April 19, 2024

rollinia1

Satu lagi jenis buah yang unik yang perlu anda semua kenal. Jika anda sudah mengenali buah nona, tidak lengkap jika anda tidak mengenali buah ini. Buah yang dimaksudkan ialah buah Rollinia atau nama saintifiknya Rollinia sp. Kalau mengikut maklumat yang ada, buah ini memang banyak spesis.. Saya sendiri pun tak tahu Rollinia yang ini spesis apa? Pokoknya anda boleh lihat di atas dan daunnya adalah seperti gambar di bawah. Sebelum ini, saya pernah ke Kota Kinabalu dan memang banyak saya jumpa buah ini di jual di tepi jalan.

rollinia4

Tapi gambar ini bukan saya ambil di Sabah tetapi saya berkesempatan mengenali pokok ini semasa kunjungan saya ke Perak. Kalau tak silap dekat area di Kuala Kangsar. Walaupun pokok ini tidak sebesar mana tetapi banyak juga buahnya. Sempat la juga rasa walaupun sekadar secebis rasa.. Buahnya anda boleh lihat di bawah.

rollinia2

Rollinia merupakan buah yang tergolong dalam famili Annonaceae seperti buah nona serikaya , nona kapri dan durian belanda. Dipercayai buah ini diberi nama adalah sempena menghormati sejarahwan Peranchis Charles Rollin. Ramai yang menyangka buah ini adalah buah nona namun buah Rollinia biasanya lebih besar berbanding buah nona. Perbezaan juga ketara pada kulit luarnya. Buah Rollinia mempunyai kulit yang berbentuk bonjolon yang panjang seperti berduri.

rollinia3

Rasa buah ini memang seakan-akan buah durian belanda apabila sudah masak. Kebiasaannya, pembiakan buah ini adalah menggunakan biji benih seperti juga buah nona.

Anda dah pernah mencuba ke merasai buah ini? Mungkin juga anda ada menanamnya di rumah.. Bolehlah kongsikan di sini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :49063

51 thoughts on “Buah Rollinia

  1. first time saya tengok buah ni, ingatkan spesies buah anona dari mana ni.. syabas!

  2. Wah…. peliknya, kat mana En. Fazli dapat ni…. tak pernah tengok apatah lagi nak makan. Kalaulah terjumpa kat mana-mana, saya sangka buah ni orang tak makan, tapi sebaliknya. Boleh tak beritahu negeri mana terdapat buah ni, terima kasih info ini.

  3. sy pnh tgk tp sambil lalu je smasa pjalanan ke kuantan…igtkn buah nona jns besar punyeee…

  4. tma ksih & tahniah ats info ini.. prnah tgk tpi tk prnah rasa… ingat adik bradik nona…

  5. Rollinia atau nama lain cerymoya ataujuga Custard apple.rasanya jauh bezanya dengan buah durian belanda .berasal dari Australia .sedap dimakan manis yang diminati oleh orang asia.cuma ia tidak boleh bertahan lama terlalu mudah menjadi lembik.sebaiknya petik semasa hampir tua bukan setelah masak.

  6. Luar biasa. Tak pernah nampak. Tentu enak dimakan. Nak juga tanam jika dapat beli benihnya! Tq for the info, Sdr Fazli. Keep up the good work.

  7. salam…memang buah ni biasa saya makan zaman kecik2 dulu. masa tu kat rumah ada pokok buah ni. memang sedap manis dan lemak. skrg pokoknya pun dah takde. dalam kg pun berkemungkinan dah pupus. Yang ada pun pokok nona biasa yang kemerahan bila masak. Kalau ada benih, berminat juga nak tanam pokok rollinia ni. encik fazli tolong bagi info kalau ada benih. terima kasih

  8. betul la sekali pandang macam nona serikaya tapi bila tengok gambar dekat tu macam duri tapi besarnya.tak penah tengok dan rasa teringin jugak nak dapatkan benihnya.

  9. memang pernah lihat… dijual di pasaraya n pasar harian… tp kadang2 jer ada… saya tak pernah makan lag buah tersebut… agaknya isinya rasa macam buah nona…

  10. salam buat semua,
    kalau sama dengan custard apple fr Australia,saya ada membelinya diPetaling Street few years ago.Sekilo lebih kurang RM40.Rasanya sesedap buah nona (yg berwarna merah) cuma buahnya amat besar lagi.

  11. Salam/Selamat pagi

    Thanks 4 info….saya tak pernah tengok buah ni…seram la plak tgk…macam buah nona cuma panjang ke bawah… kalau jumpa mesti takut nak makan..hehehe tq

  12. amat mengaguman terima kasih saudara atas emel ini..
    pertama kali melihat buah ini apalagi merasanya..

  13. aku kalu tengok kat kedai, memang panggil buah ni buah nona. sebab rasa dia sama je. tapi tak tau nama khas dia. ni baru tau. terima kasih lah sebab dapat gak tau nama sebenar buah ni…

  14. ada pokoknya di depan rumah kami. kalau masak sedap jadikan minuman campur susu dan sejukkan, rasa macam buah nona

  15. salam. buah rollina ini adakah senang didapati, pernahkah buah ini diproses menjadi supplementary food?
    Manalah tau boleh dijadikan bahan untuk menambah mineral dan vitamin dlm satu-satu produk. Pernahkah dianalisa kandungannya ?

    Maaf ya bukan komen tapi nak tahu khasiatnya ?

  16. Salam Sdra Fazli,

    Hargai segala usaha dan minat sdra update blog utk kita share ramai-ramai info yang baru , seronok utk di baca…

    Kiranya buah rollinia ni sama spesis dgn buah durian belanda ya? Buah durian belanda memang sedap, ada pokok durian belanda kat umah, skg memang tengah musim tapi sayang buah ni tak tahan lama….cepat lembik bila dah terlalu masak.
    Saya nak share petua kpd mereka yg ada darah tinggi ,
    buah ni elok di makan dan amalkan & cubala mana tau mungkin betul ?
    Buah nona pun ada khasiat tersendiri utk kaum hawa kan?tapi rasa dan baunya kurang enak. Daunnya elok buat ubat kalau kanak-kanak kecil meragam waktu malam, InsyaAllah.

  17. kalau kat sarawak kita panggil buah ni buah sekaya rasanya sedap manis.Jarang2 juga kita tengok tapi kakak saya ada menanan pokok ni tapi belum berbuah.

  18. memang betul, orang di sana panggil buah sekaya, pernah rasa, sedap juga, kat sini susah nak dapat…
    Terima kasih kepada pengendali blok ini. banyak manafaatnya..

  19. Kalau nak dibandingkan rasa buah Nona Serikaya dgn buah ni, rasa Nona Serikaya lebih sedap dan isi nya halus dan manis. Tapi buah ni kurang sikit . Pernah saya makan buah ni dan biji benih nya dibawa balik dan semai. Pokok tumbuh dan buah x banyak. At last tebang.

    Cuba cari info dan gambar buah Nona Jantung. Kalau tuan/puan disana ada harap dapat dikongsikan bersama. T. kasih

  20. Sekali imbas macam buah nona, saya tak pernah melihat buah rolina ni..maklumat mengenainya amat berguna dan berkaitan dengan bidang tugas saya.

  21. syabas…kerana anda telah mmperkenalkan sejenis buah yg amt jarang kita temui..bg saya pn inilah kali petama meliht buah yg sedemikian..namnya pn amt mnarik..jikalau ada kesmptn sya pn ingin merasai buah ini..

  22. buah ni belum pupus lagi biasa tengok…..cuba cari buah terajang,buah mata ayam,buah batu pelir pelanduk,buah kerian,buah kemunting,buah sagu,buah serai ,saya rasa buah ni agak unik untuk tatapan bersama

  23. ada sepokok kat belakang rumah. buah sedap cam buah nona kecil manis berlemak. kena petik time belum masak sgt, kalau dah masak x leh simpan lama lama dlm sehari je dah penyek. kalau simpan kat pasar konfom lesap trus.

  24. lailahaillallah… Allah Maha Kaya. nnt call aishah21 tuk benih. alahai Y.B.29, mungkin Y.B. x ltk baja buah kut? he2! gurau jer.

  25. Nama Rollinia di tempat asalnya, di kawasan Amazon, Amerika Selatan, iallah Biriba. Buah ini termasuk keluarga Annonaceae. Kalau mau tengok gambar-gambar jenis itu boleh dapat di site saya di bawah Sample Photos by Families/Annonaceae I-II

    Frank

  26. dgr namanya pn dh pelik dan memg stkt ni sy blum penah tgok lg buah ni.nama pn xpnh dgr..blog en fazli memg sgt2 berinformasi terutamanya kpd generasi muda spt sy yg xpernah kenal dan tahu mengenai buah2 pelik yg ada di malaysia ni..ble dh bace blog ni,baru lah sy tahu terdapatnya buah2an yg unik ni dan mungkin hampir pupus dek kerana kemodenan.

  27. itu ke nama buahnya…tak tau pun, kat rumah mak ada, tp lum berpeluang merasa…bunganya mmg byk, buahnya besar-besar…byk kerengga pulak tu kat pokoknya siap buat sarang lagi…

  28. Kami kat kg panggil NONANDA, sb buah tu mcm buah nona, tapi rasa buah durian belanda, jadilah nama kami ciptakan nonanda, rasa manis dan sedap.

  29. pernah dulu di tanam di UPM, 10 tahun dulu, mungkin dah tak ada lagi… pernah rasa, tak sesedap nona serikaya atau durian belanda

  30. sesiapa yg ada benih atau tanam area KL, please please please bg tau saya. tgh nk tgk pokok ni mcm mana rupanya..mesej facebook sy pun takpa..ni ntah tmp k berapa sy tanya. susah btol nk cari..hehe

  31. Sy pernah beli buah ni kt R&R Tapah hampir 10 thn dulu. Itu la sekali pernah jumpa buah ni. Mmg sedap. Sy memang mencari buah ini dan kalau ada sesiapa boleh jual anak benihnya/buahnya pada saya, sila hubungi saya. Terima kasih.

  32. inikah pokknya..? mmg terdpt drumah saya.? saya pangil NONABELANDA besar mcm durian belanda kulit mcm nona isi mcm nona rasa tawar x sedap. Bila masak warna kunig pokok cepat besar buahnya mmg banyak dlm 1 pokok. saya dah tebang 2 pokok tingal 1 pokok saja drumah pkcik saya di Muar. Buahnya mmg tidak sedap. sedap lagi rasa asal buah nona dan durian belanda. kalo sapa2 nk tgk pokok ni boleh call saya fathli 0129256500.

  33. 3 tahun lepas saya tanam 5 pokok ni. Sekarang dah mula berbuah. Saya belum dapat rasa sebab belum masak. Masa beli dulu penjual kata ini pokok durian belanda kahwin nona. Namanya pokok ini saya tak tahu sejak beli sampai sekarang, bila buahnya mulai besar saya pun cari di internet apa dia pokok ni. Berdasarkan rupa buahnya dan daun saya pasti ianya pokok biriba atau rollinia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam