January 18, 2025

Kemboja Siam atau nama saintifiknya Plumeria pudica tergolong dalam famili Apocynaceae. Ada juga yang memanggilnya Kemboja Panama kerana ia berasal dari negara Panama. Di lain-lain negara ia juga popular dengan nama Bridal Bouquet yang bermaksud Sejambak Bunga Pengantin.

Sekali pandang bunga ini hampir sama dengan bunga kemboja putih (Plumeria alba) yang biasa kita lihat dan banyak terdapat di Malaysia. Perbezaan spesies Kemboja Siam (Plumeria pudica) dengan spesies Kemboja yang biasa kita lihat (Plumeria alba) adalah pada bentuk daunnya. Perbezaan bentuk daun sangat ketara sekali selain bentuk pertumbuhannya.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Bunga Kemboja Siam sangat jarang dijumpai di tanam di taman-taman rekreasi. Ia kadang-kadang dijumpai ditanam di sekitar rumah oleh peminat-peminat bunga dan tanaman hiasan. Bunga Pokok Kemboja Siam sentiasa berbunga sepanjang masa dan bilangan kuntum bunga bagi setiap jambak sangat banyak. Ini menjadikannya ia lebih menarik dan dapat menaikkan seri sesuatu kawasan.

Daun Kemboja Siam berwarna hijau gelap dan bentuknya unik seakan bentuk sudu yang panjang (spoon-shaped elongated leaves). Daun kebiasaannya tumbuh di sepanjang batang pokok dengan banyak sekali.

Pokok ini memerlukan sinaran matahari yang mencukupi bagi memastikan ia tumbuh dengan baik dan mengeluarkan bunga dengan banyak.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :12089

1 thought on “Kemboja Siam @ Bridal Bouquet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam