March 28, 2024

alocasia

Artikel kali ini mengenai pokok hiasan yang boleh dikatakan semakin popular di Malaysia. Pokok Alocasia atau nama saintifiknya Alocasia macrorrhiza juga dikenali dengan nama pokok keladi sebaring di Malaysia. Ada yang menyebutnya ‘Giant Alocasia’ oleh kerana saiznya yang boleh mencecah melebihi ketinggian manusia. Di luar negara pula, ia lebih dikenali dengan nama ‘Giant Elephant Ear’ .

Pokok Alocasia mempunyai pelbagai spesis yang terdiri dari pelbagai saiz, warna dan corak daun. Daripada rujukan, batang pokok ini pernah di makan semasa zaman Jepun dahulu. Namun, ia perlu dimasak dengan betul bagi mengelakkan racun.

Anda ada cerita mengenai pokok ini, boleh kongsikannya di sini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :24705

6 thoughts on “Pokok Alocasia

  1. Baru tau pokok ni boleh makan, setau saya pokok berbahaya pada kanak-kanak. Kami panggil ‘keladi hutan’. Masa kanak-kanak dulu jumpa di hutan saja. Tapi sekarang jadi perhiasan di rumah-rumah dan di taman-taman. Satu jenis lagi warna hijau berbelang putih…cantik.

  2. Kalau di indonesia dinamakan pohon keladi, tanaman ini mudah ditanam dimana saja. Kalau di kampung biasa diberikan untuk pakan ikan gurami/gurame

  3. tanaman ini, di kampong saya raub,pahang dikenalii sebagai batang lambok, biasanya ada dijual di pasar sehari (Pekan sari di sekitar daerah raub) Dahulu ibu i saya pernah membeli batang lambok ini di Sentul Pasar Market di Kuala Lumpur tetapi kami sekeluarga mengalami masalah gatal lidah dan lelangit. rujuk perkara itu kepada ibu saudara diKg.Lechar,Dong,Raub,Pahang, ada kemungkinan batang lambok itu diambil semasa ia sedang berbunga.semenjak dari kejadi itu tidak lagi membeli batang lambok di KL, kalau nak cari kat raub sahaja. biasanya di masak lemak kuning daging, Udang, sardin tin,perut panjang(lembu)

  4. lambuk dan keladi berbeza.. pelepah lambuk hijau pucat atau hampir putih… kemungkinan yang dibeli adalah keladi hiasan seperti gambar di atas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam