Artikel kali ini adalah mengenai percubaan saya menanam ubi kayu di dalam tong cat. Sengaja menanam dalam tong cat walaupun tahu tanam ubi kayu terus ke dalam tanah lebih baik. Sekadar ingin mencuba. Bagi yang tidak mempunyai tanah tetapi masih juga ingin mencuba tanam ubi kayu, anda boleh mencuba menanamnya di dalam tong cat terpakai atau pasu besar.
Walau pun hasilnya tidak seberapa tetapi anda masih boleh berpuas hati kerana dapat merasai ubi kayu yang anda sendiri tanam. Selain itu, ada sesetengah yang menanamnya kerana gemarkan pucuk ubi kayu. Jadi, cara ini sangat mudah dan tidak perlu tanah yang banyak.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :14533
Hasil ny sgt baik..Alhamdullillah???
Shukur Alhamdullillah???