March 28, 2024

Buah pulasan (Nephelium mutabile) yang dikategorikan sebagai buah nadir tidaklah popular seperti buah rambutan. Pokok pulasan sekali pandang memang seakan-akan pokok rambutan tetapi terdapat perbezaan khususnya bentuk daunnya. Buah pulasan berbulu keras dan lebih pendek daripada rambutan. Kulit buah pulasan agak tebal dan isinya lebih pejal berbanding rambutan. Rasanya seakan buah rambutan.

Namun bagi Penulis pulasan mempunyai rasanya tersendiri dan lebih enak berbanding buah rambutan. Dengan adanya varieti pulasan yang lebih sedap dan manis menyebabkan ramai yang telah mula mengusakan penanaman pokok pulasan ini.

Tahukah anda? Biji pulasan pun boleh dimakan. Biji direbus atau dipanggang dan dijadikan minimum seperti koko. Minyak dari biji pulasan pula boleh digunakan sebagai minyak masakan.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :35784

7 thoughts on “Buah pulasan

  1. asSalaam .. jika tanam pokok pulasan perlu kesabaran ..
    # pokok baru walaupun mula berbunga susah nak lekat jadi buah
    # ada kala tiap musim banyak bunga tapi tak jadi buah
    # ada masa nampak banyak buah lekat, tapi bila masak tiada isi (kosong d dalam)
    >> jangan cepat melatah dan terus tebang pokok kerana kecewa pulasan `tak menjadi’
    # pokok baru mungkin tak dapat menampung keperluan mengeluarkan buah yg d harapkan .. bagi masa pada pokok, … akhirnya hasil akan d perolihi, in sha Allah
    # klu pokok muda dah mula berbuah dan buah nampak lebat, jangan tamak, buang separuh buah yg masih muda baru buah yg tinggal akan membesar dgn sempurna ..
    # isi pulasan tidak terlalu manis mcm rambutan dan lebih halus dan sedap .. tidak terlalu lekang mcm rambutan hingga selaput biji pun longkah sama .. isi pulasan seakan beraroma dan sangat menarik

  2. Pulasan ni manis dia lain. Sedap dia sampai rasa malas dah nak makan rambutan. (Ok la, kalau rambutan gula batu, tak kira la yang kuning atau merah saya takkan tolak. Haha)

    Saya diberitahu bahawa orang cina kunyah terus biji bersama isinya. Saya pun cuba la tapi kuat sangat rasa kelat.
    Macam rasa getah. Cina suka la kot. Durian yang mereka suka pun banyak rasa kelat.

    Paling sedap kalau biji pulasan ni dibakar dalam oven hingga berbau wangi. Rasa dia seakan-akan badam+biji gajus. Yang pasti, rasanya lebih sedap dan ‘berkacang’ berbanding biji rambutan.

    Setahu saya projek tanam pokok pulasan ni belum banyak sangat di Malaysia, tak macam di Thailand. Ye lah, tanah mereka lagi luas..bawah segenting kra tu je dah hampir lebih empat kali negeri pahang..

  3. Daun pulasan elok untuk redakan demam panas.. Klu ank2, cucu2 demam, mak ambik daun pulasan, ramas dlm air lepas tu sapu kt badan.. Klu masa ramad daun tu, buih byak, makna nya badan terlalu panas

  4. Sy nk tanya, usia pokok pulasan sy sudah 4 tahun dan sudah beberapa kali berbuah..tp masalahnye bila berbuah,buah tu jdi nipis/kempis dan isu nipis sehingga tak boleh mkn walaupun dah merah…apa y perlu sy buat ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam