June 8, 2023

buah-tampoi

2 hari lepas saya berkesempatan ke Hulu Langat di atas jemputan kenduri kahwin oleh seorang sahabat. Dah terlanjur ke sana, saya pun menuju ke Sg. Congkak. Dah lama tidak merasai kenikmatan  mandi air sungai. (sampai sana tak sempat mandi pun). Dipendekkan cerita, on the way ke sana, terjumpa orang kampung  jual buah rambai dan buah tampoi.

buah-tampoi2

Sempat juga bertanya kepada makcik yang menjual buah tampoi tu, di mana dia mendapatkan buah tampoi tersebut. Katanya, orang dari Pangsun ( nama tempat yang terletak di kawasan Hulu Langat) yang hantar. Oleh kerana dah tanya, kena lah beli 2 ikat. Walau pun buah tidak berapa molek, dapat jugalah rasa buah tampoi bagi tahun ini. ( kali terakhir makan semasa di Bidor, hujung tahun 2009).

buah-rambai

Tetapi sayang, sebab tidak sempat nak rasa buah rambai. Bukan apa, tidak berapa minat sangat ( sebenarnya malas nak turun beli). Sempat ambil gambar je la sebagai tatapan mata anda..

buah-rambai2

Kepada yang mengidam kedua-dua jenis buah ini, bolehlah pergi ke sana ( selagi stok masih ada). Mungkin di tempat anda buah tampoi ,  buah rambai atau buah-buah lain juga sedang berbuah. Di harap bolehlah dikongsikan di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :25054

17 thoughts on “Buah Rambai & Buah Tampoi

  1. salam. 2/10 ptg sy kat bukit merah dan bertemu dgn pak cik yg jual buah tampoi.3 kg rm10. menariknya pak cik tu kata buah tampoi ni bolih makan sekali dgn kulit.kulitnya jg sedap dibuat kerabu.khasiat kulit dpt mengurangkan gula dalam darah bg yang kencing manis dan jg sebagai penawar bg yg darah tinggi.

  2. … kulit buah rambai bolih buat gulai lemak ber rencahkan ikan bilis .. kulit buah mesti direbus terlebih dahulu untuk buang rasa masam yang berlebihan .. buang air rebusan dan gulai macam sayur biasa .. khasiat dari segi perubatan?? tak pasti …

  3. Tak ppernah jumpa buah tampoi. Tapi saya agak rindu buah rambai. Maklumlah masa kecil2 dulu tinggal kat Bkt Rambai. Jarang sekali nampak buah rambai kat mana2.

  4. sambung citer gulai kulit buah rambai >> klu boh cendawan terkukur (cendawan yg biasa tumbuh d batang pokok getah yg d tebang ..) pasti lebih enak dan menyelerakan .. boh daun kunyit atau serai, terpulang pada citarasa masing2 .. klu mak mertua lalu d belakang kita yg sedang makan, pasti tak nampak olih kerana terlalu ashik makan sayur nie .. (kulit buah rambai d hiris/belah dengan size yg sesuai .. belah empat sedang elok tu .. )

    .. awas makan buah rambai terlalu banyak akan mengundang sembelit ..

  5. Sy nak share satu jenis pokok / daun nama nya daun sembelit, sgt baik utk masalah sembelit, kandungan fibrenya sgt tinggi, sy ada ambil gambar nya, camner nak share

  6. Benih Dokong Biasa/KahwinRM10.00
    Sukun RM10.00
    Belimbing RM9.00
    Cermau RM 8.50
    Delima RM8.50
    Rembau RM8.50
    Tampoi RM8.50 kb 0179474995

  7. gulai lemak kulit rambai,belum prnh makan.klu jeruk rambai…biasa la..orang kampung..buah tampoi kt kg aku dulu banyak…sebab pokok pun banyak…la ni nk buat ubat pn x ada…moga pokok ni x pupus..klu x, cian kat ank cucu kita esok..hnya kenal nama saja….

  8. kalau kat tmpt saya kulit rambai ni biasa di buat masak ‘kolok’.
    kulit sentul dibuang kulit ari+kulit rambai+petai = direbus separuh masak kemudian ditoskan dan di ramas dgn air tp jgn sampai hancur bahan2 ni.
    kemudian masukkan ke dlm periuk bersama kacang panjang yg tlh dipotong+ bawang besar dibelah 4 + cili merah dibelah 2+ santan+ isi ikan rebus yg telah ditumbuk. campurkan sedikit garam dan penambah perisa. hidang bersama nasi putih + ikan panggang + belacan… memang sedap

  9. biasanya buah tampoi masak dalam sekitar bulan September… selalu beli di tepi jalan, jalan lama Kajang seremban, selepas Padang Sasar Mantin, hala ke Temiang, Seremban. Bulan September lepas beli dalam RM3-4seiikat, ada dalam 10 biji.
    Di sekitar Tanjung Ipoh, Kuala Pilah pun biasa dijual.

  10. buah tampoi dikalangan orang Terengganu memanggil buak mengeker . buahnya memiliki kulit agak tebal tapi mudah dicekah isi agak manis dan berulas seperti buah rambai. pokok mengeker ada ditanan oleh pekebun dan juga ada sebagai tumbuhan hutan, biji nya menjadi kegemaran oleh kijang.

  11. Masa kecik2 dulu selalu makan buah tampoi. Rasanya kelat2 manis. Buah rambai pulak, nenek selalu buat sambal belacan untuk digantikan dengan limau nipis.

  12. buah ni klu x silap saya pernah makan….saya jumpe buah ni mase perjalanan pergi ke negeri sembilan melalui jalan rompin muadzam…selalunye banyak orang asli di sepanjang jalan jual buah ni…….rase die sedap masam2 manis……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam