January 14, 2025

jeruju

Herba di atas ini dikenali sebagai Jeruju atau nama saintifiknya Acanthus ebracteatus. Ia dikatakan banyak terdapat di persekitaran tebing atau muara sungai yang mengalami air pasang dan surut. Namun begitu, gambar ini diambil di kawasan semak di depan rumah nenek saya je. (He..he)

Menurut pembacaan saya di dalam sebuah buku, ia mempunyai banyak khasiat. Air rebusan Akar dan Batang herba ini boleh diminum untuk merawat pelbagai penyakit kulit dan mengekalkan tubuh badan yang sihat. Air rebusan akarnya sahaja diminum untuk merawat demam panas yang kronik.
Air rebusannya bijinya pula boleh diminum untuk merawat batuk dan bisul. Bijinya juga boleh direbus bersama bunga belimbing, tebu hitam, kayu manis dan gula batu lalu diminum sebagai ubat batuk.
Sebenarnya banyak lagi khasiat tetapi saya huraikan sedikit sahaja sekadar pengetahuan. Antara khasiat lain ialah Daunnya boleh digunakan di dalam rumah untuk menjauhi makhluk halus semasa ibu bersalin.
Seluruh bahagian pokok ini juga boleh dibakar dan abunya dicampur air sebagai alkali bagi menghasilkan sabun. Selain itu, daunnya juga boleh dicincang halus dan dijadikan makanan lembu.

Number of View :31844

16 thoughts on “Pokok Jeruju

  1. bagaiman nak dapatkan pokok jeruju ni, pada sesiapa yg tahu tolong beritahu saya kerana saya nak mengubati bisul suami saya berlarutan selama tiga (3) tahun

  2. setahu saya juga,tumbuhan ini berbunga dan bunganya boleh mengubati kanser…caranya,iaitu jadikan bunganya sbgai ulam…

  3. Assalamualaikum saya juga sedang mencari pokok ni kalau boleh tolong lah beri no telefon tuan kerana saya sangat memerlukan pokok jeruju ini untuk mengubati sakit anak saya yang sedang menderita.

  4. ahaaa.sesiapa yg ada bisul tak pandai sembuh-sembuh,ambil 7 biji buahnya baca selawat 7 x dan niat tk allah hilangkan bisul itu dan telan je.insyaallah.fablusss.

  5. Arwah ibu saya pernah memberi petua penggunaannya untuk sakit migrain atau penyakit pekang (istilah utara) sakit kepala yg melampau sewaktu naik matahari atau petang. Ambil beberapa helai daun dan dibuang durinya dan ditumbuk bersama2 mata kunyit. Kemudian ditempek pada dahi pesakit. Saya pernah mencubanya untuk arwah isteri saya dan alhmdllh terbukti keberkesanan dan keserasiannya.
    Pernah jua menasihati beberapa orang yg mengidap sakit yg sama dan telah terbukti keberkesanannya, sembuh. Alhamdulillah. Bagi yg seringkali mengidap sakit bolehlah cuba. In shaa Allah.

Comments are closed.