Pameran MAHA International 2012 merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat di Malaysia. Pada anda yang berkesempatan, boleh berkunjung ke sana. MAHA 2012 berlangsung daripada 23 November 2012 sehingga 2 Disember 2012.
Banyak pameran dan jualan produk pelbagai produk yang terdapat di sana. Artikel akan datang penulis akan menceritakan serba sedikit lain-lain acara yang berlangsung di sana.
Salah satu pameran yang sering mendapat sambutan ialah pameran Buah-buahan Nadir yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian. Pameran ini menarik minat pelbagai lingkungan umur khususnya generasi muda yang tidak pernah melihat buah ini. Bagi generasi terdahulu, ia menjadi satu nostalgia di zaman kanak-kanak atau waktu menetap di kampung dahulu.
Kebetulan, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bersama rombongan turut melawat pameran tersebut.
Turut hadir di pameran tersebut, Datuk Dr.Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tidak ketinggalan, Dato’ Mohd Hashim Abdullah, KSU Kementerian Pertanian juga Dan Industri Asas Tani turut menunjukkan minat terhadap buah nadir yang semakin sukar ditemui.
Bagi yang rindu melihat buah nadir, masih lagi sempat (ketika artikel ini ditulis ye) untuk berkunjung ke Dewan A di Maeps, Serdang.
Antara buah nadir yang dipamerkan seperti buah mentega, buah redan…
buah tampoi, buah kelubi, nipah dan banyak lagi..
Buah Nadir dari Sabah dan Sarawak seperti buah bambangan, buah engkala, buah dabai dan pelbagai jenis lagi pun turut dipamerkan.
Sehingga di sini dahulu coretan saya, nantikan artikel yang seterusnya sempena MAHA 2012.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :16640
Buah yg besar dan kulitnya keras tu buah ape…pernah tgk Natgeo..macam brazil nut je..