April 22, 2025
Jika kita berjalan di kawasan-kawasan yang terbiar lapang ataupun halaman rumah sendiri, kita pasti bertemu dengan sejenis tumbuhan liar yang mangecut bila disentuh. Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu tetapi masyarakat di sebelah utara pula menggelarkannya dengan panggilan duri keman. Walau apa pun nama atau gelarannya, tumbuhan ini senang dikenali kerana ia dari jenis yang cepat mengecut apabila kita menyentuhnya. “Pokok yang nama saintifiknya Mimosa pudica L ini senang dikenali. Tandanya ialah apabila disentuh, ia akan mengecut,” kata Pegawai Penyelidik MARDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahauddin. Ternyata, beliau menambah, dengan sifatnya yang sebegitu, tidak hairanlah ramai yang kurang mengetahui tentang kelebihannya. Lebih-lebih lagi, ujarnya lagi ketika ditemui baru-baru ini, khasiat pokok semalu tersebut dari sudut penjagaan kesihatan diri. “Tidak seperti sifatnya seperti malu-malu, khasiatnya dalam penjagaan kesihatan diri sememangnya terbukti sejak zaman-berzaman lagi,” katanya. Lagipun, ujar beliau, keberkesanan ini adalah berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional dan juga mereka yang mengamalkannya sebagai bahan penjagaan kesihatan diri. “Kajian saintifik ke atasnya memang belum ada lagi, tetapi keberkesanannya terbukti berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional dan mereka yang mengamalkannya. “Cuma mungkin sekarang ini, amalan penjagaan kesihatan sedemikian agak terpinggir kerana kita lebih tertumpu kepada rawatan moden,” katanya lagi. Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid. Tetapi, tambah Jelani lagi, khasiat ini adalah untuk dijadikan mandian dan bukannya sebagai bahan minuman. “Caranya adalah ambil beberapa batang pokok sumalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu. Masukkan dalam sebuah bekas (periuk) yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan. Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi dan bukan untuk diminum,” katanya lagi. Dalam pada itu juga, beliau turut menjelaskan bahawa pakok semalu juga sesuai untuk merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana di makan air. “Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok smmalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat. Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut, insya-Allah luka pecah tadi akan kering dan sembuh,” katanya lagi. ….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :25020

4 thoughts on “Khasiat pokok semalu kepada wanita

  1. sedikit pengalaman anak saya(perempuan) dan sahabat ank saya ingin kongsikan disini. sahabat anak saya sebelum ni mempunyai sengugut yang amat teruk sehinggakan muntah, sakit kepala dan tidak boleh melakukan kerje lain melainkan berguling diatas katil. masaalah sengugut yang sgt kuat ini diketahui oleh gurunya di sekolah. gurunya menasihati supaya mencuba minum rebusan akar pokok semalu. Cara-caranya, cari pokok semalu yg agak besar pokoknya supaya dapat akar yang besar dan gali untuk dapatkan akar. agak sukar kerana akarnya sangat kuat dan dalam. setelah mendapat akar tersebut bersihkan dan jemur ditgh panas sehingga kering. potong bahagia AKAR SAHAJA dan rebus. air rebusan yang diminum hendaklah satu pertiga dari sebelum direbus. cth: jika air yg digunakan utk merebus adalah 3 cawan, air yg hendak diminum adalah 1 cawan. seeloknya minum masa panas atau suam. dan mestilah pada tempoh suci dan bukan waktu haid. Anak saya juga telah mencuba dan berkesan setelah 5 kali minum. tetapi sahabat anak saya hanya minum sekali sahaja ini mungkin kerana akar yang diperoleh olehnya lebih besar dan banyak. air akar pokok ini anak saya beritahu rasanya seperti air halia sedikit. slmt mencuba. InsyAllah berkesan..

  2. salam tuan hj. memanglah mujarab untuk sakit gitu. untuk jantung pun boleh. ada satu produk dari India dari ramuan semalu ni. Tapi cuba kita tanya, Mengapa kambing tak nak atau tuan kambing tak beri kambingnya makan semalu ni? Sebab kalau kambing atau lembu makan semalu ni, haiwan2 tu akan jadi mandul. Kecuali kambing yang tak sekolah je yang makan semalu tu atau kambing `bohsia` je. Wallahua`lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam