September 8, 2024

daun-pandan

Daun pandan memang sudah terkenal di Malaysia dalam penyediaan kuih tradisional, sebagai bahan perasa masakan, dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap rumah di kawasan kampung ada menanam pokok pandan di sekeliling rumah. Pokok pandan memang mudah hidup di kawasan yang lembap atau berair. Ada sesetengah orang menggunakan daun pandan bagi menyegarkan bau dalam kereta. Ada juga yang meracik halus-halus daun pandan untuk dijadikan sebagai bahan menepung tawar dalam upacara persandingan. Mungkin ada kegunaan lain daun pandan yang orang lain tidak tahu sebaliknya anda ada mengamalkannya. Di harap dapat kongsikan di sini…

Daun pandan tanam di rumah,
Di hiris-hiris dibuat pewangi,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik di bawa ke mati…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :16195

8 thoughts on “Daun pandan

  1. Saya selalu bawa buah durian dari kampung. Bau buah sukar hilang jika buka air cond keta. Bonda pesan letakkan daun pandan dalam keta, bau durian akan dinyah oleh haruman daun pandan…memang berkesan…

  2. Saya gunakan daun pandan untuk menghalau/menghindar lipas dari bersarang di dalam kabinet dapur dan di ceruk2 almari. Caranya hanya dengan mengoyak2kan beberapa helai daun pandai dan simpulkan. Campakkan aje ke dalam tempat2 yang dirasakan perlu. Almari pun berbau wangi bila dibuka…

  3. Assalam En.Admin…saya memerlukan daun sireh makan dalam kuantiti yang banyak. Tn ada maklumat di mana saya boleh dapatkan bekalan daun sireh ni. En.Zul @ 010-2911307. TERIMA KASIH……….

  4. … gambar dan rencana d atas merujuk kpd pandan wangi yg memang telah d kenali ramai akan kegunaan yg meluas .. klu tiada daun pandan wangi, tak bolih buat bunga rampai, begitulah sinonim nya daun pandan wangi dgn pembuatan bunga rampai ..

    .. mungkin ramai juga yg tidak mengetahui satu jenis lagi pandan ialah pandan tikar .. pokoknya mcm pokok mengkuang, tapi tiada duri .. lebih mudah d kendalikan.. texture daun lebih halus .. dan tikar, bakul dan hasil anyaman lebih lembut dari hasil mengkuang .. tapi sayang, sekarang susah nak jumpa .. pada satu masa sekitar 1960’s banyak terdapat d Muar ..

    .. mengkuang, umbai dan pandan tikar merupakan daun2 yg bolih d jadikan bahan utk pelbagai anyaman dan hasil kerjatangan utk pelbagai kegunaan ..

  5. Kalau tak salah Tok, MARDI, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor ada menanam jenis pandan wangi ni di tapak semaian mereka. Banyak gunanya pandan wangi ni. Orang zaman sekarang guna sebagai pewarna asli dan perisa asli. Dunia kosmetik dan perubatan banyak daun pandan wangi ni. Limau nipis pun orang dah buat jenis kering (serbuk). Pandan pun boleh juga. Senang, jimat dan ringkas. Boleh beri hasil pulangan yang lumayan jika diusahakan dengan baik. Kita kena jadi kreatif dan inovatif sekarang ni.

    Pandan mengkuang biasa kalau ada orang bersalin diletakkan di atas pintu rumah kononnya untuk mengelakkan makhluk halus dari memasuki rumah. Tok macam pernah nampak di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam.

    Selain itu Batu@buntat pandan pun ada, itu menurut yang empunya cerita. Katanya elok direndam dalam air biasa dan dicampur dalam makanan yang ada menggunakan pandan untuk memberi rasa yang sedap dan aroma bauan yang memikat pada masakan/makanan tersebut seperti nasi lemak, ketayap, bubur dan sebagainya, wallahualam.

  6. Memang tak rugi tanam pandan. Daunnya boleh buat kuih ketayap, kuih talam, cendol dan banyak lagi. Daunnya juga boleh buat kuih tako, goreng ayam pandan dan lain-lain. Selalunya saya simpul daun ni, letak dalam kereta, dalam bilik atau mana-mana saja untuk dapatkan aromanya.

    Saya pun biasa dengan pandan yang buat tikar. Masa kanak-kanak dulu saya selalu ikut emak potong daun pandan untuk buat tikar, dibelah-belah menggunakan pisau khas, kemudian diurut, rebus dan rendam seminggu, baru dijemur, jadilah dia putih kalau nak warnakan, masak warna dan celupkan daun pandan kemudian jemur. Sebelum buat tikar, tudung saji atau apa saja, perlu diurut dengan buluh baru dianyam. Waktu menganyam pula mesti pagi atau malam, supaya tikar kemas kerana daun dalam keadaan lembut.

    Satu lagi daun pandan serani, selalunya dibuat hiasan pagar. Kalau orang banjar, air daun ni dugunakan untuk buat tapai pulut supaya warna tapai hijau.

  7. wow… bagus betul info2 yg di kongsi di sini… memang betul… daun pandan diguna kan utk mewangikan persekitaran. sekarang kat bilik guna daun pandan jer sebagai pewangi…. saya ada pertanyaan…. boleh ker daun pandan ini dimakan utk kesihatan?….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam