Pokok Melaka

buah_melaka

Pokok melaka berasal dari Asia tropika dan pada masa ini ditanam atau tumbuh liar di Malaysia terutama di negeri Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Nama negeri Melaka dipercayai berasal daripada nama pokok ini. Sebagai mengingati sejarah ini, beberapa batang pokok melaka ditanam di beberapa tempat di bandar Melaka. Pokok ini juga terdapat di India tropika. Buah ini dikenal sebagai ‘Aonla’ di kalangan orang India.

Buah melaka sedikit pahit dan masam untuk terus dimakan. Permukaan buah keras dan berkilat. Kulit buah melaka berwarna hijau muda, berkilat dan agak lut sinar. Isinya juga lut sinar dan berwarna hijau pucat. Buah melaka mempunyai bebatu heksagon,tiga daripada seginya lebih menonjol. Buah ini biasanya dibuat jeruk. Buah ini juga dikatakan mengandungi vitamin C yang tinggi. Biasanya pokok melaka berbunga dan berbuah mengikut musim, iaitu dua kali dalam setahun.

Number of View :29355