Pernahkah anda membawa pulang tanaman yang nampak indah di kedai, tetapi segera layu dan mati? Sebenarnya, ada beberapa faktor penting yang perlu diperhatikan ketika memilih tanaman untuk rumah anda (tanaman indoor). Ketahui Tips Memilih Tanaman Indoor secara ringkas dan praktikal.
- Bentuk: Pilih tanaman yang rimbun dan berdaun lebat – ini menunjukkan bahawa ia sedang tumbuh dengan baik dan sihat. Hindari tanaman yang tampak kurus atau menggugurkan daun, yang mungkin menunjukkan masalah kesihatan.
- Keadaan daun: Pastikan daunnya berwarna hijau cerah atau gelap, bukan berwarna kuning atau coklat, atau terasa lembek atau kering. Ini mungkin menandakan masalah seperti penyakit, stress atau kurang nutrien.
- Akar: Akar harus kuat dan sihat, bukan berwarna coklat atau lembek (tanda-tanda busuk akar). Jangan takut untuk mencabut tanaman dari pasu di kedai untuk memeriksanya.
- Serangga dan Penyakit: Periksa tanaman untuk tanda-tanda seranga atau penyakit, seperti bintik-bintik, warna pudar, atau keputihan. Anda tidak mahu membawa pulang tanaman yang boleh menjangkiti tanaman lain di rumah anda.
Setelah memilih tanaman yang sihat, anda perlu tahu bagaimana menjaganya. Berikut adalah empat faktor penting yang perlu dipertimbangkan:
- Pencahayaan: Sebagian besar tanaman memerlukan cahaya terang dan tidak langsung. Hindari meletakkan mereka di bawah sinar matahari langsung, kecuali jika itu adalah pokok sukulen.
- Penyiraman: Berhati-hatilah untuk tidak menyiram tanaman anda terlalu banyak – kebanyakan tanaman lebih baik bertahan dalam kekeringan daripada kelebihan air.
- Suhu: Tanaman biasanya lebih suka suasana hangat pada siang hari dan sejuk pada malam hari, dan tidak suka perubahan suhu yang besar. Jauhkan tanaman dari radiator, unit AC, atau jendela yang berangin.
- Kelembapan: Beberapa tanaman memerlukan kelembapan lebih banyak daripada kelembapan yang biasa di rumah. Tempatkan tanaman ini di kamar mandi atau dapur, atau gunakan kaedah lain untuk meningkatkan kelembapan.
Dengan memperhatikan faktor-faktor ini, ianya dapat meningkatkan peluang tanaman anda bertahan dan dapat membesar seterusnya membuat rumah anda menjadi susasana hijau yang indah dan sihat.
Rujukan : Houseplants 101 (2021)
Number of View :366