January 13, 2025

pandanus-sanderi
Terdapat lebih kurang 700 genus pandanus yang terdapat di dunia. Genus ini kebiasaanya mempunyai daun yang panjang, runcing dan berduri. Di negara kita, daun pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolius biasa digunakan dalam masakan kita seharian.

pandanus-sanderi2

Pokok Pandanus sanderi atau lebih juga dikenali dengan nama Screw Pine merupakan sejenis pandan yang agak besar dan boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter. Batangnya bercabang dan mengeluarkan akar udara. Daunnya berwarna kuning boleh mencapai 2 meter panjang atau lebih. Pokok ini dikatakan tumbuh dengan perlahan dan memerlukan cahaya matahari yang penuh untuk pertumbuhan yang baik.

pandanus-sanderi3

Kebiasaannya, pokok ini memang cantik dijadikan tanaman hiasan dan menyerlahkan landskap sesebuah taman. Jika anda melihat pokok ini dengan lebih dekat, bolehlah berkunjung ke Taman Botani Putrajaya. Masuk Percuma!!

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :25365

1 thought on “Pokok Pandanus sanderi

  1. pokok pandan ini mmg cantik dipandang dan daunnya pun boleh digunakan utk buat tikar iaitu tikar pandan (tidak sama dengan tikar mengkuang). Daun yg telah dipetik dilayurkan pd panas matahari. Lepas tu daun digulung dan diikat utk direbus dalam air kuali yang sdg mendidih utk tujuan memutihkannya. Sekiranya ingin tikar yg betul2 berwarna putih, air utk merebus ini perlu ditukar selalu. Daun yg telah direbus dijemur sekali lg dgn menggantungkannya dalam untaian yg panjang. Semasa menjemur jgn sesekali terkena air hujan krn daun pandan akan berbintik-bintik hitam.Setelah betul2 kering daun pandan ini dibilahkan menjadi bilah yang kecil2. Kalau ingin tikar yang berwarna warni bilah2 pandan ini dicelup ke dlm warna2 yg dikehendaki. Warna kegemaran spt merah, hijau dan kuning. Semasa proses menganyam bilah2 ini akan diselang-selikan ikut corak yg dikehendaki. Kalau ingin warna putih saja bilah pandan ini tidak payah dicelup ke dlm pewarna. Sekarang semakin sukar mencari org yang tahu menganyam tikar pandan ini, oleh itu harganya pun boleh mencecah ratusan ringgit sehelai. Dulu tikar pandan ini digunakan untuk alas duduk, tp sekarang dilekat di dinding sbg perhiasan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam