Bunga Tasbih adalah sejenis tanaman berperdu, tingginya lebih kurang 2 meter. Bunga Tasbih mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah Canna indica, Canna generalis dan Canna endulis. Untuk tujuan perubatan biasanya dari jenis Canna indica Linn dicari.
Bunga Tasbih besar dan keluar di hujung pucuk. Bunganya ada bermacam-macam jenis warna. Ada yang berwarna merah, kuning dan jingga.
Khasiat bunga Tasbih terletak pada bunga, akar dan batangnya. Sama ada yang masih segar atau telah dikeringkan. la dipercayai boleh mengubati darah tinggi, sakit kuning, keputihan, batuk berdarah dan menurunkan suhu panas dalam badan. la juga dapat menghentikan pengaliran darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat. Caranya ialah dengan melumatkan akar pokok Tasbih dengan sedikit tepung pulut dan air lalu ditampalkan pada tempat yang luka atau sakit. Amalan minum air rebusan umbi pokok Tasbih pula mampu meredakan buasir.
baru la tau nama pokok ni..saya ada tanam yang bunganya warna merah seperti diatas dan warna kuning.rupanya pokok ni boleh buat ubat juga ya…
Bunga ni memang cantik dan mudah dibiak..
Asalamualaikum, saya hendak tanya apa nama saintifik untuk keluarga bunga ni?
hi kawan,
macam mana nak dapat bunga tasbih jenis putih?
brape rm ye? untuk 1 anak pokok?