BAGI kalangan masyarakat India, pokok kacang kelo atau nama saintifiknya Moringa Oleifera, adalah satu-satunya pokok yang tidak begitu asing bagi mereka.
Tidak hairanlah pokok ini sering ditemui di pekarangan rumah atau kuil-kuil mereka. Malah, ada ketika mereka campurkan dalam kari dal dan daunnya dijadikan ulam sayuran.
Bagaimanapun, keistimewaan pokok ini tidak hanya terhenti di situ sahaja. Malah sesuai untuk penjagaan kesihatan diri.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zam Zam Mohamed, antara keistimewaan pokok ini yang agak ketara adalah pada tenaga batin dan merawat luka.
Malah katanya, daun kacang kelo yang dijadikan sebagai ulam boleh membantu sebagai pembersih darah dan mengurangan kandungan gula dun seterusnya mengawal tekanan darah.
Jelasnya, dalam aspek keberkesanan rawatan luka, adalah melalui rujukan kajian farmakologi yang telah membuktikan bahawa pokok ini mempunyai aktiviti inflammatory.
“Aktiviti ini adalah penting dalam merawat luka-luka di badan seseorang,” tambahnya lagi ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Menurut beliau, bagi tenaga batin caranya adalah mudah sekali. Kita hanya perlu mengambil beberapa helai daun pokok kacang ini.
Kemudian jelasnya lagi, rebus daun-daun tersebut sehingga air rebusan tersebut tinggal setengah dan selepas itu minumlah perlahan-lahan.
“Tetapi harus diigat, sebagaimana perubatan herba yang lain, janganlah meminumnya terialu kerap dan banyak dalam sehari.
“Jangan bagi gairah, adalah lebih baik diamalkan sekali sehari. Lihat kesannya terlebih dahulu,” nasihat beliau lagi.
Bagi merawat luka pula katanya, adalah cukup mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya dan ditumnbuk dengan sedikit minyak masak.
“Tumbuk daun-daun tersebut sampai lumat. Kemudian sapulah pada luka tersebut,” tambahnya lagi.
….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia
Number of View :20111
Kacang kelo ni boleh ke ditanam melalui biji buah dia tu?
Sudah tentu dia boleh ditanam dengan menggunakan biji..
Kelo ni kalau dibuat kari memang sedap. Ini ada satu lagi info menarik mengenai kelo. Minyak kacang kelo atau juga dikenali sebagai moringa oil juga turut digunakan untuk kecantikan dan juga sebagai sumber bio-diesel. Minyak yang didapati melalui method cold-pressing juga dipanggil ‘ben oil’ boleh digunakan juga untuk memasak. Ia mengandungi kadar anti-oksidan yang tinggi dan minyak ini sangat stabil dimana ia boleh disimpan sehingga 5 tahun.
Minyak ini sudah digunakan semenjak zaman Mesir purba lagi dan sangat popular penggunaanya di kalangan orang-orang India dan Afrika.
Kaedah perubatan Ayurveda menggunakan minyak ini sebagai anti-inflammatori, anti-tumor, anti-ulser, anti-fungal malahan juga untuk menurunkan kadar kolesterol. Minyak Kelo juga sangat sesuai untuk dijadikan minyak asas aromaterapi kerana ianya tidak berbau dan pantas meresap.
Mungkin selepas sibuk menanam pokok jatropha/castor untuk biodiesel ada pulak rakyat Malaysia nak mengusahakan ladang kelo 🙂
pokok kacang kelo,pokok kelor dan pokok murunggai rupanya adalah pokok yang sama.cuma paggilannya lain-lain tapi nama saintifiknya serupa…kalau betul boleh menguruskan badan,kena buat kajian nih….untung-untung boleh jadi tauke ubat kurus…..kalau tempat saya zaman-zaman orang takut orang minyak dulu,pokok nilah yang diletak tepi pintu.kononnya orang minyak takut….Wallahua’lam….
boleh hantarkan kpd saya maklumat tentang kacang kelo?
ya betul tu…menurut nenek saya dulu..time byk kes org minyak..banyak ambil batang nie boh kt palang pintu …batang dia kalu pukul birat dia mcm ekor pari gak
salam. kacang kelo,kelor,munggai dan ramunggai adalah pokok yg sama cma nama je lain2.Buah muda dibuat kari campur bilis atau udang juga kacang dhal.Makan mmg sedap tapi pas tu sakit abis seluruh badan sbbnya x tau plak.Selain dari buah, daunnya yg muda bolih digoreng bersama bilis atau masak lemak.Pembiakkan pokok ni bolih gunakan ranting atau semaian biji benih.
Memang sedap kalau buahnya dibuat kari masak kuning dengan kacang parpu/kacang dal. Kena pandai masak la. Kalau tak biasa masak memang tak sedap punya. mak saya pandai masak
pucuk kelor , dibuat ulam pun sodapp.
pokok kacang kelo ni ke yg hasilkan kacang dal? sbb terpikir camna rupanya pokok kacang dal time tengah kunyah kacang dal ni. tu yang tros search google cari camna rupanya pokok kacang dal 🙂
Biji kelo bila dikunyah, minum air kosong akan rasa manis
di mana sy boleh mendapatkan benih pokok kelo ni?
Asslam..saya sedang buat projek phd berkaitan jenis kacan tempatan didapati di Malaysia..boleh encik beritahu saya jenis kekacang lain yang ade di malaysia..terima kasih