5 Artikel Popular bulan September 2019

Artikel apa agaknya paling ramai orang baca pada bulan September yang lalu? Biasanya rating sesuatu artikel akan naik dengan tiba-tiba disebabkan beberapa perkara tertentu atau bila tibanya musim tertentu. Jom kita lihat.. 5 Artikel yang paling banyak view pada bulan lepas !

  1. Kacang Tanduk (703 view) – pokok ini mula viral di laman sosial kerana keunikan bentuknya dan semakin ramai yang sudah mula menjual benih ini di facebook dan group whatsapp.
  2. Nursery Sungai Buloh (441 view) – Tempat yang tidak asing lagi di kalangan peminat bunga dan tanaman hiasan disebabkan banyak pilihan tanaman di sana dan harganya juga lebih murah.
  3. Kayu Nibong (271 view) – Sejenis kayu yang mempunyai peminatnya tersendiri kerana dipercayai terdapat khasiat yang digunakan dalam rawatan berkaitan alam mistik.
  4. Khasiat akar seruntun (257 view) – sejenis tumbuhan yang sudah diketahui umum kerana batangnya yang pahit sangat berkhasiat dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit.
  5. Pokok Ulam Raja (267 view) – pokok yang sentiasa digemari oleh pencinta ulam-ulaman dan ramai yang mencari benih pokok ini untuk ditanam di kawasan rumah.

Lain-lain artikel yang juga suka dibaca adalah seperti pokok ketapang, kacang itik, sambung nyawa batik, buah mencupu, pokok cincau hitam dan pokok berangan (mendapat lebih dari 200 view)

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :312

Pokok Ketapang

Pokok Ketapang atau nama saintifiknya Terminalia catappa L. tergolong dalam famili Combretaceae. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana silaranya yang cantik dan memberi teduhan yang agak luas. Kebiasannya dijumpai ditanam di tepi jalan utama dan banyak tumbuh liar di tepian pantai berpasir. Pokok ini saya temui di sekitar masjid yang terletak di Perak. Maaf. Lokasinya tidak ingat.

Daun pokok ketapang besar dan lebar. Daun ketapang dikatakan mempunyai khasiat bagi rawatan sakit tulang (Rheutisme) dan juga bertindak sebagai tonik yang mampu menghentikan masalah cirit-birit. Sejauh mana penggunaannya di Malaysia saya tidak pasti.

Bunganya pokok ketapang kecil dan keluar secara berjambak. Walaupun banyak bilangan bunga di dalam satu tangkai, tidak kesemuanya menjadi buah. Biasanya cuma terdapat 3-5 biji sahaja. Buah ketapang berbentuk bujur dan leper. Menurut rujukan, terdapat kira-kira 24 biji buah segar bagi setiap kg.

Buah Ketapang juga dikenali sebagai Indian Almond. Buah Ketapang berwarna hijau ketika muda dan apabila buah masak, warna kulitnya akan bertukar menjadi kuning atau merah mengikut jenis. Anggaran panjang buah lebih kurang 7cm.

Terdapat kajian yang melaporkan biji buah ketapang  mengandungi protein mentah (24%) dan banyak kandungan mineral, terutamanya kalium. Minyak yang terdapat dari biji benih mengandungi tahap asid lemak tak tepu yang tinggi. Oleh itu, ia sangat  baik untuk kesihatan. Sebelum itu, bijinya perlu dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan.

Pokok ketapang membiak melalui biji benih. Ia mudah disebarkan melalui air kerana ia mampu bertahan dalam jangka masa lama, terapung dan tahan kepada kemasinan air laut. Menurut rujukan, biji benih mula bercambah diantara 1-2bulan sekiranya cuaca dan suhu yang sesuai. Peratus percambahan yang direkodkan adalah lebih dari 50%. Pokok ini juga dikatakan boleh dibiakkan melalui keratan.

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhanNumber of View :12471