Cendawan Shiitake

cendawan-shitake
Di Malaysia cendawan sudah semakin banyak di gunakan di dalam pelbagai jenis masakan khususnya cendawan jenis tiram kelabu dan Cendawan shiitake.  Cendawan Shiitake (Lentinus edodes) atau cendawan Hioko berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake bermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake. Cendawan Shiitake mengandungi lentinan iaitu sejenis sebatian anti kanser dan membantu mengurangkan kesan tumor dan tanpa kolesterol. Selain itu, kebaikan cendawan shiitake ini antaranya memberi tenaga kepada sistem imun, menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan penyakit.

Number of View :4010

Pameran Kambing

kambing

Sambungan artikel semalam mengenai pameran kambing semasa HPPNK 2011 yang lalu. Agensi dari Jabatan Perkhidmatan Verterinar telah berusaha membawa pelbagai jenis kambing untuk diperlihatkan kepada orang awam. Beberapa jenis kambing yang  akan perkenalkan kepada anda yang sudi membaca. Di antara kambing-kambing ini mungkin anda biasa dengar dan lihat.

kambing-boer

Kambing Boer merupakan baka yang dipertingkatkan dari baka asalnya. Boer merupakan perkataan dari Dutch yang bermaksud petani. Mempunyai tanduk dan telinga ke bawah dan hidungnya cembung. Berat dewasa lebih kurang 100kg dan mempunyai penghasilan daging yang tinggi.

kambing-jamnapari

Kambing Jamnapari berasal dari India. Berat dewasa lebih kurang 40kg dan boleh memberikan penghasilan daging dan susu.

kambing-dorper

Kambing Dorper berasal dari Afrika Selatan. Merupakan bebiri hasil kacukan. Baka yang subur dan tidak bertanduk. Berat dewasa lebih kurang 90kg dan mempunyai tahap kesuburan yang tinggi.

kambing-kadjang

Kambing Kadjang merupakan baka kambing tempatan Malaysia. Di ternak sebagai kambing pedaging. Tahan lasak terhadap persekitaran. Umur matang sekitar 12-18 bulan.

kambing-saanen

Kambing Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing susu.

kambing-shami

Kambing Shami berasal dari Syria. Boleh menghasilkan daging dan pengeluaran susu. Purata pengeluaran susu di antara 350-650kg susu.

kambing-kalahari-red

Kambing di atas ni pun dah boring kalau asyik-asyik cerita pasal dia. Sampai sini dahulu cerita tentang kambing. Embekkk…

Number of View :5908

Pameran Haiwan Ternakan

petting-zoo

Nak update lagi mengenai pameran yang berlangsung semasa pameran HPPNK 2011 yang lalu. Pameran Haiwan ternakan juga tidak ketinggalan dan juga menjadi tarikan pengunjung. Boleh tahan juga ramai orang mengunjungi pameran ternakan ini. Antara gambar-gambar menarik yang sempat saya kongsikan bersama anda.
petting-zoo2

Pelbagai jenis arnab yang dipamerkan juga untuk dijual. Arnab pun memang ada macam-macam jenis arnab. Ada jenis arnab asalnya diternak bagi mendapatkan bulunya tetapi sekarang ia menjadi arnab peliharaan. Arnab kacukan pun banyak dipamerkan di sini. Antara jenis arnab yang popular ialah standard rex dan satin rex.

petting-zoo10

FAIC merupakan sejenis alat yang berfungsi seperti inkubator konvensional untuk membantu proses pengeraman pelbagai jenis unggas seperti ayam, burung putuh dan sebagainya. Keistimewaan FAIC ini ialah ia boleh digunakan dalam menentusahkan kesuburan telur yang dieramkan.
petting-zoo4

Siapa kenal burung dibawah ni.. Telur di atas merupakan kepunyaan burung unta di bawah ini atau dikenali juga dengan nama Ostrich. Ostrich boleh hidup sehingga 70 tahun dan boleh berlari selaju 75km sejam.

petting-zoo7

Ada sesiapa yang mempunyai kucing untuk dimandulkan? Pemandulan atau kasi bermaksud menghilangkan keupayaan seseekor haiwan untuk mengawan atau beranak pinak. Kelebihannya ialah kucing jantan tak sibuk nak cari kucing betina dan si betina pun tak juga sibuk memanggil-manggil si kucing jantan.
petting-zoo5
Pameran Kambing juga tidak ketinggalan bagi mempromosikan daging kambing dan menaikkan lagi industri penternakan kambing di Malaysia.

petting-zoo6

Pelbagai jenis kambing dibawa oleh agensi kerajaan untuk dipertontonkan kepada umum bagi mengenali kambing dengan lebih erat lagi. Bukan setakat makan daging kambing dan minum susu kambing sahaja.

petting-zoo3

Tahukah bapak-bapak adik-adik kambing mempunyai 4 perut? Baca di atas kalau nak tahu !!

petting-zoo8

Bagi yang mempunyai kekuatan iman yang tebal juga diadakan demonstrasi permanian beradas kambing dan macam-macam lagi.  Cuba tengok perlalatan yang digunakan di bawah.
petting-zoo9

Sampai sini dulu saya dapat update mengenai Pameran Haiwan ternakan di HPPNK 2011.. Nantikan Artikel seterusnya mengenai jenis-jenis kambing yang perlu anda kenal….

Number of View :5169

Kambing Golek

kambing-golek

Memang banyak gerai jualan produk-produk dan makanan semasa di pameran HPPNK 2011 yang lalu. Antaranya ialah kambing golek. Jadi, bagi yang berminat nak tempah kambing golek untuk jamuan, silalah hubungi nombor tertera di atas. Promosi pengiklanan percuma dari saya walaupun brother yang jual kambing tu langsung tak pelawa saya untuk ujirasa kambing golek tu..

kambing-golek2
Kenapa perlu makan daging kambing? Ini kerana, daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat. Walaupun, kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi tetapi hakikat sebenarnya ia banyak mempunyai manfaat dan khasiat.

kambing-golek3
Dipercayai, Vitamin C daripada daging kambing mampu memberi ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari yang boleh mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap.
kambing-golek4
Yang menariknya daging kambing juga merupakan makanan kegemaran Nabi Muhammad.

Number of View :4413

Pameran Orkid di HPPNK 2011

pameran-orkid

Artikel kali ini saya nak update sedikit antara pameran yang menarik semasa Hari Peladang,Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK 2011) yang lalu. Antaranya ialah pameran orkid yang dianjurkan oleh AgroFest Perak. Orkid yang anda lihat di bawah ini ialah diantara orkid yang memenangi pertandingan mengikut kategori atau kelas orkid.

pameran-orkid2

pameran-orkid3

pameran-orkid4

pameran-orkid5

pameran-orkid6

pameran-orkid7

pameran-orkid8
Sampai sini dulu saya dapat update mengenai Pameran Orkid di HPPNK 2011.. Nantikan Artikel seterusnya….

Number of View :6901