May 28, 2026

mentega3

Buah Mentega atau nama saintifiknya Diospyros blancoi merupakan salah satu jenis buah yang tergolong dalam buah-buahan nadir atau buah yang jarang atau  sukar untuk dijumpai hari ini. Kulit buah mempunyai bulu halus seperti baldu.  Ada sesetengah orang yang kata Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak dan baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Ada juga yang menyatakan ia boleh juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.

mentega

Saya pernah juga rasa buah ini tetapi tidak tahulah di mana rasanya manisnya.. Mungkin ada di sana juga pernah merasai buah ini. Bagaimana pula anda menterjemahkan rasa buah ini? Masam ke? Manis ke? Kelat ke?

mentega2

Selain itu, selain kegunaan makan begitu sahaja, mungkin anda boleh kongsikan kegunaan lain buah ini atau pokok ini..  dan masih lagikah ia di tanam di kawasan tempat anda. Harap kongsikan sedikit cerita anda di sini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

133 thoughts on “Buah Mentega

  1. Rasanya tak pernah makan buah ni…..emmm……….. Buah ni banyak di tanam di mana ye!!!!!!!!!
    Teringin juga nak rasa ……….

  2. salam, pernah memakannya beberapa kali, rasanya ada manis ada lemak, tetapi saya tak tahan dia punya bau satu macam menusuk hidung, pokok buah mentega ni kalau di kl terdapat di taman klcc di bahagian belakang bilik persalinan di tepi kolam kanak-kanak, pergilah kesana jika ada yg ‘mengidam’ ingin nak merasa buah mentega ni dan kalau bernasib baik ada buahnya tp jangan lupa minta izin dpd kakitangan taman klcc yg bertugas, jangan ambil sembarangan kerana tanaman dan pokok2 yg terdapat di sana tertakluk di bawah akta taman wilayah persekutuan, pejabat taman klcc terletak ditepi kolam air pancut tu…

  3. Tak pernah jumpa atau makan. Nampak cantik kulitnya & padat isinya. Mungkin pokoknya baik utk dijadikan pohon teduhan.

  4. Saya pernah tengok dan makan buah ni. rasanya kekelatan sedikit kalau kurang masak. Tapi kalau dah betul-betul masak rasanya sedap. Dikawasan utara buah ini dipanggil ‘buah seralat’.Pokok ada saya semai.

  5. buah ni rasa nya kelat manis..isi lembut gebu…memang susah nak jumpa buah termasuk pokok ini….jangka hayat pokok amat panjang…dikawasan tempat saya cuma ada sepohon sahaja…rasanya macam payah untuk dibiak…

  6. Buah Mentega ini manis dan lemak, pokoknya besar dan untuk mengambil buahnya kami sering membaling kayu untuk menjatuhkan buah nya, buahnya akan kami gosok pada rumput untuk membuang bulu diatas kulitnya dan buah yang cukup masak berwarna merah dan sangat sangat sedap.

  7. Buah ni rasanya macam mentega, lembut dan manis. Dulu banyak di Pekan Pahang, sekarang tak tau la ada lagi ke tidak. Rsanya di Dusn Dato Murad, Ayer Keroh Melaka masih ada buah ni dan tergolong kepada jenis buah nadir (atau eksotik). Botanical Garden Melaka pun rasanya dah tanam buah ini.

    Nanti Wak carikan maklumat bila musim berbuah, dan kalo ada wak makulumkan.

  8. Buah mentega ni ada kadang-kala di jual di pasar malam, contohnya di Pasar Malam dekat Taman Tas Ria Kuantan, Pahang..tetapi mungkin nasib-nasib le kalu dapat jumpa..maklumle..buah nadir katakan..Saya setuju bahawa saya tidak tertarik dengan baunya yang menusuk hidung…Rasanya manis-manis jugak tetapi tidak le manisnya seperti buah manggis pulak…Juga pernah tengok buahnya beberapa biji diatas jalan di Kampung Banjir, Lepar..jalan nak ke sekolah rendah tu…

  9. Saya amat bersetuju untuk mengatakan bahawa buah ni amat special, lebih lagi dari segi rasanya..struktur isinya yang lembut macam baldu…lebih halus dari buah epal.
    Baunya memang harum..
    Bagi yang alergic dgn keharuman saya sah diaorang akan katakan ” macam makan cicah perfume” hahaha..

  10. Buah mempunyai bulu di kulit
    rasanya manis, isi lembut macam baldu berwarna putih krim.

    bau memang harum
    di Sabah buah ini di gelar buah berbulu

    saya tidak berapa suka makan buah ini.

  11. Buahnya berbulu halus,dicuci mengunakan sabut kelapa
    sebelum dikupas berwarna light pink apabila masak harum ,manis yang ringan,diutara dipanggil buah sarlad.pokok seperti manggis,rendang.berbuah mengikut musim.begitu sukar untuk mendapakanya sekarang.

  12. Salam.., sya juga pernah merasa buah ini. Buah ini mmg susah didapati skrg.. tp saya merasa ketika di pameran buah-buahan tempatan anjuran Jabatan Pertanian di Pesta Pulau Pinang semasa sya kecil (ketika di sekolah rendah). Itupun dibawa oleh abah sya, sbb abah kije di Jabatan tersebut n terlibat sama dlm pameran itu. Buahnyer tidaklah terlalu manis sgt..tp manis sesedap rasa, lazat dan lemak serta lebut isinya….tapi tidaklah berair. Baunyer mmg menyelerakan…..hmmmm….

  13. Buah ini sangat istimewa pada saya.Saya selalu memakannya semasa saya kecil dulu.Rasanya manis dan lemak dan berwarna merah bila masak.Susah nak jumpa pokoknya.Saya pernah cuba menanamnya tapi gagal.Pada saya buah ini lain dari yang lain.

  14. Eh,pelik lak nama dia..igtkan mentega utk makan roti tadi.Ke boleh buat mentega nih. Tak pernah makan.Tapi bila tgk gambar mcm ni hmm,rasa teringin lak nk makan.Cair air liur 🙂

    Jgn mengidam udah ler..susah plak cik abg nk cari karang..

  15. pertama kali dengar nama buah ni dan pertama kali ni nampak.
    kalo ada sesiapa nak bagi pd saya meh la. saya teringin gak.

  16. Saya pernah menjumpai dengan banyak diSabah(mungkin buah yang sama)…Baunya harum,isi gebu halus bewarna kuning -macam mentega (mungkin dari itulah terhasil namanya),rasa sedikit manis dan lemak tetapi agak kelat walau pun ranum..bagi saya tak la sedap sangat untuk dimakan begitu saja.Banyak dijual di kundasang dan kadang-kadang terdapat ditamu-tamu lain disebelah pantai barat Sabah.

  17. pernah mengidam nak makan buah ni.. tp cuma dapat yg tak berapa masak.. so rasa dia kelat2..
    pokok ni ada ditanam beberapa pokok sepanjang jalan kat hospital sultan abd. samad, johor….

  18. Saya mmg selalu mkn buah nie, sbb kt umah mak sye de tanam…Rasanya x brape manis tp sedikit kelat, berlemak… Baunya mmg de yg x tahan sbb berbau wangi… de yg x leh mkn sbb wangi sgt… Kegunaan len x pasti plk…

  19. Buah mentega umumnya dimakan dalam keadaan segar jika matang. Buah bisbul dianggap matang jika telah berubah dari coklat kehijau-hijauan menjadi merah kusam.Rasanya agak manis, tetapi cukup kering. isi buahnya juga dapat dihiris-hiris dan dicampur dengan buah-buahan lain untuk dijadikan rojak. Kayunya licin dan tahan lama, warnanya hitam dan sesuai untuk membuat produk kraftangan. Pohon mentega sering ditanam di pinggir jalan.
    Buah bisbul memiliki 60-73% dari bahagian yang dapat dimakan, yang setiap 100 g mengandungi: air 83,0-84,3 g, protein 2,8 g, lemak 0,2 g, karbohidrat 11,8 g, serat 1,8 g, abu 0,4-0,6 g, kalsium 46 mg, fosfor 18 mg, besi 0,6 mg, vitamin A 35 SI, tiamina 0,02 mg, riboflavin dan niasina 0,03 mg, dan vitamin C 18 mg. Nilai energinya rata-rata 332 kJ/100 g.
    Itu je info yang aku dpt dari laman web indon……

  20. Buah mentega ni rupanya banyak terdapat di Filipina. Nama biasa Inggeris ialah Velvet Apple manakala di Filipina pula dikenali sebagai Mabolo

    Kebaikan buah mentega adalah untuk

    menyembuhkan batuk, sakit perut, demam dan masalah kulit dengan cara menggunakan daun dan kulit pokok buah mentega ni.

    digunakan sebagai ubat mengatasi cirit-birit, disentri, komplikasi jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes.

    wassalam.

  21. saya sebenarnya baru pertama kali dengar nama buah ni… maybe kalau bahasa ibunda sabah rasanya saya pernah dengar.. dan kalau saya lihat sendiri kenal kot.. tp rasa tidak pasti..

  22. jika rasanya macam mentega, leh digunakan utk buat mentega organik. ataupun dibuat jem buah2an yg rasanya mcm mentega. satu prospek yg bagus.

  23. laa yer ker,tak pernah lak dengar nama buah mentega..nak dpt kat ner ek….leh bagi tau tak?nak cuba gak rasa buah mentega tu.

  24. saya pernah makan dan lihat buah ini..di kundasang kota kinabalu sabah..isinya kekuningan dan lembut..rasanya kurang enak bagi saya..tapi mmg berlemak rasanya..

  25. Saya pernah makan buah ini masa kecil-kecil dulu. Kali kedua 10-15 tahun yang lalu’. Baru dua kali dalam hidup ini.

    Isinya kalau terlalu masak lembut macam mentega begitu juga warnanya. Rasanya taklah rasa mentega!
    Kalau tak silap rasanya kelat-kelat manis. Tak tahulah bagaimana nak terangkan dengan perkataan.

    Buah ini jarang terdapat tak macam buah tempatan lain. Tanya pada isteri katanya dia tak pernah rasa buah mentega ini.

  26. pnh beli d tamparuli, sabah..rasanya mmg blemak dan bwarna kuning..memula mkn rasa pelik,tp lama2 mkn mcm ketagih lak..tp satu jer prob,pas je sy mkn trus kulit skeliling bibir sy mcm mlecur..kot2 kena getah dier kot..

  27. Sy bekerja di UTM Skudai. Dalam kampus banyak pelbagai pokok yg sy pun tak kenal. Tapi buah mentega ni memang banyak. Buahnya ada jenis kecil,besar, lonjong. Kulit berbulu. Bila masak harum baunya. Biasanya jatuh sendiri bila dah masak. Jika dipetik sebelum masak ranum, rasanya macam makan buah “golden apple”. Nak makan perlu kupas kulit dengan pisau, bagi elakkan mulut gatal. Rasa manis sedikit, tapi memang rasa mentega. Lebih-lebih lagi bila lekat di gigi. Dari segi khasiat saya tak pasti. nak cuba datanglah ke sini, sebagai pelawat atau pelajar…..

  28. salam.. sy penah gak makan buah ni.. bagi sy rasa buah ni mmg macam epal.. sesuai dgn nama english nya velvet apple.. tp mcm epal yg gebu tu.. bkn epal yg rapuh… penah cuba semai biji nye.. tp sayangnya tak menjadi.. huhuhu..

  29. salam … bila tengok buah mentega terasa teringin sangat nak merasanya kerana saya sepanjang usia saya tak pernah melihat buahnya …. saya tahu ia adalah buahan bermusim ….dan saya ingin tahu bila dan dimana ia boleh didapati.

  30. Dulu di Johor Bahru ada dua jenis buah mentega, warna merah dan kuning. Yang merah buahnya agak bulat dan yang kuning buah nya leper sadikit. Pokok mentega merah masih banyak terdapat di Johor Bahru, terutamanya di tepi jalan raya lama. Yang kuning pula susah hendak jumpa lagi. Saya ingin cari benih buah mentega kuning.

  31. …………buah mentegA ni manis bila betul2 masak..yg
    ……………warnanya betul2 merah…ada rasa lemak macam buah avokado sket..try la di UPM dan Jabatan Pertanian Serdang mmg ada ditanam..

  32. saya penah makan.. kat kamunting rumah sape ntah.. anak2 pokok mentega ni bnyak membiak bwh pokok mentega.. 1st time rasa..masa tu bila dgr nama buah mentega..rasa cm pelik je..sbb x pnah dengar n rasa.. masa makan tu ade yg kata rasa mcm buah epal..n ade yg kata mcm buah nona..

  33. kat penang saya keluarga panggil buah seralat (bunyi pelat sikit R dia)….kulit dia macam baldu berbulu warna oren, rasa manis dan lemak.bau dia saya suka,,wangi..ada satu pokok kat pulau tikus dah kena tebang,,,bengang tul saya…sebabnya buah dia bukan main lebat lagi.. baru2 ni ja baru makan buah seralat ni hehe.. nanti kena tanya my father katna dia amek..;P

  34. pernah makan buah ini, rasanya manis dan lemak. Tak tahulah pokok ini masih ada lagi atau tidak kerana dulu pokok itu ada di hadapan rumah seorang kawan di Batu pahat sekarang kawasan tersebut telah terlibat dengan projek naik taraf jalan.

  35. dulu pernah le makan. baunya macam pewangi kereta. sedap le jugak. rasanya kalau buat jem boleh ni. gunakan buah yang masak, buang kulit dan bersihkan, potong kecik2 dan blender dgn sedikit air. letak dalam periok atas api kecil. masukkan gula secukupnya dan secubit garam. masak la sampai pekat.

  36. ayah sy ada menanam pokok buah mentega di halaman rumah kami di kg.ukuran pokok boleh dikatakan agak tinggi.buahnya yg masak selalunya jatuh sendiri ke tanah.itu menandakan buah tersebut sudah masak.bau manis dan enak.rase isinya manis2 lemak..tekstur isi agak pejal.selalu bila jatuh ke tanah…buah mentega disimpan semalam…bau dan isinya akan lebih enak..kalau nak makan…kami sekelurga selalu mengosokkan sabut kepala ke kulit buah ni sebelum di makan.ini sebab nya kulitnya nmpk baldu tapi gatal..penuh dengan bulu2 halus..ini yang jadi gatal. sampai skrg sy gemar buah ni…memang sedap…

  37. Buah mentega ini merupakan buah kegemaran saya semasa zaman kanak-kanak. Lebih-lebih lagi bila musim cuti sekolah, balik ke kampung melawat nenek saya. Saya pastikan yang saya akan dapat makan buah mentega. Di bahagian kulitnya kelihatan seperti suede/baldu. Untuk membersihkannya saya gunakan sabut kelapa yang digosok sehingga kesemua bulu-bulu halus itu semua tanggal. Setelah selesai, buah mentega itu kelihatan bertukar warna dari coklat kehijauan kepada warna merah. Isinya berwarna cream, lebih kurang seperti warna chessdale. Rasanya lemak manis dan lembut bila digigit disamping mempunyai haruman yang menyelerakan. Tapi jika ia tidak cukup masak, rasanya sedikit kelat. Sudah berbelas tahun tak pernah berpeluang nak merasainya lagi. Saya pernah bercerita tentang buah mentega ini kepada beberapa orang teman di KL tapi mereka semua tak pernah dengar pun ada buah tempatan bernama mentega. Saya jadi mangsa gelak. Teringin + rindu nak makan buah mentega ni tak dapat, jadi ingatkan dapat kongsi pengalaman pun cukup lah. Tapi sia-sia kena gelak. Beberapa tahun yang lepas masa saya balik ke Johor, saya ada bertanya kepada ibubapa saya dimana kalau saya bole dapat buah mentega ni. Menurut ayah saya kebanyakan pokok mentega itu semua yang ada di kampung nenek saya sudah mati disebabkan oleh banjir yang melanda.

  38. saya jual benih dia kat nurseri saya sapa nak sms 013-9105711…beribu pokok ada..stok untuk maha 2010

  39. Rasanya sedap, pernah makan sekitar tahu 60 – 70an . Anak-anak gelak je bila sebut buah ini. Dikomersializekan takut jenerasi sekarang tak tahu apakebende ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam