Ok.. saya nak tunjukkan beberapa jenis gambar orkid Cattleya kepada anda. Gambar ni saya ambil di Stesen Mardi Cameron Highland. Sesiapa yang berminat dengan orkid bolehlah pergi ke sana. Macam-macam jenis orkid baru boleh anda jumpa.
Gambar orkid yang saya besarkan gambarnya….
Saya tahu ramai yang minat orkid ni.. Banyak blog yang saya jumpa cerita pasal orkid dan mengumpul pelbagai jenis orkid sebagai hobi. Walau bagaimanapun, saya masih belum berpeluang nak kumpulkan jenis-jenis orkid ni.. Takde ruang sebenarnya…
Number of View :23660
Memang cantik Orkid Cattleya ni.
orkid cattleya saya beli di padang besar senang jaga berbanding kalau beli dari cameron, susah hidup dan tak pernah hidup berbanding beli di padang besar perlis
cantik memang cantik tapi bunga cattleya yang kat cameron tanam dkt kwsn hawa panas tak secantik semasa di cameron.
Jenis orkid ni saya memang suka, kalau di MIRI, swk, harganya sampai RM180 sepasu tapi saya belum dpt tanam lagi, tak menjadi. memang tersangatlah cantik geram betul saya…
cantik..saya ada buy bunga orkid ni, dan ia telah pun brbunga, lama gak tunggu bunganya..
di sarawak susah nak jumpa dan kalau ada pun mahal
Salam
Saya pengemar bunga orkid
Orkid jenis Cattleya memang cantik dan bunga boleh bertahan dari 1 ke 2 minggu
Yang jenis harum wangi agak mahal harganya antara rm45 ke rm48 satu pasu
Nak harga yg murah…kita jangan beli yg berbunga lebat
kat pasar malam boleh beli dengan harga rm20 ke rm25 satu pasu
Orkid jenis cattleya senang menanamnya..tak mudah mati dan jarang diserang penyakit..berbanding orkid borneo (tak tahu nama scientificnya)
saya juga pengemar ” orkid “…dan saya ada beberapa jenis orkid catleya..memang cantik sangat dan ada juga yang saya beli di Cameron highland..ok jer
Saya mmg minat sngt ngn orkid ni..Tpi baru nak berjinak2 la ngn orkid ni..Actually saya kat Sabah..Xtau la kat cni kat mana leh carik kan..
Saya juga peminat orkid tetapi orkid yang saya tanam kerap diserang ulat menyebabkan bunga tak cantik apabila berkembang. Saya selalu mengimpikan saya dikelilingi oleh orkid yang berkembang dan ros yang pelbagai warna macam filem-filem Hindustan lama
sy terlalu minat orkid,terutamanya jenis cattaleya,butterfly& beberapa spesis lain.Dah 9 thn sy bela orkid.Bela orkid paling senang berbanding bunga lain.Setakat ni dah 265 pasu,ingat hujung minggu ni nak tambah.Harga orkid kat tempat sy murah berbanding kat lain.Mana je,sy nampak jual orkid pasti sy singgah.Orkid yg sy ada sy beli kat Segamat,Melaka,Kuantan,Kelantan dan di tempat syTerengganu.Seronoknya bila berbunga,pelbagai warna dan wangi yang berbeza (cattaleya).Jika cattaleya,jenis yang bunga besar bunganya tahan sehingga 1 bulan berbanding spesis kecil cuma,1-2 minggu je.Butterfly pula,selama 8 bln@lebih.Tapi kenalah tempat yang sesuai.
nak tanya kalau jenis ‘cattleya’ yg di tanam dari kecil
brp bulan baru berbunga..ada siapa2 tau.