Pernah ke korang semua tengok pokok ini? Aku percaya pokok ini masih banyak di tanam di halaman rumah terutama di kawasan kampung. Ada artikel yang aku baca juga ia banyak terdapat di kawasan di sebelah utara dan pantai timur. Sejauh mana kebenaran itu aku tidak pasti. Walau bagaimanapun, pokok ini dahulu memang ada di tanam di kampung aku di Teluk Intan tetapi sekarang dah tak ada sebab sudah di tebang.
Pokok Nam-nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan yang berbuah dipangkal pokok dan mempunyai ketinggian kira-kira diantara 2.5 hingga 3 meter sahaja.
Di sesetengah tempat ada juga orang yang mengelarkannya sebagai buah katak puru. Mungkin disebabkan kulitnya yang kurang menarik dan seperti kulit katak puru agaknya.. Buahnya pula mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.
Selain daripada makan begitu sahaja, saya sendiri tidak pasti apa lagi kegunaan pokok atau buah tumbuhan ini. Jika pokok ini terdapat di halaman rumah anda, harap dapat dikongsikan bersama.. Diharap anda beritahu di mana lokasi pokok ini jika ia terdapat di kawasan berhampiran anda..
Number of View :60866
Kat rumah saya pun ada pokok nam nam.Kalau sekali dia berbuah memang lebat.Kalau yang suka mencicah tu memang sedap la macam cicah mempelam ngan kicap jugak la….
Cik Francisca Clement,
cuba tengok buahnye dibahagian bawah(perdu) buahnya tak pernah jadi di bahagian atas dahan pokok (mungkin dia terkena sumpahan) so jangan lah ditebang jika pokok tu tak berbuah di dahan.
Saya pernah tengok pokok ini. Pokok ini ada di halam rumah ibu saudara saya. Pulau pinang. Buahnya memang tumbuh dipangkal pokok. Rasanya masam manis bila sudah masak.
saya ada gambar buahnya yang saya baru makan semalam dan hari ini. tapi cemana nak donlod ya?
Salam. Apa yang saya tau, maklumat dari segi rasa, cara makan dan kegunaannya dlm perubatan tradisional sama seperti komen rakan-rakan lain. Minggu lepas baru tau pokok ni ada kat rumah abang ipar kat batu kurau. Sempat juga rasa dan bincang ttg kegunaannya.
Nak cadangkan pokok lain….. pokok kahwa (orang dulu gunakan daunnya sbg teh) dan pokok salang (pucuknya sebagai sayur).
buah ni kat kg saya panggil buah katak puru sbb buahnya mcm katak puru. rasanya bila masak manis kelat-kelat sikit. org kg saya kata buah ini blh buat ubat darah tinggi itu saya tak pasti la.
Salam. Menyahut seruan admin, Kampung Gajah, Perak merupakan salah satu lokasi pokok namnam boleh ditemui. Bagi yang pernah membaca Utusan Pelajar, mungkin masih ingat tentang tulisan tentang namnam yang telah memenangi peraduan karangan yang dianjurkan ketika itu. Antara lain, karangan berkenaan menerangkan jenis-jenis asid yang terdapat dalam buah namnam. Mungkin penulis karangan berkenaan boleh memberikan maklumat lebih terperinci sekiranya beliau membaca blog ini.
Pokok nam nam dewasa dan dah berbuah ada 2 pokok di sebelah rumah saya (……Parit Raja, Batu Pahat). Benihnya saya bawa dari Kelantan satu masa dulu. Pokok ni suka tumbuh dekat parit atau di ‘ca’ iaitu tanah yg sentiasa lembab sebelah dapur. Orang tua-tua yang ke rumah saya biasanya tak lupa untuk menjengok pokok2 ni. Kalau ada rezeki tersengehlah dia orang. Buah nam nam yg masak, kuning- hijau muda warnanya. Masam manis dan ‘crunchy’ macam buah epal (kata anak rakan saya).
Anak pokok mudah tumbuh dpd biji tetapi makan masa agak lama untuk membesar. Pernah saya tanam satu pohon (lebih kurang 2 kaki tinggi) di sebelah gimnasium, tempat kerja saya (kononnya ingin menabur bakti membela pokok warisan!). Tak sampai seminggu dikebas orang. Mudah2an pokok itu sudah beranak-pinak, menyambung warisan. Amin.
Kat umah saya ada tanam sepokok tapi blm berbuah lagi..usianya baru 7 thn dan ketingian pokok baru mencecah 7 kaki. makan masa lama untuk berbuah dan membesar. sya tanam guna biji. susah nak hidup.
Dikampung saya, Kukup Pontian Johor, ada pokok ini. Kita panggil pokok Nam Nam. Buah yg masak berwarna kekuningan, rasanya masam manis.
Ada pokok ni kat rumah mak saya. Kami panggil Katak Puru.
Sedap makan ngan kicap. Kekadang boleh dibuat sambal ikan (tumbuk ikan, cili, buah katak puru). Makan ngan nasi panas2, sedap rasa masam pedas.
rasa dia lemak manis sikit masam..rasa spesis pokok belimbing..sebelum makan gosok ngan sabut semut suka kat buat ni..cicah garam pun best
Assalamualaikum
Buah nam-nam dah saya kenal masa kecik-kecik (sekarang dah 52 tahun). Saya sangat suka bila balik kampong di Kg. Kepayang Perak opah petikkan dan kami berebut-rebut adik beradik. Bila opah dah takde dan pokok pun dah mati semua hilang dalam ingatan sehingga saya kahwin dan beranak dan bermenantu akhirnya baru saya jumpa pokok tu ada di depan rumah mentua…..sikit punya lama baru tahu pokoknya sebab dulu opah yang pegi petik…
Orang selangor bolehlah melawat kelantan bawak lori sekali..beli benih..tanam dekat selangor…kekatak kepuru ni….hehe..jgn mare..
buah nam nam,,saya ingat kan nama buah ni saja-saja jew direka oleh kawan saya….rupanya tol2 wujud..hihi
saya pernah lihat dan petik buah nam-nam aka buah katak puru ini dihalaman rumah kawan saya @salah satu felda di temerloh.sedap rasenyew..cm asam2 sket.slurrp!
Adoi !!! rumah jiran mertua aku ka parit buntak itu ada pokok ini. Habibi aku cari, cari & cari dah lama cari anak pokok ni. Mana lah nak dapat pokok ini. Yang aku tengok dah 4 bulan aktif cerita tentang NamNam. Kalau cangkok udah ada banyak anak pokok. Kalau ada anak pokok tolong kontak aku ye…
kat belakang rumah ada.. best.. kita org pggl buah katak puru..
masa kecil ada pernah lihat dan makan …rasanya kelat jika muda dan masam manis jika sudah masak (rasa sedap juga…) boleh dikatakan susah untuk diperolehi sekarang … walaubagaimana pun kiranya tahulah kalau orang tanya macamana buah ‘nam nam’… terima kasih info ini…
kat rumah saya ada sepokok….buah tak byk lg sekrg….ada ler 2-3 bijik…umur pokok ni sudah lebih 13 tahun…tp masih renek lg….selalunya tiba musim buahnya…jiran-jiran selalu datang kutip sbb tak larat nak makan sendiri……
Nama saintifiknya Cynometra cauliflora L. dari kata Yunani “kynos”(anjing) dan “metra” (kemaluan) sebab bentuk buahnya. Ratusan tahun yang lalu buah itu dikenal di Malaya dan Indon macam (maaf) “puki anjing” sebab itu orang pakar botani yang datang dari Europa kasi nama saintifik yang sekarang memang nampak kasar. Kemudian orang Melayu ganti nama asli ke “buah salah nama” yang nanti jadi “Nam nam” yang memang tidak berarti.
Habis bicara tentang sejarah, itu punya dua varietas: satu yang kulitnya kasar, berwarna cokolat dan ada lagi yang kulitnya putih kuning dan lagi halus.
Frank
Kalau cari pokok, masih banyak di Kelantan. Pokok ini memang pokok biasa di kawasan Kuala Krai, khususnya di Kampung Tualang. Boleh jalan kaki dari pusat bandar Kuala Krai dan jumpa banyak pokok “katak puruh”.
Buahnya memang kurang sedap kalau makan secara langsung, tapi kalau dimasak dengan gula Melaka jadi sedap macam kompot apel.
Buah ini juga mengandung baynak vitamin C.
Frank
Ada sesiapa yang berasal dari kuala Krai memang beuntung.. bolehlah kongsikan apa-apa info di sini.. Terima Kasih Frank dengan pelbagai info yang anda berikan.. Memang membantu..
ass…….oh ni pohon dari malaysie ya………????????????lia snang sgt sm bunga yg terltk dibtgnya
dulu di rumah mak saya ada….tapi lama2 dah mati sebab byk pokok tumpang…(duit-duit) akhirnya mati…1 hal lagi kena banjir yang teruk masa thn 2006. Saya suka juga makan, yg masak rasanya manis
sedap buah nam nam ni..saye suke makn dengan garam…memg best
Walau pun buah ni dikatakan berasal dari Borneo, saya tak pernah pun jumpa pokok ni di tempat saya.
Anyway , yang pasti bentuk buahnya unik. kalau ada sesiapa yg nak jual biji benihnya tlg bantu saya mendapatkannya. tq
sodap buah ni bile masak. penah makan sekali je time kecik2 dulu. masih ingat lagi rasa dia sampai la ni walaupun da 30 tahun tak nah makan. cma.. bnyak tul nama buah ni..nam nam, katak puru, nenam. time makan kecik2 dulu… tak tau ni buah apa…..
buah nam-nam…penah dengar,dekat mana saya nak dapat kn buah ni,dekat kawasan kl da puas saya cari,kat pasar chow kit pun tak de,sape2 ya ade tanam pokok ni,saya nak beli buah nye,sms saya 0122619192,terima kasih..
org kat kl nak cari pokok@buah ni gi je kat nusri kg melayu kat sg buluh rasanya ada banyak lagi pokok ni.foto admin tu mcm kat sana kot.agak le!
Saya ingat mas kecil saya di Jogyakarta ( ,jawa, Indonesia) kira2 lima puluh tahun yang lalu saya juga suka panjat pohon namnam ,buahnya memang sangat enak dan yang paling penting saat itu sangat bahagia bersama adik dan teman2 kami sekarang saya tinggal di Jakarta menanam pohon nam nam sudah lebih dari 5tahun belum berbuah juga apa ada yang bisa bantu . Saran. Terima kasih banyak salam .
Pokok ini masih wujud di KL lagi. Dibeli di Melaka(alor gajah)-beberapa tahun lalu. Sudah mula berbuah, tapi tak banyak. Unik sebab ia berbuah di pangkal dan tak dijual dimerata pasar(terutama bila tengah teringin masam-kelat-manis).
bagaimana cara menanam pohon namnam (puki anjing) ini ?
bagaimana mendapatkan bibitnya ?
mohon dibantu penjelesannya yah,….
Pokok nie da kat kg saya…1 pokok je la tp masih berbuah lebat & berbakti kpd saya yg btol2 suke makan buah nie….yg bestnyer bila sume balik kg je, msti gondolnyer pkok 2…abis buah dkebas olh sdara mara…hehe..
best rsa buahnya, da mcm2 rsa (kelat,masam&manis)..
saya da try buat jus…sdap rsanya (fresh)…tryla..=)
best gak kalau bleh buat kajian tentang buah nam nam nie..ttg khasiat dan kandungan yg ada didalam nya…
Pokok nam nam ni ade dua jenis, satu buah nye besar dan satu lagi sederhana. Dihalaman kampung rumah saya ade yang jenis sederhana tetapi pokok ni memerlukan suasa naung atau redup untuk hidup.
Saya mengajak generasi hari ini(terutama peminat laman ini) mencari khasiat/ kelebihan sesuatu tanaman/ pokok yg. terdapat dipersekitaran kita khususnya yg. menjadi kebiasaan orang tua-tua dari dahulu menanmnya dipersekitaran rumah. Pada saya orang dahulu menanam pasti ada kegunaan/ khasiat besar dari segi pemakanan. Cuma kita tidak ambil tahu dan ianya akan pupus jika khasiatnya tidak kita cungkil dr. org2. tua yg. masih ada. Dan hasilnya kita kongsi di sini untuk kebaikan bersama.
@admin – Pokok nam-nam@katak puru ni masih banyak di kelantan & kedah. Dari segi perubatan, orang kampung menggunakan pucuknya (berwarna merah muda) untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Rasanya sedikit kelat. Boleh dimakan sebagai ulam dan buahnya dimakan dengan sambal pencecah/kuah rojak.
Pokok ni tak susah ditanam dan senang tumbuh, dalam pasu pun boleh juga.
Salam Ummi,
Boleh hubungi saya di 019-2252175. Sgt berminat
Hi cma,
Boleh hubungi saya di 019-2252175. Kami perlukan sampel utk buat kajian terperinci.
Tjs
Pokok ini suka air yang banyak tetapi tak suka tanah yg sentiasa berair, elok kalau tanah itu berpasir dan kering tapi selalu mendapat aliran. Benih senang hidup dan anak2 banyak kat bawah pokok matang. Saya bawa benih dari Kedah dan tanam di Jasin Melaka, kini hidup subur tetapi kurang diminati. Rasanya masam2 manis bila masak. Saya tengok ayam pon suka makan buah ini.
Semakin dikunyah semakin masam. Suka buah ini.
Ada juga kekadang kita dapati nanam ni berbuah di atas. tu yang lebih manis dan lebih mujarab sebagai ubat. Kata rang tua, lako nak lebatkan buahnya, gantung kulit2 telur dan dikalungkan ke ranting2nya…
buah katak puru ni…
best di mkn masam2 manis…
d rumah emak sy di jertih besut ada tiga pokok yang sudah berbuah..setiap kali balik kg .. sebelum naik ke rumah mesti g tengok pokok katah puru tu dulu..nsib baik ada buah yg masak..buah belum masak rasa masam2 kelat..yg masak kalau setakat dua tiga bji tu makan gitu aje..rasa masam2manis..kalau bnyk buah yg masak ..esoknya pasti projek mkn colek tumbuk nise,cili kicap n garam kasar cmpur belacan..emm terangkat.. khasiatnya boleh turunkan darah tinggi dmkn bgitu sj..utk psakit diabetes mkn buah yg matang tp blum msak krn rasa kelat n masam..pucuknya bwarna merah muda rasa kelat2masam buat ubat darah tinggi n diabetes dijdkn ulam..boleh cmpur dgm pucuk dedaun lain sbagai ulam nasi kerabu…pokoknya ditanam drp biji..xpasti ambil brpe masa utk bbuah…kami buang bijinya gitu aje..dan tumbuhlah anak pokoknya dtepi parit..ada yg mak sy smpan anak pokoknya..ada jg yg dtebas..semut suka buat sarang d pangkal pokok ktika musim bbuah..ada jg bunganya keluar d dahan pokok tp x selebat bunga dpangkal pokok..
frank juhas maklumat sdr penuh dgn informasi. Terima kasih. Sy agak tentu sdr memang berkecimpung dlm bidang ini- botanist. Sy pernah membaca 2 buah buku karangan JW Purseglove iaitu Tropical Crops Monocotyledons dan Dicotyledons.
Pokok nam nam banyak saya semai dan tumbuh segar dlm polibeg. Jadi cenderamata kepada kawan-kawan yg ziarah saya.Sudah beberapa pokok telah dihantar untuk tanam di kampung kerana saya tinggal jauh di bandar ( tempat oranglah katakan..). Saya sukakan buah nam nam sejak kecil dan sering mengambilnya ( secara halal ) di rumah jiran. Tetapi pokok kepunyaan jiran saya itu telah mati 2 bulan lalu. Saya juga akan gantikan pokok baru untuk jiran saya itu.
pokok nam-nam ni ada belakang umah saya..suka mkn cicah ngn kuah rojak.. org klate cakap mkn colek.. hihi
Salam semua. Isteri saya pregnant. Boleh bantu saya nk dapatkan buah nam nam? Jika ada yg tau mohon hubungi sy. 019-9998745. Tq ye