May 27, 2026

binjai

Maaflah sebab hampir seminggu tidak menulis artikel. Maxis Broadband asyik buat hal je..  So, kali ni hamba nak cerita serba sedikit tentang Buah Binjai. Cerita ni berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400.  Gurau je !!

Masih lagi teringat semasa saya ke negeri Melaka tahun lepas. Kalau tak silap bulan 7 atau bulan 8. Waktu itu, memang banyak peniaga yang menjual buah binjai di tepi-tepi jalan kampung menghala ke Ayer Keroh. Saya berasa hairan mengapa buah binjai tidak sama harganya. Mengapa ada yang lebih murah dan ada yang mahal sedikit. Sempatlah bertanya kepada berniaga yang menjual buah tersebut. Katanya, buah binjai ini ada 2 jenis; ada yang masam dan ada yang manis. Kalau yang manis harganya lebih mahal. Begitulah ceritanya. Walau bagaimanapun, saya sendiri pun tidak membeli buah tersebut. Jadi tak sempatlah saya merasanya lagi.. Janganlah ditanya mengapa…

Anda ada cerita yang menarik tentang buah binjai. Adakah buah binjai ini hanya dimakan segar atau digunakan dalam masakan. Saya pernah dengar ada yang dijadikan jeruk dan ada yang membuat sambal cili ditumbuk bersama binjai. Mungkin anda ada lagi cerita di sebalik buah binjai ini. Mungkin anda juga ada menanam pokok ini di belakang rumah anda. Bolehlah dikongsikan bersama..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

149 thoughts on “Buah Binjai

  1. saya suka buah binjai, kalau balik ke kelantan dan musim binjai, saya pasti membelinya. saya suka yang masam, di makan dengan garam..umh..sedapnya..

    skrg ni harga buah binjai agak mahal, sebab tak banyak di pasaran. last saya beli buah binjai RM10 sekilo!!! amat mahal…tapi kerana sedap..saya beli aje..

  2. Salam. Sekarang buah binjai sukar diperolehi di Semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak masih banyak. Kalau teringin nak makan buah binjai pergi jer ke tamu-tamu pasti ada dijual disitu. Masa saya kecil2 dulu tahun 80an buah binjai ni dimakan begitu sahaja… tapi kalau dimakan bersama nasi putih pun nyaman….. atau pun dibuat sambal binjai…. di kampong saya sekarang ini memang sukar mendapatkan bekalan buah binjai… tak taulah di tempat saudara!!!!

  3. Buah binjai ni memang masam . Kalau yg manis tu pun ada jugak masamnya .

    Pokoknya tinggi ( main 20ka. ke atas ) baru berbuah . Tak taulah kalau ada orang cuba buat tut atau cantum utk dapat hasil dari pokok yg rendah atau umur pokoknya 4 – 5 th. Ada ke ?

    Kalau musim berbuah , banyaklah yg gugur bila masak . Bersepah-sepah jadinya . Sebab tu la org. tua-tua dulu selalu jeruk tak nak terbiar / membazir macam tu je .

    Sikit-sikit tu makan cicah dgn garam je . Cair air liur …

  4. Salam,

    Buah binjai memamng ada dua jenis. Yang masam dan yang manis. Yang manis boleh dimakan begiti sahaja. Sedap…… tapi yang masam tu biasanya dibuat sambal belacan. Makan dgan ulam2 sedap. Tapi sekarang susah sangat nak dapatkan buah binjai ni. Kalau dikampung bolehlah di tanam di keliling rumah. Dibandar susahle kerana pokoknya besar dan tinggi. Macam pokok bacang….

  5. Buah Binjai memang sedap bagi mereka yang meminatinya bagi ia buah buahan tempatan yang memang terkeluar air liur bila menyebutnya banyak cara,ada yang buat jeruk ada yang makan bila saja buah jatuh,ada yang makan (colik)di kelatelah,buahnya memang banyak di negara kita tapi ikut musim jugalah ada binjai manis ada binjai masam tapi semua boleh dimakan

  6. binjai ni ada banyak kaedah untuk menikmatinya. ada yg makan begitu sahaja. ada juga yg buat jeruk.

    tapi paling best adalah buat sambal belacan.. perghh!!
    meleleh…:)

  7. setahu saya buah binjai rasanya masam. walaupun saya duk di binjai, saya x pernah nampak pokok dan buah tu..yelah, kalau dah nama binjai mesti asalnya dari buah binjai kan..mesti berlambak kat kedaiii kan..tapi x der pun..time balik kampung pnah gak intai2 tengok kat kdai kot2 ada..nak rase jerr..betul2 masam ker @ ada gak yang maniss…

  8. thanks 4 d info…. tk tau lak ade buah binjai manis cz asyik trkna yg msm aje…sbb tu tk brp brminat sgt dgn buah ni…. tringin lak nk rase buah binjai yg manis…. cmne rasenya ye….????

  9. buah binjai? memang ade dua jenis masam dan manis, namun buah yang masam lebih digemari. yang berkulit licin jenis manis..yang tak cantik tu masam.cara makan tak tahu pula selain dari makan masak dan jeruk dan dibuat air asam cecah ikan bakar tawar..fuhhhhhhh..terangkat…sekarang ni bukan musim…kabarnyer pokok ini tak akan berbuah selagi tuan yang menanamnya belum meninggal duni (tah betul @ tak, orang tua-tua kate ler….setakat yang saya tahu 3 biji untuk rm10 tapi melampau saya tak beli dah kat situ…saya terus ke rumah pemilik nyer..rm1 sebiji dapat lagi sedekah 2…3…biji,,beli untuk orang tua bila musimnyer….orang tua katakan….buah2 cam ni dia suka ler…

  10. ini buah favorite saya…saya sgt2 suka makan buah ni…kitaorg panggil buah belunu…dulu masa remaja saya selalu menunggu kat kawasan perkuburan kat area kampung saya sbb pokok2 buah ni byk kat area kubur…bila saya nak makan buah ni saya pergilah kubur tu…tinggi melangit pokoknyer…kena tunggu gugur lerr..masa ngandung anak ke 3 saya ngidam buah ni…..manalah saya tau namanya binjai sampailah saya terjumpa kat pasar tani waktu kandungan saya dah masuk 7 bulan…..nasib baik sempatlah merasa….

  11. Bagi kami di Perlis, yang masam tu buah binjai dan yang manis tu buah binjot. Orang tua-tua ada pantun:

    Buah binjai buah binjot
    Buah belimbin ataeh pagha
    Cukuaq misai cukuaq jangot
    Nak sandin anak dagha ….

  12. Cakap psl binjai ni kecur liur dibuatnya… Bila tiba jer musim binjai, mak mesti beli dan pastu buat jeruk… Jarang bli yg manis sebab tak boleh buat sambal goreng. Kalau da jeruk tu, mmm… takyah cakap la, dok ratah bende tu je… Lagi sedap bila bau die melekat kat tangan… Perghhh!!!!!!!!!

  13. buah binjai yer..saya suka tgk buahnya cantik n geram jer kt pokok tu..tapi rasanya..hehehe..cantik buah jer..tapi sedapla klu buat sambal belacan..klu dulu terbuang kt tanah cz banyak sgt tp sekarang mmg susah sikit nk cari cz dh byk kena tebang..pokoknya besar..dulu2 org tua selalu takutkan kitaorg budk2, klu lalu kt pokok binjai ati2 da “benda” suka duk kt situ..so kitaorg pun klu lalu laju ajer la..hehe bkn apa agaknya takut dijatuhi buahnya..kn tinggi pokok tu..blh cedera tu..kenangan zaman bebudak..

  14. saya tak pernah tahu ada yg manis,mana jual klu ada bagitau la blh gak rasa..biasa yg masam jer buat sambal n jeruk..ataupun buat basuh ikan darat..klu nak pergi ke kg saya adala nampk sebatang pokok binjai drpd bermacam2 jenis pokok lain ditepi jln..dh semakin sikit pokok nie..klu ada kegunaan lain mungkin byk ditanam kot..xde ker org buat kajian pasl buah binjai nie??

  15. Setahu saya buah binjai ni masam, ia boleh dijadikan gantian kepada tempoyak untuk dibuat sambal cicah ulam..

  16. sebut aje buah binjai..oi..cair air liur. nampak selalu rasanya yang masam. memanglah buah binjai ada 2 jenis, manis dan masam.. tapi yang manis tu rasanya manis, masam dan sedikit pahit. biasanya org tua2 mereka hiris2 kemudian tabur garam dan gula, jeruk. sedap tau jeruk ni di makan dengan nasi .. nak-nak lagi dengan budu..best..

  17. Buah ni kalau di Sabah, dipanggil buah ‘belunu’…memang kegemaran org2 Sabah mkn buah ni bila musim pokok dia berbuah…Selalunya buah ni manis…blm pernah termakan yg masam…Pokok belunu ni besar & jarang berbuah… Zaman budak2 dulu, bila pokok ni berbuah, org2 kg saya akan bergotong royong utk panjat & petik buah yg matang kemudian di bahagi- bahagikan kpd keluarga2 di kg….Buah yg mentah, selalunya diltk di dlm karung & disimpan di tempat gelap supaya cpt masak…buah yg masak di mkn begitu saja…Skg dkt kg saya ada tggl 2 – 3 pokok lg tapi skg dah tak berbuah lg…Kebiasaan pokok ini kalau di Sabah ditanam di atas bukit sebab pokoknya sgt besar & tinggi…Buat masa ni blm pernah nampak lg buah ni dijual dkt mana2 gerai…selalunya bila musim pokok ni berbuah cuma boleh nampak di jual dkt ‘pasar minggu’ atau lebih dikenali kalau di Sabah sbg ‘tamu’…selalunya di jual oleh penduduk2 kg yg dtg ke ‘tamu’ utk menjual hasil pertanian mereka…

  18. saya biasa makan binjai masam,yg manis tak pernah pula, itu pun semasa dahulu. tahun sudah semasa pergi ke sabah saya ada membelinya, tapi masam. buah ni kalau dibuat sambal sedap.

    pokoknya mmg tinggi,orang tua2 dulu kata pokok ni sering dihinggapi penungguvatau hantu raya. boleh caya ke ni?

  19. Salam Fadly; Aik.. Hilang hilang tahu tahu bawa balik buah masam .Pasal binjai ni sebut saja nama power masam nya terasa di lidah.walau bagai mana pun ,dengan ada nya teknologi sekarang ni,buah yang macam mana rasa pun bolih bertukar rasa asal nya.Contoh buah asam jawa atau (celagi)sebutan masyarakat di sebelah pantai timur,dah tentu nya buah itu masam,tapi apa dah jadi manis jadi nya buah itu.bila dah manis mahal lah pula harga nya.Maka dengan itu tak mustahair binjai akan merasa manis pula buah nya.Saya percaya binjai yang manis akan medapat tempat kerana binjai mempunyai bau nya yang semula jadi.Terima kasih.

  20. Salam, hhmm..saya pernah makan buah ni. Tapi kalo sempadan Melaka (sebelah Johor) panggil buang Kemang (kalo xsilap). Buah ni sekarang payah nak cari. Biasa kalo manis memg makan mcm tu aje. Yg masam, mak saya biasa buat jeruk untuk di makan bersama sambal belacan atau tempoyak.

  21. Maaf, saya xpernah nengok buah bijai nih… tapi info kat sini berjaya memberikan saya inspirasi tentang buah binjai… :p

  22. Salam…saya pernah juga merasa makan buah binjai ni….rasanya masam,kalau nak dimakan terus mungkin ramai yang tak sanggup memakannya…kalau yang sudah dijeruk,saya belum pernah mencubanya..

  23. sambal belacan + binjai = makan dgn nasi panas + sayur masak air (bening) + ikan pekasam/ikan kering = tak nampak org keliling sbb khusyuk menikmatinya…kalau tak caya, cobalah…

  24. Salam, terima kasih Fazli kerana mengingatkan saya tentang buah ni. memang sedap rasanya, tak kira masam atau manis. Tapi tulah…susah nak dapat sekarang ni…

  25. Terima kasih masih ingat dengan buah-buahan yang masih dikekalkan hingga hari ini. Buah ini bermusim dan memang betul ia banyak terdapat dikubur di kampung. Masih teringat lagi dikampung saya di Bukit Baru Kampungku sayang, dihadapan rumah saya ada sebatang pokok binjai yang besar. Semasa sekolah rendah dulu, semasa musim berbuah, bila waktu pagi saya akan pegi kutip buah binjai ini. Sekarang dah kena tebang. Yang masam dibuat jeruk dan sambal belacan dan yang manis nya boleh dimakan begitu saja. Arwah nenek saya dikampung memang pandai buat jeruk dan berbotol-botol ada dirumah. Tapi sekarang semuanya hanya tinggal kenangan.

  26. salam…

    eh nk tnye la..buah binjai ni bleh buat kerepek kan..
    sbb aku penah mkn kerepek binjai (orang bagi)..
    rasenye kelat2 pahit tp sedap..
    btul ke bleh bt kerepek..nk tau la..

  27. buat ayaq pun sodap bah, mok kawan royak kalau tanam kene tunggu 7 tahun untuk dapat hasil. masa tu pokok pun dah besau

  28. salam,buah binjai…dah lama x rasa buah ni…suka juga kalau buat sambal belacan cicah dengan ulam…dulu selalu jumpa kat ‘pekan nat’…skarang ni dah x jumpa dah…pokok dah kena tebang kot???

  29. buah binjai masam tapi masa budak2 dulu aku selalu pegi beli kat tuan punye pokok…tunggu kat bawah pokok gugur je beli..mase tu harga rm0.50-rm1.50..ikut saiz…kite org kat kg (pasir Mas, kelate) buah makan dgn budu…

  30. saya rasa kan nie bukan buah binjai
    klu tak silap nie buah kemang
    klu buah binjai rasa nyer pahit,
    dia biasa buat kerepek,
    lagipun bila masak warna merah dan saiz nyer besar jari kelingking ajer….
    wallahualam…

  31. Buah ni saya biasanya makan begitu sahaja kalau ia manis… dan masam pula , saya buat sambal belacan.. memang sedap!… atau saya cecah dengan mana-mana jenis kicap masin… memamg sedap!

  32. gambar yang tetera diatas confirm buah binjai…ade sesiapa tahu kedai makan kat KL jual sambal belacan binjai..terasa pulak nak makan…kalu yang manis color dia gelap sikit..

  33. hi..buah binjai kalau d sabah panggil buah belunu atau bundu..
    evy tak pernah lg mkn buah yg masam..kebanyakan buah binjai kt kg evy manis..kulitnya wrna kecoklatan dan tak cantik..
    kat rumah atuk evy ada satu pokok…tinggi melangit pokok dia..pastu besar betul…teringat musim zaman sekolah dulu2 lagi..kalau musim binjai ni berbuah,evy dan sepupu2 evy akan menunggu bawah pokok..tunggu buah gugur…hehehee
    skrng pokok binjai kat belakang rumah atuk evy tu tak pernah lagi berbuah..mgkn dah tua sangat…
    menurut cerita atuk nenek evy..pokok binjai tak boleh potong sesuka hati nanti badan akan tumbuh biji2 gatal…pastu kalau nak makan buah binjai,tak ble luka kan biji dia nanti keseluruhan isi akan jadi pahit..

    skrng tak pernah lagi nampak ada org jual buah binjai…

  34. saya tinggal di binjai patah cuma sekarang nak gelemour sikit tukar nama ke binjai jaya…dulu kampung saya memang banyk buah binjai ni.masa kecik2 dulu orang tua cakap kalau nak buah tu jatuh duduk bawahpokok sambil tunjuk keatas…pelik kan….tapi kitorang ni budak2 ikut jela…sekarang dah besar ni bila pikir balik buah tu dah masak jatuh la…takkira la kita tunjuk ke tak………..

  35. Dulu masa kecik kecik sukalah makan keropok binjai yang rasa nya agak agak pahit gitu. Taklah berapa suka tapi mak dah goreng makan ajer lah.

    Keropok binjai ni makannya tak leh berebut macam makan keropok ikan. kemam kemam lepas tu diam sekejap merasai nikmat kepahitan nya . lepas tu makan lagi.

    Sekarang rasa nya buah binjai ni agak susah nak dapat kat JOhor ni.

  36. Salam buat semua,
    tengok je gambarnya, terliur pulak.Kalau diMuar,yg masam ,namanya kemang dan yg manis tu buah binjai.Kemang boleh dibuat jeruk,sambal dan dimakan gitu je ,taburkan sedikit gula memang sedap betul.Yg manis makan gitu je.Sekarang harganya memang mahal tapi berbaloi betul sebab sedap.Buah kemang ni ada dijual (bila musimnya) diSungai Choh menghala ke kilang Perodua ,sebelah kanan.Pokoknya pun kita boleh dilihat sebab betul2 tepi main road.

  37. Buah binjai ni kalau masa aku kecik2 dulu memang aku selalu makan. Kat kampung aku pokok ni tumbuh kat tepi sungai je. Tapi satu je nak pesan kalau makan buah ni jangan sampai tergigit bijinya nanti tekak kita akan jadi bengkak. Itu orang tua2 kat kampung aku selalu pesan. Tapi memang terbukti kalau betul2 tergigit biji dia tekak kita akan jadi bengkak. Apa yang pasti jangan kita kulum bijinya.Tak tahulah ianya secara kebetulan atau tidak..tapi ade 2 atau 3 kes yang jadi macam tu kat kampung aku mase tu.

  38. Fuhhhh…Pak Ngah Perlis tuuu…bukan main lagi pantun buah binjainya…..nak sandin anak dara aje…hehe….memanglah buah binjai ni kalau dulu2 tak dok rega langsung kato ore klate…main pijak je…..tapi la ni….hmmmm harganya kalah buah epal….yg masam buat jeruk dan make colet juga buat sambal…yg masam manis makan gitu aje…emmmmmkeluar air lior pagi2 ni….

  39. Kat utara buah tu, ada yang panggil binjai dan ada yang panggil buah lanjut. Setahu saya buah ni lebih daripada 2 jenis ada yang masam, ada yang manis dan satu lagi tu masam dan bau macam minyak tanah tak selera untuk dimakan.

  40. salam… lie.

    buah nie juga t’dpt di serata negeri di malaysia. mahupun disebelah selatan tanah air..

    di indon buah nie juga banyak di sebelah jawa barat, buah nie byk khasiat nya…

    ia juga di jus yang bgitu sedap sekali….

  41. Kat pejabat saya ni ada kawan bawak sejenis buah seperti katak puru dan buah ni juga di panggil buah katak puru. Ada sesiapa yang tahu berkenaan buah ni. t.Kasih

  42. Buah binjai ni baunya harummm..kalau yg masak tu dr jauh dh bau, say jarang makan buah ni, di Kelantan buah ini byk terdapat di Kuala Krai , biasanya ada deretan gerai di tepi jalan yg menjual buah ni.Nenek saya suka buat sambal buah binjai..kadang2 dia jeruk n makan dgn garam bersama nasi..boleh buat appetizer katanya.

  43. ..hmm buah yg pahit tu bukab buah binjai tapi buah malinja, yg di buat keropok..mmg sedap keropok malinja ni walaupon pahit, harganya pon agak mahal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam