringkaskan daripada Artikel dalam Majalah Laman, 2010.

Proses pembinaan kolam bukanlah tugas yang mudah dan memerlukan kos yang agak tinggi. Ini kerana, pembinaan kolam melibatkan beberapa proses penting termasuk penjagaan kualiti air yang menjadi elemen utama dalam kolam hiasan.

Untuk menghasilkan kolam hiasan yang indah dan menawan lukisan 3D digunakan bertujuan untuk memberi impak yang jelas kepada pelanggan bagi mengenal pasti dan melihat dengan lebih jelas konsep dan reka bentuk taman yang diinginkan. Menurut pereka landskap, kolam hiasan boleh dibahagikan kepada tiga gaya iaitu kolam berbentuk semula jadi atau natural, kolam formal dan semi formal. Berikut adalah beberapa prinsip asas yang perlu anda ketahui sebelum memulakan proses membina kolam.

  1. Bahan atau Material: Material yang digunakan dalam pembinaan kolam sangat penting. Bahan utama yang digunakan adalah konkrit untuk memastikan kolam berada dalam keadaan kukuh dan tahan lama. Anda juga boleh menggunakan material lain yang kalis kepada cuaca dan batuan yang tahan retak.
  2. Kedalaman Kolam: Kedalaman kolam sebaiknya tidak kurang daripada empat kaki. Ini adalah untuk mengelakkan kebocoran air kolam dan ideal untuk menempatkan ikan koi.
  3. Sistem Penapisan: Sistem penapisan adalah penting dalam memastikan kualiti air kolam. Sistem penapisan perlu memenuhi 1/3 daripada keseluruhan saiz kolam. Selain itu, perlu memastikan aliran air masuk (inlet) dan keluar (outlet) berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Pembinaan kolam hiasan yang cantik memerlukan perhatian khusus terhadap beberapa aspek. Yang paling penting adalah untuk mengelakkan kebocoran. Faktor utama yang menyebabkan kebocoran adalah saiz kedalaman yang kurang daripada saiz kolam itu sendiri. Perhatikan juga lokasi penempatan sistem penapisan, dan memastikan keselamatan, terutama jika anda mempunyai anak-anak kecil.

Bagi reka bentuk kolam formal, visualnya lebih kemas dan cenderung kepada reka bentuk geometri. Kolam biasanya ditempatkan di bahagian tengah halaman dan menjadi titik tumpuan dalam taman.

Untuk memastikan keindahan dan kebersihan kolam anda terjaga, pastikan anda memilih saiz pam yang ideal, menggantikan pam penapisan setiap enam bulan, dan melakukan proses pembersihan kolam secara berkala. Jika anda mempunyai ikan koi, pastikan saiz kedalaman kolam tidak kurang dari 4 kaki. Ini membolehkan ikan koi berenang ke dasar kolam terutama ketika cuaca panas terik.

Itulah sedikit perkongsian daripada saya berkaitan pembinaan kolam hiasan. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda dan membantu anda dalam membina kolam hiasan yang indah dan menawan.

Number of View :580

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam