February 15, 2025
Produk seperti air kacang soya, kicap soya dan tempe sememangnya tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Ini kerana, selain rasanya yang sedap, kacang soya merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan protein lengkap seperti asid amino dan pelbagai vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh manusia. Protien kacang soya dapat disetarakan dengan dua kali protien daging,empat kali telur,empat kali gandum,lima kali atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protien kacang soya bukan sahaja tinggi,tetapi juga baik dari segi kualitinya. Kacang soya merupakan tumbuhan yang banyak ditanam di Asia Tenggara dan juga negara-negara seperti Brazil, Argentina, China, dan India. Pokoknya berbentuk tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter dengan bunganya berbentuk gumpalan berwarna putih atau ungu. Dengan nama saintifik Glycine max, kacang soya yang dihasilkan adalah berbentuk bulat dan berwarna kuning kehijauan. Selain produk makanan, kacang soya juga digunakan dalam penghasilan barangan seperti sabun, kosmetik, plastik, dakwat, krayon dan pelarut.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :10397

15 thoughts on “Kacang Soya lengkap Protein

  1. Salam. Macam mana cara nak tanam pokok kacang soya? Dan saya minta nasihat penjagaan pokok dari pemilihan benih, pembajaan, sehingga menuai.

  2. ayba ; dia org minum air bergas sebab hanya tahu nak sedap tekak je tetapi tak fikir dari khasiat.. kalau org yang tahu tentang sesuatu khasiat tumbuhan/herba, rasa yang pahit pun sanggup di telan..

  3. zamri_taksis: Di Malaysia ni memang kurang penanaman dalam kacang soya.. byk yg diimport je.. saya pun kurang arif tentang kacang soya..

  4. salam. setahu sy amerika merupakan ant pengeluar produk kcg soya terbesar d dunia. menurut 1 kajian mengatakan bhw lelaki ug meminum tlampau byk kcg soya akan mengalami aplikasi dalalm kesihatan antaranya akan memyebabkan organ seks laki2 mengecil. wallahualam, ini merupakan 1 kajian..

  5. yup, saya dh confirm wit doctor that overdose soya bean consumption might lead to gout…

  6. well…semua makanan kalau di ambil berlebihan akan menyebabkan kesan negatif sebagai contoh..makan daging ayam terlalu banyak juga menyebabkan kegemukan melampau..so sebab itu dinasihatkan agar makan atau minum secara seimbang…betul kah,….
    minum soya satu gelas selang 2 hari pun ok apa..minum air bergas selang 3 hari pun tak apa..semua perlu seimbang..itu subjek pendidikan jasmani tingkatan 2 punya cerita hehheehe..

  7. kalau sy x salah ingat la..protein tumbuhan mmg bagus tapi dia bukan protein lengkap, jadi perlu mkn dgn bijirin baru leh berfungsi sbg protein. berbeza dgn protein tumbuhan..

    n kdg2, kelebihan soya mmg terlalu diwar2kan oleh barat sbb dorang yg byk tanam soya tu

    tp sy mmg minat susu soya

  8. saya dah cuba tnm soya. hasil tak byk. stgh ekar dapat 1.5 ton. 3 bulan. harga jualan cuma rm 2800 setan.

  9. dulu tak minat lansung mnum soya,tp bla dah try skali melekat sampai nak minum hari2…huhu

  10. saya mempunyai kenalan di indonesia. Dia berminat untuk mengimport kacang soya dari malaysia (dalam jumlah yang banyak). Selama ini dia mendapatkan bekalan dari vietnam. Jadi..sesiapa yang berminat boleh email kepada saya di ayumasri@yahoo.com. TQ

  11. Soya mengandungi oestrogen yang tak sesuai untuk lelaki kalau diminum berlebihan.

    Cuba-cuba lah tanam biji yang dibeli disupermarket….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam