Pokok Limau Telur Buaya

limau-telur-buaya6

Artikel kali ini mengenai sejenis buah limau yang jarang dijumpai dijual di pasar apatah lagi di Carrefour atau Tesco. Apa pun terima saya ucapkan kepada Kak Noris yang mengirimkan gambar pokok limau telur buaya yang sedang berbuah ini kepada saya.

limau-telur-buaya

Nak tulis rasa dah tak larat, jadi.. saya copy paste  kata-kata dari Kak Noris ni… “Just nk kongsi gambar buah limau telur buaya yang kebetulan berbuah ketika balik kg baru2 ni… Buahnya memang saiz lemon cuma warna hijau pekat. Kulitnya agak tebal tetapi tidak pahit seperti limau nipis. Isinya seperti juga limau nipis, cuma tidak terlalu berjus.

limau-telur-buaya3

Kerana itu ia sesuai dijadikan acar limau (popular di Kedah,Perlis & Penang) kerana kulit yang tebal tu terasa empuk serta gebu bila dimasak. Apapun terlupa la pulak kak nak petik dan belah supaya isinya lebih jelas.”

Number of View :23285

Limau Telur Buaya

limau-telur-buaya

Di Malaysia sememangnya terdapat kepelbagaian jenis limau. Dari sekecil limau kasturi sehingga sebesar limau bali. Ada lagi kecil dari limau kasturi sebenarnya, kalau memang tak silap orang panggil limau kiah. Manakala limau yang paling unik bagi saya ialah limau kuku rimau. Tetapi terdapat lagi sejenis limau yang saya terjumpa gambarnya dalam koleksi simpanan saya. Saya rakamkan gambar Limau Telur Buaya ni semasa melawat sebuah sekolah di Penang. Tetapi sayang, buahnya tiada. Daripada namanya kemungkinan buah limau ini sebesar telur buaya agaknya.

Bagi yang menetap di Penang atau di mana sahaja, pernahkah anda mendengar nama Limau Telur Buaya ini. Di harap dapat kongsikan cerita anda. Tak dapat cerita tentang limau, cerita pasal telur buaya pun oraittt juga..

Number of View :33942