a`


- Daya tahan dan usia panjang pokok buluh yang baik menjadikannya ia symbol panjang umur kepada masyarakat cina.
- Di india, buluh membawa maksud persahabatan yang berkekalan.
- Ada pendapat yang mengatakan apabila buluh mula berbunga, ini petanda akan berlakunya kebuluran. Buluh spesies Melocanna baccifera berbunga sekali setiap 50 tahun.
- Pokok buluh, orkid, kekwa dan bunga aprikot Jepun (plum blossom) digolongkan sebagai empat perkara mulia dan kebudayaan orang Cina.
- Manakala di Jepun, hutan pokok buluh selalunya menjadi sempadan atau ditanam mengelilingi kuil bagi menghindarkannya daripada kuasa syaitan.
- Khorisa sejenis pes buluh hasil dari proses penapaian digunakan di kawasan utara India sebagai rawatan tradisional pada masalah ketidaksuburan, mati pucuk dan senggugut. Berus lukisan yang mempunyai pemegang dan penutup buluh / serta pemegang skrol buluh dihasilkan oleh Zhang Xihuang; seorang pengukir buluh pada abad ke-17 ketika penghujung Dinasti Ming atau permulaan Dinasti Qing.
- Buluh juga menjadi simbol kepada semangat kental yang dibawa oleh seni mempertahankan diri Vietnam; vovinam. Selain daripada itu, buluh juga menggambarkan jiwa dan jati diri masyarakat Vietnam seperti rajin kuat kerja, optimistik, bersatu, cepat menyesuaikan diri, jujur dan telus
- Ada pepatah dari Vietnam yang berbunyi, “Apabila buluh mati, rebung akan tumbuh” dan secara langsung ini bermaksud Vietnam takkan pupus. Lalu, negara dan nilai-nilai yang digenggam oleh warga Vietnam akar terus dipertahankan oleh satu generasi ke generasi lain.
- Orang beragama Hindu mempercayai bahawa pokok buluh tidak elok ditanam pada hari Ahad.
Fakta ini dipetik dari majalah Laman@Oktober2010

Number of View :23322
tempat saya org menggemari rebung buluh betung
saizya besar rasanya sedap dibuat sayur masak
lemak.Kadang2 org buat jeruk rebung,satu2 cara utk
mengawitnya,tapi bau sikit.Di mana boleh dapat
benihnya.
Buat galah,lantai,dinding,rakit, sumpit,btg. pensil/ berus, tongkat,angklong,pagar, tabung air minum, tabung duit, alat perhiasan,rebung(dimakan), lemang, lemahkan ular tedung, macam-macam la pendek kata, buluh ni kalau pandai dikormesialkan, bpleh jana pendapatan. Baru ianya tumbuh m,eliar ja.
such an interesting blog but i needed to use a dictionary coz i dont know Bahasa Melayu
tuan.. macam mana ya pokok buluh dibiakkan ?