Artikel saya kali ini tentang buah Potensi Buah Dabai di Sarawak. Gambar yang anda lihat ini juga merupakan sebahagian pameran di MAHA2010 yang lalu. Memang tidak disangka sama sekali terdapat pelbagai jenis produk hasil dari buah dabai yang dahulunya kurang dikomersilkan. Serba sedikit tentang buah Dabai yang dapat saya coretkan di sini. Buah Dabai juga dikenali buah zaitun sarawak. Ia berbuah dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan Disember. Kajian mendapati kandungan asid lemak isi dabai hampir menyerupai minyak kelapa sawit dengan komposisi utama asid palmitik, asid linolik dan asid linolenik.
Antara produk-produk dari buah dabai ialah seperti minyak dabai. Saya pun terlupa minyak di atas ini adalah minyak wangi atau minyak pati.
Selain itu, terdapat juga produk Dabai Paste dan sos Dabai. Ada sesiapa pernah rasa ke makan sos Dabai ni. Orang Sarawak mungkin dah cuba agaknya.
Kepada peminat mayonis bolehlah mencuba mayonis daripada buah Dabai pula.
Keropok dari buah Dabai pun nampak macam menarik juga. Mungkinkah setanding dengan keropok ikan terengganu.
Ada juga sabun dari buah Dabai. Mungkin tidak lama lagi akan keluar pencuci muka buah dabai dan sebagainya.
Bagi anda yang tinggal di Sarawak, pernahkah anda mencuba produk-produk dari buah Dabai ini? Bolehlah berikan sedikit komen tentang produk buah dabai ini.
Number of View :59389
perlu ke makan buah dabai dengan garam? masin! makan macam itu pun sedap pe.
Salam sejahtera. disini saya nak memperbetulkan kekeliruan tentang perbezaan Buah Dabai dan Buah Kembayau. Secara ringkasnya, buah dabai bijinya keras dan buah kembayau bijinya lembut dan agak panjang sikit dari buah dabai. Saya berharap para penyelidik dari UMS dapat membezakan antara buah kembayau dan buah dabai.
buah dabai ni sedap. mkn saja yg fresh, buat jeruk, buat nasi goreng dan lain lagi. hanya yang pernah mkn tahu macam mana rasanya. biasanya yang posting kat sarawak mcm cikgu, lepeh (askar) polis, bomba dan kakitangan kerajaan lain yang biasanya mempopularkan dabai pada org semenanjung yang lain. mesti cuba, baru tau!
salam,
buah dabai adalah buah bermusim selalunya pada bulan oktober – disember setiap tahun. Ianya mungkin hanya terdapat di Sarawak. Dikebun saya ada 3 pokok yang ditanam oleh arwah ayah saya. kini bila tiba musimnya ia akan berbuah.. Buah dbai memang sedap. bagi sesiapa yang belum pernah mencuba buah ini boleh melancong ke sarawak – kuching, sibu, kapit dan sarikei yang banyak mengeluarkan buah ini. harga di kuching lebih mahal berbanding disibu dan sarikei kerana kuching mendapat bekalan dari sarikei dan kapit. Pokok dabai tinggi dan daunnya keras berbulu. Buah nya berada dibahagian pucuk seperti buah kasai..atau buah kristal pangilan diSarawak. daunpun lebih kurang serperti pokok kristal/kasai.
Assalam..mohon share info @ gambar berkenaan ni yer..nnt saya credit entry nyer.. tq in advance.. 🙂
Sipitang Sabah pun banyak.. Nama Popular nya Kembayau
Hi, boleh tanya buah dabai kalori nya berapa?
kembayau dari sipitang atau dari mana sahaja boleh tolong pos kan buah ni
pertama kali mkn buah ni… didatangkan dari sarawak.. pergh.. memang sedap. cuba nk tanam bijinya. kut2 boleh hidup di bumi semenanjung.
Buah nie memang sedap tapi kena tambah sedikit garam n gula setelah dikikis kulitnya dan direndam dlm air panas selama 10 minit. Saya kalau dapat buah nie setengah kilo sekali saya makan aje . Dabai ka kembayau ka yg penting buahnya fresh dan tampoknya tu kuning buahnya memang lemak. Kalau di sabah sebelah sipitang memang banyak kalau di srawak di sibu.
Salam,
Nak tanya, ada sesiapa tau supplier untuk buah ini ? kalau ada e-mail saya, thanks
ubongseling@gmail.com