Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bertujuan mempertahankan kekayaan alam semula jadi negara dalam semua aktiviti pembangunan sosioekonomi dan mengekalkan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai antara 12 negara ‘megadiverse’. Kempen 5 tahun bermula tahun 2021 hingga 2025 ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup, selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara. Kempen ini dijangka menyumbang kepada penyerapan karbon dioksida, di antara 30 juta tan di kawasan bandar hingga 85 juta tan di kawasan hutan dan lain-lain dalam setahun.

Selain itu, kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia. Malaysia berjaya mencatatkan litupan hutan sebanyak 55.3 peratus selari dengan komitmen negara di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992, iaitu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus keluasan tanah negara dilitupi pokok dan kawasan hutan.

Sehingga kini, lebih 28 juta pokok telah direkodkan telah ditanam semenjak Januari 2021 sehingga bulan April Mei 2022. Pada anda yang berminat mengenai program ini dan mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa bolehlah melawat laman web khas Program Penghijauan Malaysia di >> www.100jutapokok.gov.my. Satu aplikasi mudah alih iaitu “Penghijauan Malaysia” juga telah dibangunkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bagi membolehkan semua agensi kerajaan atau swasta mahupun orang awam merekodkan data penanaman pokok sama ada mewakili agensi mahupun individu.

 

 

Number of View :2217

Siput Berongan

siput-berongan

Siput Berongan atau nama saintifiknya Telescopium telescopium merupakan sejenis siput yang hidup di kawasan berlumpur terutama di kawasan paya bakau. Ia dinamakan sebegitu kerana disebabkan bentuk cengkerangnya seakan-akan teleskop. Makanan siput berongan ialah terdiri dari bahan-bahan yang kaya dengan bahan organik seperti hasil penguraian daun-daun kering dan bahagian tumbuhan yang telah reput.

siput-berongan2

Sekali pandang memang macam adik beradik siput sedut tetapi siput berongan ini saiznya lagi besar (8-12cm). Kali pertama melihatnya memang rasa mengujakan !! Memang puas hati kalau dapat sekilo buat masak lemak. Bagi yang ingin melihat siput ini bolehlah berkunjung ke Taman Negara Tg. Piai. Bagi yang pernah makan atau jumpa siput ini, boleh kongsikan cerita anda di sini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :15021

Pokok Lenggadai

pokok-lenggadai

Pokok Lenggadai merupakan spesis bakau asli yang berupaya tumbuh sehingga 20-25 meter. Pokok Lenggadai mempunyai sistem akar lutut untuk bernafas. Pokok ini dan kebanyakkan pokok bakau lain membiak melalui vivipari. Pembiakan secara vivipari bermaksud biji benih bercambah dan tumbuh semasa anak benih masih melekat pada pokok induk. Ini membolehkan pertumbuhan yang cepat menjadi anak pokok apabila anak benih tertanggal dari pokok induk dan jatuh mencacak ke tanah. Buah Lenggadai bersaiz kecil, panjang dan warna kehijauan. Kulit pokok berbau busuk dan digunakan oleh para nelayan untuk menghalau ikan. Selain itu, kayu in juga boleh digunakan dalam pembuatan arang. Bagi yang ingin melihat pokok ini bolehlah berkunjung ke Taman Negara Tg. Piai.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :9351