Tumbuhan yang anda lihat merupakan salah satu spesis paku pakis yang terdapat di Malaysia. Spesis ini berbeza dengan paku pakis yang biasa kita lihat kerana pakis ini lebih cantik kerana mempunyai dahan/daun yang bercabang-cabang (forked leaves).
Kebetulan saya baru terbaca terselak sebuah buku mengenai “Ferns of the Tropics”. Jadi terjumpa pula spesis pakis jenis ini. Barulah saya dapat mengenalpasti spesis paku pakis ini yang dikenali Gleichenia truncata. Pakis jenis ini biasanya ditemui di kawasan tinggi seperti di Bukit Fraser. Namun, ada juga ditemui di kawasan tanah rendah. Gambar ini saya rakamkan semasa ke Bukit Tinggi bulan Julai yang lalu.
Bagi saya pakis jenis ini antara pakis yang unik yang pernah saya lihat. Kalau dijadikan tanaman hiasan pun cantik juga. Mungkin anda juga biasa melihat paku pakis jenis ini, boleh kongsikannya di sini.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :16605
salam..
Saya mengenali pokok paku ni sebagai Paku Resam..klu kt kg tumbuh dilereng2 bukit & juga kawasan yang bercarok(kawasan berair berparit & berpaya)..Daun2 dia agak keras berbanding paku biasa & batangnya macam akar2 sikit.Bulat & keras macam lidi…
.. d kawasan saya juga (utara Johor) ia d kenali pokok resam .. kegunaan :
# masa dahulu batangnya d buat alat menulis (kalam) d potong rencong dan d celup dlm dakwat utk jadikan pen
# bahagian dalam batang yg lembut d lurut d jadikan simpai sarung parang dan pengikat tangkai senduk d perbuat dari tempurung kelapa (bilah2 isi batang resam d anyam d jadikan pengikat) .. juga pengikat bingkai nyiru ..jika d anyam dengan sempurna ia kelihatan begitu menarik dan menghasilkan kraftangan yg bermutu tinggi .. generasi sekarang tidak pandai membuat anyaman sebegini ..
dulu waktu saya kecik2 selalu gak tolong mak cari paku resam ni, buat lapik laksa kebak. orang tua2 dulu lebih gemar makan laksa yang dibuat sendiri.
DI KG SAYA ORANG BUAT MANDI BILA DEMAM CAMPAK KATANYA BUAT PENAWAR.
di sarawak batang paku resam tua berwarna coklat berkilat digunakan untuk membuat bubu, bakul dan barang-barang kraf yang sangat cantik, manakala serat pada inti tengahnya digunakan untuk mengikat anyaman tersebut. Barang-barang kraf yang menggunakan batang paku resam ini terdapat dijual di pekan lubok antu, engkelili dan pekan sungai tenggang sarawak.
Paku rumpai je ni di kebun getah saya di Ranau Sabah..tak berguna..tahan teduhan lagi tu..susah nak musnah. makan pun tak boleh