Pernah ke korang semua tengok pokok ini? Aku percaya pokok ini masih banyak di tanam di halaman rumah terutama di kawasan kampung. Ada artikel yang aku baca juga ia banyak terdapat di kawasan di sebelah utara dan pantai timur. Sejauh mana kebenaran itu aku tidak pasti. Walau bagaimanapun, pokok ini dahulu memang ada di tanam di kampung aku di Teluk Intan tetapi sekarang dah tak ada sebab sudah di tebang.
Pokok Nam-nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan yang berbuah dipangkal pokok dan mempunyai ketinggian kira-kira diantara 2.5 hingga 3 meter sahaja.
Di sesetengah tempat ada juga orang yang mengelarkannya sebagai buah katak puru. Mungkin disebabkan kulitnya yang kurang menarik dan seperti kulit katak puru agaknya.. Buahnya pula mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.
Selain daripada makan begitu sahaja, saya sendiri tidak pasti apa lagi kegunaan pokok atau buah tumbuhan ini. Jika pokok ini terdapat di halaman rumah anda, harap dapat dikongsikan bersama.. Diharap anda beritahu di mana lokasi pokok ini jika ia terdapat di kawasan berhampiran anda..

Kat rumah mak saudara di Sg Buaya, Banting ada beberapa pokok. Dah lama tak kesana kerana suami beliay uzur dan tinggal sekarang kat rumah anaknya di pekan Banting. Saya rasa ada lagi..
Tak tahu apa kelebihan buah atau pokok ni, kerana dianjur makan kerana “sedap” je
Salam..bagus betul blog nih, kwsn umah nenek kawe mmg byk pokok nih, org Qlater mmg panggil buah katok pughu jah, masa bdk2 dulu suka makan cicoh colek kicap. Sedaaap…
Khasiat buahnya tak pasti betul ke tak…org kata elok utk org ada penyakit darah tinggi. Kalau amalkan makan sokmo insyallah boleh men-stabilkan tekanan darah. Walllahua’lam
okey…bereh.
salam…sy suke buah nam nam ni…dulu balik kg mak sll bg….tp xpenah tgk pun pokoknye…baru ni la tgk…sy suke makan sebb rsnye masam sedap bile di cicah ng garam…tp sy tak tau pe khasiatnye…tp sekarbg dah susah nak jump…dah lame tak makan..
Mengikut kata orang2 tua di tempat saya sesuai untuk ubat darah tinggi. Amalkan makan buah nam nam. Rasanya sikit masam.
salam…
Suami ana tanam pokok nam nam dekat kawasan rumah sahaja, sekarang dah mengeluarkan buah.Pada mulanya buahnya kecil sahaja tetapi selepas di bubuh baja organik alhamdulilah buahnya bertambah besar dan cantik.Rumah kami terletak di sebelah utara.
saya pernah tengok lg pokok ni….tapi tak tau namanye….memang masa bebudak dulu sya ada mkn buahnye….rasanye masam2 manis skit,,,t\kasih saudara kerna bgi tau nama pokok ni…..harp padasesiapa yg tahulebih arif tentang pokok ni dapat memberi komen….
dulu jiran saya ade bagi sy dan dia beritahu namanye buah katak puru.rasanye memang masam manis bila masak.dan masih ade lagi di kmpg saya.dan di felda pancing pun ade,orang kampung ni suka buah masam2 dan nama pelik2 sebab tu diaorang suka menanam.
oooo… pokok nam-nam ni saya pernah tgk kat rumah kwn mak saya… Buah dia mmg sdp dah pernah makan. Bestlah jugak…
Di zaman kanak kanak ku pun amat menyukai buah katak puru ni. pantang je nampak berbuah mesti tak sabar tunggu buah katak puru ni membesar.
kalau belah kelantan dulu, buah ni ada dijual dipasar tani, sekarang tak tau la, kalau ada pasti saya beli…..
Assalamualaikum,
Orang kelantan panggil pokok ini pokok katak puru, memang best masa kecik-kecik dulu makan… buat colet’.
tapi rasanya jarang kita jumpa pokok ni dah… kat kampung mungkin ada lagi…
perubatan atau khasiat… rasa tak de kot sebab tak pernah dengar orang buat ubat ke khasiat dia ke… kami makan cam tu je bila buah tu dah dekat kaler kuning-kuning
Saya pernah melihat tumbuhan ini ( pokok nam-nam) tapi saya tidak nampak buahnya. Mungkin pokok nam-nam yang saya nampak itu adalah JANTAN dan bukan BETINA( saya serius bukan bergurau) Walau bagaimana pun saya akan cuba selidiki apa kegunaan pokok nam-nam. Rasanya pokok ini memang sejenis tumbuhan herba kerana jika dilihat pada daunnya, nampak gaya macam boleh diguna untuk mengubati penyakit Tinggi Darah. Tapi tunggu dulu, jangan pula you all cuba-cuba coz saya belum tahu pun guna pokok nam-nam tersebut.
K…jumpa lagi
umah kawe belana..marila nak gakk…kawe v anak pokok free jee..
salam.
pokok ni di panggil pokok katak puru. buahny sedap dimakan. masam-masam manis la. kulit dye memg berkerutu. buahny blea dimakan tanpe d buang kulit.
khasiat setakat ini blum ad lg, sbb sy x penah tgk nenek sy bt ap2 pd pokk ini selain mengambuahny dan makan.
Salam
Di belakang rumah kakak saya di Bg Datoh ada sepokok. Tumbuh dlm semak samun. Dulu banyak di kg2 di Bg Datoh. Sesekali saya temui nam-nam ni di super market! Boleh jadi shade tree yg bagus saya rasa. Siapa yg ada, eloklah jaga. Sayang kalau pupus.
salam…em dekat umah jiran saya ada pkok ni…memg org klntn pggil buah ni buah katak puru…rasa dia memg sedap..p pasal khasiat dia saya xthu…klau kawsan klntn rasenye memg bnyk pokok ni…
setahu pak kob pokok ini daun nya cukup mujarab untuk mengubati kencing manis. Daun nya di keringkan dan di buat teh.
rumah ayah sy kt kg msh ada pokok katak puru ni. mmg sedap buat colek atau dimkn gitu saja, rasanya masam manis mcm buah asam lain. mak kami dulu slalu buat kerabu atau air asam dicampur asam jawa utk ikan bakar, sdp tul. juga digunakan utk menghilangkan bau hanyir ikan/daging/ayam. kalu kt kelantan pokok ni mmg bnyk tp budak2 skrg apa pokok pun tak kenal, anak sy mkn buah manggis di bwh pokok manggis tp bertanya macam mana rupanya pokok manggis…??? anak dlm bandar dibesarkan dgn apa jua yg terdpt di pasaraya, psr mlm n psr tani, dll.
Pokok Nam-nam ni mmg byk di kampung saya.Di Tg piandang, Bhagian utara Perak.
masa belajar pun saya ada jumpa di upm..ramai org xtau buah ni boleh dimakan.Buah ni antara kegemaran saya. lokasi di serdang adalah di unit latihan, taman pertanian universiti upm dan di arboretum Pusat Pembangunan Komoditi serdang.
saya sangat berbangga dengan penulisan tentang pokok nam nam bagi saya ianya hampir pupus, ramai yang tahu namanya saja dan ada yang pernah makan tetapi tidak tahu bagaimana pokoknya. jadi saya mengucapkan tahniah pada fazlisyam.com yang bersusah payah menyiapkan buku . saya merasakan khazanah alam yang hampir pupus ini perlu di pertahankan. saya sendiri pun telah menanamnya.
Pokok ini memang ada kat rumah saya di kampung buahnya sedap di makan bila tua atau makan buah muda dengan cuka tapi saya suka makan mentah mentah tp yang dah tua atau masak rasanya masam manis gitu sunguh sedap kalau tak percaya tanya orang yang dah makan buah katak puru ni nama pokoknya memang gitu tapi buahnya sedap
Buah nam-nam atau kata puru kalau di Kelantan ni boleh dibiakkan dengan bijinya…Cukup mudah di tanam dan dijaga dan lebat berbuah walaupun kurang pembajaan. Di kampung, kat belakang rumah mak mertua saya didapati ianya tumbuh subur dan boleh sesuaikan pertumbuhannya walaupun dibawah naungan serta di pinggir-pinggir kawasan berair…Khasiat setakat ini belum saya ketahui…
Pokok ni pernah tumbuh di hadapan rumah keluarga aku tapi dah mati, taktau sbb apa . Yang diberitahu oleh orang tua aku buahnya amat baik untuk pesakit darah tinggi . Tapi takade sainstifik lagi , sapa leh buat kajian bagus . Aku suka buah ni sebab aku berpendapat ada nilainya , Yang aku tau buah ni sedap kalau buat jus. Liur aku tengah pecah ni , sedap wooo . Masalahnya warna aje kurang menarik . Kalau nak buat jus kena kikis dahulu kulit luar, biji kena buang le. Lepas tu blend , kalau tak ade mesin jus kena tapis le sisa. Tarok sikit gula dan ais , minum tengahari lepas makan sambal belacan cabai burung , pegggghhhhhh sodapppp
Malangnya aku kena pi cari kat Kltan atau pi Tng Piandang sbb pokok ni dah mati takdak ganti . adussssss ruginya aku.
salam..
rumah ayah sy kt kg( terengganu kite) msh ada pokok katak puru ni.. saya pun sama tanam pokok kat rumah…
namanya memang pelik.. tapi buah memang sedap dimakan.. musim buahnya sepanjang masa…
Salam. Sekiranya anda berminat kepada tanaman bonsai, pokok nam nam sesuai untuk dibuat bonsai terutamanya pada pokok yang telah berumur 5 tahun ke atas. Anda perlu menggali pada sebelah pokok dan putuskan akarnya, selang seminggu gali sebelah lagi dan minggu berikutnya anda boleh alehkan pokok ini kedalam pasu. Sebelum digali akarnya, pokok nam nam dicantas batang dan dahanya setinggi 1 meter sahaja. Gunakan media 3:2:1 dalam pasu yang bersesuaian. Selam satu bulan letakkan ditemapt yang redup. Siram sekali sehari sahaja. InsyaAllah pucuk baru mula tumbuh pada bulan ke-3. Guna baja foliar setiap dua minggu dan pokok ini akan mula berbuah selepas 6 bulan, cantasan dan kawalan kulat/serangga hendaklah dibuat mengikut jadual.
salam
pokok tu ada orang buat ubat kencing manis. macamana? knalah survey dgn orang tua2. mungkin khasiat buahnya.
Buah nam- nam kawe dok kenal.. kg kawe pangil buah katok puru.. ( kg Jerteh, besut Terengganu ) kalu makan dgn *cholet* meme best gila (cholet ialah campuran cuka, cili,belacan, gula dan garam.)
Salam..
Org kata buah nam nam ni sesuai utk org yg menghidap penyakit darah tinggi. Amalkan mkn pucuk nam nam. Saya pun baru je tanam pokok ni kat rumah
Kalau muda buah ni masam-masam kelat tapi kalau betul-betul masak jadi masam-masam manis.Selain cicah dengan kuah rojak saya suka makan buah ni dengan dibelah dua kemudian sapukan sedikit belacan dan taburkan sedikit garam satu pinggan boleh habis. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji atau pun kaedah tut.
ganjil betollah pokok nie, first time aku tengok kat laman ni..kat mana2 kat sabah ni, eris x pernah tngok g..
salam.. penah baca kat satu forum.. ada yg cakap daun nyer blh wat ubat melancarkan kencing.. harap2 anak pokok yg sy tanam dari biji tu leh berbuah 🙂
Salam,
dulu masa kecik2 sy selalu makan buah ni…masa tu buah nam2 sy jumpa kat kg gajah je…mmg sedap bila buah tu dh kuning2 skit…tp kenapa orang tak komersialkan buah ni ye…
Teluk Intan kampong saya juga. Di mana Kg saudara ?
salam..
hmm..aku pun xtau ape khasatnya..tapi makan la sebab sedap..masam la ckit klu putik. rasa manis jugak bila dah masak.. orang klenatan panggil buah ni sebagai buah katak puru.hehe.bye
salam ….
x pernah tengok pokok maupun buahnya .. Rasa ketinggalan lah pulak.
Dimana agaknya boleh saya dapati pokok2 seperti ini ya?
Saya pernah makan buah ini ketika di Dungun Trg. Seorang Jururawat Hjh Kamariah namanya beri buah ini untuk sakit Darah Tinggi saya, pokok ini keluarga dia yang punya, rasanya sedap, Masam-masam manis. Nak beli kat dia, dia tak bagi , nak mintak sokmo malu pula, namun apabila saya bertemu buah ini di mana-mana tetap saya membelinya, Mungkin baik untuk Penyakit Darah Tinggi , tapi kenalah istiqamah memakannya. Masalahnya nak dapat bekalan secara berterusan. Jika di komersialkan saya rasa tentu dapat sambutan. Mereka yang dah cuba tentu tak menolaknya. Jika saudara ada koleksi tumbuhan2 tradisional ini (atau tahu kat mana nak beli benihnya) harap maklum kat saya kerana saya pun tak mahu benda2 ini pupus. T.Kasih diatas info anda.
rumah kawe ada dua tiga batang pokok katak puru ni. kata orang tua2, buah dia dapat menyembuhkan penyakit darah tinggi. tak tau laa betul ke tak. tapi aku tak kisah. yang aku tau buah dia sedap gak kalu dimakan. tapi, satu je sebab kenapa pokok ni dah hampir nak pupus, sebab susah nak idup bila di tanam. kat umah akupn, dia tumbuh sendiri je. dah memang tak boleh usik dah. kalu pindah, gerenti pokok tu akan mati. satu lagi, pucuk muda yang warna kemerahan tu sedap untuk dibuat ulam. rasa dia masam sikit. itu je…….TQ
Buah nie memang sedap…. bila dah masak rasa masam2 dicicah ngan belacan+cili padi + kicap …memang meyengat rasanyeer…. kat kampung rumah jiran aku memang banyak..tiap kali aku balik kampung mesti aku buat pemantauan buah nie…susah nak dapat dah sekarang nie… kat rumah aku sekarang nie pun aku dah tanam..menarik..menarik….
Salam…
Inilah kali pertama saya tengok pokok katak puru ni. Di tempat saya takde pokok ni… Banyak info yang berguna dari blog ini. Terima kasih banyak2.
Kami panggil buah/pokok nenam …banyak tumbuh di kampung..jadi rebutan bila masak, rasanya kelat manis. Ikut Ibusina sifat asal herbal ada 4 kategori iaitu :
Panas – Kering : untuk penyakit-penyakit yang berhubungan dengan jantung dan paru-paru. Herba yang berada pada zona ini adalah herba-herba yang bersifat aromatik.
Dingin – Kering : untuk penyakit-penyakit yang bersumber dari darah. Herba-herba yang berada pada zona ini adalah herba-herba yang bersifat kelat.
Dingin – Basah : untuk penyakit-penyakit yang bersifat radang dan ginjal. Herba-herba yang berada pada zona ini dalah herba yang bersifat dingin.
Panas – Basah : untuk penyakit-penyakit yang berhubungan dengan unsur angin seperti usus, hati, limpa dan lain-lain. Herba-herba yang berada pada zona ini adalah herba-herba yang bersifat pahit.
Oleh kerana Nenam bersifat Kelat Manis ia diketegorikan
HERBA KELAT => UNSUR TANAH
Herba ini bersifat sepat dan biasanya di gunakan untuk penyakit-penyakit yang bersumber dari darah. Sesuai untuk meningkatkan sistem imunitas tubuh.
Perlu kajian lanjut
Tak pernah dengar , tengok jauh sekali .Dari komen-komen diatas, buah ini rasanya pasti sedap.DiSelangor, dimana kita boleh tengok pokok dan buahnya.This is good untuk general knowledge kita dan anak-anak juga.
TK
Salam,kalu ada buah yang masak bak la sikit nak rasa…sian takpenah makan. kalu bole nak semai biji dia..tanam kt blakang umah (shah alam)bila dah brbuah bagi lak kt jiran2 rasa ekk..sms kt saye 0193831645 sape2 yang murah ati..
Saya kenal pokok ini, berbuah dipangkal pokok/btg.rasa masam manis.boleh direnekkan ,berbuah sepanjang masa.tgk petama kali memang rasa aneh buahnya!tentang keajibanya x lagi nnti ada maklumat saya berikan.Tumbuh ditanah berpasir dan lembab.
Masa kecik dulu menyukai buah katak puru ni ada kat kg di kelantan.cicah colek lgi sedap buah katak puru ni.buah yang kekuningan lg sedaaap.
Rasa-rasanya kat pasar Siti Khadijah di KB ada jual masa kawe balik ke Kg, dulu.
assalamaualikum,dari kecik saya panggil buah nam nam, jiran dulu beli kat market..tu first time saya tau ttg pokok ni, di botanical garden penang, ada pokok ni yang saya tau ada 2 batang..dekat umah atok kat selama perak ada satu and kat area kampung makam penang ada umah banglo buruk , ha situ buah dia lebat..hehe, buah ni memang best, kempunan nak makan waaaa,, buah lambat besaq, kalo pokok jantan x berbuah..satu lagi teringin nak makan buah keriang,, cuba wat blog ttg pokok ni pulak – iefa ridza, future landscape architect
Pokok ni ada kat belakang rumah mak saya di pahang. Biasanya salah satu buah campuran untuk buat rojak buah atau makan cicah garam. Rasanya ada juga yang masukkan dalam acar. Kegunaannya saya tak tahu. Tapi kalau demam tu bagus juga makan buah sebagai penambah air liur bagi mengurangkan air liur yang pahit sebab rasanya yang masam-masam manis tu.
kat belakang rumah saya ada pokok ni dan kami panggil buah katak puru kerana kulitnya yang mengerutu. Dengar namanya je pun dah boleh pecah liur. Kami sekeluarga suka makan dengan ‘colek’. Tak pernah pulak dengar pokok ni ada pokok jantan sebab semua pokok yang saya jumpa semuanya berbuah lebat. Satu hal tak tahan dengan pokok ni samada banyak semut atau banyak kerengga.
Masih banyak pokok nih kat kat Teluk Intan…..dulu dipasar TI pun bleh beli buah nih ada orang jual sekarang tak nampak lai.
mak saya ada tanam pokok ni kat depan rumah saya.pokoknye sentiasa ada buah.rasanye macam masam2 sikit.khasiatnye saya x tahu.anak saya suka makan cicah garam,kicap.saya pernah campur dalam gulai lemak kuning cili padi ikan tenggiri..sedap jugak…
Kakak saya ada menanam pokok nam-nam ini di kawasan rumahnya. Saya dah rasa, memang masam dan kelat tetapi saya pun tak pasti boleh buat apa dengan buahnya, nantilah saya akan bertanyakan kepada kakak saya faedah dan khasiatnya. Hingga bertemu lagi….
Terima Kasih kepada yang banyak memberi komen yang bagus, cuma di harap anda beritahu lokasi tempat jika pokok ini masih berada di kawasan anda. Sedikit sebanyak kita dapat tahu taburan pokok ini di Malaysia.