Lady Shoe Flower atau nama saintifiknya Thunbergia mysorensis tergolong dalam famili Acanthaceae. Saya tidak pasti di Malaysia, pokok ini disebut bunga apa namun ada tertulis dalam sebuah artikel yang menggelarkannya sebagai bunga kasut kerana bentuknya yang seakan kasut. Di luar negara ia lebih dikenali dengan nama India Clock Vine, Lady’s Slipper Vine dan Doll’s shoes, Chandelier Vine dan Mysore Clock Vine.
Gambar pokok bunga kasut ini saya ambil semasa berkunjung ke Cameron Lavender. Namun, pokok ini juga pernah saya jumpai ditanam di Taman Pertanian Putrajaya. Pokok ini sejenis pokok menjalar/ memanjat mempunyai batang lembut memerlukan sokongan seperti para, pagar atau pergola.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Tumbuhan ini sangat unik dan cantik untuk dijadikan tanaman hiasan. Bunganya tumbuh dalam jambangan bergantungan di hujung ranting. Kelopak-kelopak bunganya berwarna kuning dengan bahagian hujungnya melengkung berwarna kemerah-merahan.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :6392