March 29, 2024
kobis-bulat bersambung lagi.. ada beberapa lagi hasil pertanian yang terdapat di Cameron Highland yang saya ingin tunjukkan.. Antaranya ialah kobis bunga, kobis merah, kobis cina dan kobis cina. Macam jenis kobis kita boleh lihat cuma kobis merah je yang aku jarang dapat lihat. Yang kita biasa makan mungkin kobis bulat je la kot… kobis-bunga Sedikit info tentang kobis.. Tanaman kobis dikatakan berasal dari selatan Eropah dan dikawasan Mediterranean. Kobis dikategorikan sebagai sayuran berdaun dari keluarga Cruciferae. Kobis adalah jenis tanaman separuh tropikal yang ditanam di kawasan tanah tinggi dan tanah rendah. Walaubagaimanapun ianya dikatakan lebih sesuai ditanam di kawasan tanah yang mempunyai ketinggian melebihi 800 meter dari paras laut dan boleh hidup subur di kawasan bersuhu 24 c. Kawasan utama pengeluaran kobis bulat adalah di Cameron Highlands. Kobis bulat tanah rendah pula banyak ditanam di Kelantan dan tertumpu di daerah Pasir Mas dan Machang. Kobis panjang juga boleh ditanam dikawasan tanah rendah. sumber:FAMA.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :15571

1 thought on “Kobis bunga, Kobis merah, Kobis cina dan Kobis bulat Cameron Highland

  1. Salam.. saya suka sangat makan kubis…apa yer kesannyer kalau kita makan banyak kubis…kita sedia maklum bahawa setiap benda tu ada kelebihan dan kekurangannyer sendiri kan… ada orang kata boleh sejuk kan badan..dan kawan saya kalau makan kubis banyak boleh menyebabkan sakit tumit kaki..betul ker…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam