February 20, 2024

 

Buah Naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya ialah tanaman baru yang belum diterokai sepenuhnya di negara kita. Di Malaysia, kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang sememangnya di usahakan secara besar-besaran di Malaysia. Namun demikian, penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain. Buah naga berasal dari negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru, dan Mexico. Buah ini di bawa ke Vietnam sebagai tanaman hiasan yang kemudiannya ditanam secara besar-besaran setelah mengetahui keenakan buahnya. Kini Vietnam telah menjadi sumber pengeluar dan pengeksport utama dunia untuk buah naga.

 

Kebaikan Buah Naga

1. Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian.

2. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan.

3. Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah.

4. Pengurangan berat badan kerana buah naga kaya dengan fiber yang mudah larut.

5. Rawatan terhadap penyakit diabetes (kencing manis).

6. Mencegah penyakit kanser usus besar. Mempercepatkan proses pembuangan air besar..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :8927

2 thoughts on “Buah Naga@Pitaya

  1. buah naga memang baik untuk kesihatan kita..anda pernah minum air buah naga campur madu asli? saya tiap2 hari minum buah naga campur madu asli ni..memang sedap..anda semua harus cuba..sambil minum air buah naga ni. saya pun boleh dapat duit..:-) lg 1 perkara, sbnrnye buah naga ni boleh cegah H1N1 tau..
    sila laayari sini utk mklumt lbh lanjut.. http://www.bestawaran.com/duitunai

  2. Rawatan penyakit pokok buah naga kini telah ditemui . Jika berminat sila hubungi saya di talian 06-4415013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam