March 24, 2025

daun-ketum

Pokok ketum atau nama saintifiknya Mitragyna specios kebanyakkannya tumbuh semulajadi di hutan-hutan seperti di Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu.  Di sesetengah tempat pokok ketum dipanggil pokok biak. Masyarakat tradisi mengunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.
daun-ketum2

 

Selain itu, dipercayai daun ketum juga yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin. Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah. Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Jika anda mempunyai cerita disebalik pokok ketum ini, silalah kongsikannya di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :41439

34 thoughts on “Pokok Ketum

  1. apabila sesuatu kawalan sukar dibuat.. maka langkah yg terbaik ialah mengharamkan la.. tetapi perubatan secara tradisional masih lagi diamalkan selagi ia tidak menyalahi undang2 agama dan islam..

  2. Daun ketum ni nak bgtau dkt hgpa smua mmg best..tapi pandai2 hngpa la cara mcmana nak guna

  3. Saya tak pernah tegok lah..macammana rupa nya..boleh tolong tunjok gambarnya tak!….

  4. DAUN KETUM DISEBELAH UTARA DIBERI NAMA DAUN BIAK DAN KEGUNAANNYA BERBAGAI SEPERTI KULIT DAN AKARNYA DIREBUS DGN MINYAK KELAPA UNTUK BUAT MINYAK URUT

  5. org2 yg mengharamkan daun ketum ni termasuk org2 yg akalnya lagi dahsyat dr kesan daun ketum. puok2 hisap dadah tu, dr mereka dok kerkoh heroin atau morfin ke..baik depa kerkoh ke daun ketum. kesan sampingan tidak seteruk mana. paling tidak khayallllll je atau penig2 beruk..hi hi hi. saya dulu kerja balak, puluhan kilometer masuk ke hutan, pembantu penebang balak dan lain-lain. naik bukit turun bukit, terjun sungai panjat tebing…lelohhh bedohooo (penat sungguh). petang balik ke kongsi (rumah rehat pekerja) minumlaaa air rebusan akar kayu campur si daun ketum niii…. esok pagi macam tak der apa-apa. Nak balik rumah mau jumpa isteri, amal dulu minum air akar kayu plus daun ketum ni…jeng jeng jengggg… tak payah viagra.. isteri kenyang sampai sebulan! Yg mengharamkan tu, kl saya bagi minum atau makan jamu ketum ni (ramuan halal)… sohih dia tamboh 2-3 org bini lagi… mungkin masa tu dia baru ubah fatwa jadi HALAL.. ha ha ha

  6. Salam…

    Bagaimana pulak utk mengubati org yg dah ketagih minum air ketum? Ada tak cara2 nya dan d mana?

  7. salam.. kalau minum air ketum yng biasa2 punye, dye bleh berkumpul kat usus kew? n bwak kpada apendik.

  8. ……kalau minum air daun ketum ni…ikut peraturan tanpa campur bahan lain….tak adanya jadi ketagih..

  9. mula2 tu mmng la kata minum nk buat ubat la,nk bg segar badan la …lastly terus ketagih…merata tempat dah aku dok tengok kat utara ni…sampai budak sekolah rndh pun dh teruk…kt tmpat krja aku pulak geng2 ketum ni klu x ada air ketum,mulalah malas nk keja…asyik marah2 x tntu pasal..dh ketagih kronik air ketum…mcmana tu!!!!

  10. Assalamualaikum… Saya nak berkongsi sedikit tentang penggunaan daun ketum ni. Ditempat saya ni ada jg yg mengamalkan meminum daun ketum ni. Apa yang saya lihat, minum daun ketum ni bg tujuan menghilangkan sakit2 badan akibat bekerja kuat memang mujarab.
    Daripada maklumat yang saya perolehi dari sumber yang boleh dipercayai, selalunya daun ketum yang dibeli siap atau readymade ni telah dicampur bahan2 lain seperti ubat nyamuk, ubat kaki 3 dan sebagainya. Inilah yang menyebabkan ketagihan. Jadi kalau nak minum, minumlah yang direbus sendiri. Pasti tiada kesan sampingan Walau apa pun pada saya elok atau tidak penggunaannya bergantung kepada individu itu sendiri. Tepuk dada tanya selera.

  11. mcm mana nak tanam pokok ketum? sape yg tau harap respon

    2. Mcm mana nak tukarkn perundangn m’sia supya ketum x diharamkn. Sape tau harap respon

  12. salam ,, saya nak tanya mcam mna nak bagi seseorang berhenti minum air ketum ? ada kawan saya seorang tak boleh nak buat kerja apa pun bila tak ambik ketum .. menurut kawan saya ,, dia tak mampu nak buat kerja apa pun disebabkan sakit pinggang yang teramat disebabkan
    tidak minum air ketum terlebih dahulu ,,

  13. minum ketom pon mau kacau…umah maksiat belambak ampa xmau kacau..kedai judi xkcau…oh lupa depa dok byr bln2 kt ampa…elok la kedaqah duit hrm..ni bkn ckp kosong mmber aku yg jg kdai mesin aku tau la…

  14. …ada pro n kontranya..saya cadangkan pihak universiti, atau agensi berkaitan buat kajian mendalam mengenai daun ketum….kemudian umumkan pada masyarakat.. siapa tahu ada penemuan bermanfaat ke?atau skrg2nye kemudaratan yang buleh timbul melaluinya…
    “sekiranya mereka tahu khasiat herba2 kita pasti mereka sanggup menukarkannya dengan ketulan2 emas” renung2kan..

  15. Aku Ada 1 cara nak berenti ketum. Cari produk German nama dia fitline, ditanggung halal seluruh dunia. Family aku Ada sorang try produk ni untuk hilangkan ketagih.katanya hanya yang tabah akan berjaya. Sebab hari kedua dia minum produk ni badan dia kejang n sakit. Hari ke3 trus ok. Dia minum 3 sudu ja sebelum tido sebab kalau tak tak bley tido.Tapi Harga dia Mahal gila bro. Kalau nak tau e-mail kat adammazni@gmail.com

  16. air ketum banyak mafaatnya untuk perubatan, sy selalu minum fuh rugi org yg tdk penah minum, lepas minum badan rasa segar ada tenaga hilang rasa lenguh2 rasa darah dlm badan berjalan lancar.. kalu saudara nk minum amal minum lepas makan pagi setengah cawan teh dan minum lg sebelah malam, bagi yg dh kawen elok minum utk kebahagian rmhtangga anda. Jangan amal minum banyak sb boleh bw hayal dan jgn minum bila perot kosong..saudara jgn salah tanggapan air ni merupakan perubatan tradisional mcm tongkat ali jgk la.. bagus minum drp kita duk amal makan ubat2 klinik yg ada kesan sampingan.

  17. air ketum kalau minum membawa mudarat,hari tu staff saya kejang tak boleh jalan masa buat kerja.doktor kata darah dia pekat dan hitam.doktor tanya dia ,awak makan apa pagi tadi.dia cakap di minum air ketum.doktor marah jangan minum air ketum dah. dia kalau minum air ketum mesti 1 juq. tapi sekarang air ketum dah tak jalan dah,makan daun pulak buat ulam.saya nasihat janganlah amalkan minum air ketum rosak badan nanti.

  18. askm pada semua pembaca di halaman blog ni… sy seorg peminum air daun ketum.. tp sy xda niat dr dulu untuk bkhayal n slama ni sy minum bknnya khayal pun… xdpt dinafikan khasiat penawar or racun seperti yg kita bincangkan ni… sekiranya kita menyalahi khasiat yg terdapat dlm daun ketum ni dgn mencampurkan dgn ubt batuk+ coca cola or apa2 pun semmgnya ia leh mndatagkan ketagihan n kerosakkan bdn yg teruk… ia seperti racun… mslh pengharaman ketum di Malaysia adlah bukan jalan penyelesaian yg terbaik coz ia bukan sejenis dadah… klu ckap ketum ni ada mithaginin or apa pun.. ia tetap sumber dr ubtn tradisonal berbanding daripada bhn racun seperti syabu.. bahan kimia… akta racun adalah utk bhn kimia bkn utk ubtn2 tradisional… kerajaan silap dlm membuat penilaian terhadap ketum disebabkan hanya melihat dr sudut penyalahgunaan air ketum yg dicampur mcm2… coz tu sesiapa yg minum dgn campuran spt ini akan uat kacau dlm masyarakat…. klu cara hasilan air ketum asli dibuat dgn betul ia tidak mngkayalkan…..bg sy ia bukan mnjadi kesalahan… sy mencabar golongan profesional membuktikan daun ketum adalah bnd yg haram… dlm kajian sumber yg sy baca menunjukaan ia penawar bg air ketum yg asli… sikap manusia yg rakus merosakkan khasiat dr anugerah ALLah…. sesiapa leh mngutarakan pendapat or komen apa yg sy katakan ni

  19. As’mualaikum..saya pengamal minum air ketom dan pengidap kencing manis..pengalaman saya sejak minum rebusan air ketom hampir 3 tahun disamping mengamal minum air ketom ubat kencing manis hsptl masih lagi saya makan..apabila saya membuat pemeriksaan darah masih lagi ditahap 10.0mml kebawah paras tinggi..tetapi hanya yang dapat kesan minuman air ketom mengatasi keletihan pengidap kencing manis menghasilkan tenaga tidak lagi terasa lesu dfan letih…

  20. Assalamualaikum….. rasanya dah lama x ada komen dari 2012… sekarang dah 2014… terjumpa blog ni cerita pasal ketum… Saya mula2 minum untuk seronok2 aja… sehari setengah cawan… fuhh best badan sihat berpeluh buat keja pun rancak aja. lama kelamaan minum pun makin bertambah dari sebungkus sehari hinggalah 5 bungkus sehari.Bila dah sampai tahap ni nak berjalan mana-mana mesti bawa stok air ketum,kalau tak kena air ni mula la gelisah tak tentu arah,sakit badan berdenyut-denyut kaki, tangan, badan, bahu, perut betis,sembelit dan makan tak lalu makan dan tak boleh tidur badan pun susut.

    Pada masa sekarang saya cuba untuk berhenti.. caranya… kurangkan minum air ketum.. dari 4 bungkus ke 3 bungkus kemudian 2 bungkus dan kemudian 1 bungkus dan akhir sekali hanya 1/2 bungkus… pada tahap 1/2 bungkus ni sukar sikit, tapi berusahalah bertahan… masaalah sukar tidur akan anda alami… sakit badan dan akan ada angin satu badan,sendawa tak berhenti-henti… pada tahap ini anda akan tahu kesihatan itu amat penting,kadang2 gusi berdarah tapi bertahan lah dua hari dia akan hilang pendarahan itu, tak banyak pun darah keluar kat gusi tu… badan akan rasa pedih-pedih sikit rasa macam semut ketit tapi tak berapa ketara sangat… yang penting bersabar.. bukan senang nak buang benda toksid dalam badan ni… kadang-kadang dia naik macam biji kat badan lepastu dia melecet seperti kena api… abaikan ja.. tak banyak mana pun.. sapu lah minyak gamat ke… badan akan merasa panas sampai ke kepala.. time ni angin tak tentu sikit… suka marah-marah.sabar….sabar….sabar… malam akan susah nak tidur… sakit badan,sakit perut betis…, aduh pening macam ni… bukak peti ais ada ubat batuk,telan secamca… bolehlah tidur sikit.Selepas ½ bungkus tu,dah stop terus…. dan bertahanlah apa dugaan yang akan menimpa pulak… tapi tak seteruk yang saya sebut diatas tu,anda akan dapat menahannya,yang penting sabar…sabar…sabar… banyakkan berdoa dan sembahyang hajat agar dapat kekuatan untuk berhenti terus minum air ketum ni.. inshaallah… anda akan boleh berhenti meminumnya… dan pada masa ini anda akan tahu betapa sihatnya badan anda pada sebelum ini..
    Ketahuilah sahabat-sahabat.. amalan minum air ketum akan mengganggu buah pinggang anda badan akan jadi hitam seperti orang sakit buah pinggang (pernah tengok tak orang yang buah pinggangnya telah rosak dan dibuang.. badan hitam,pelik pulak tengok)tapi tak mustahil buah pinggang kita pun akan rosak… dan darah akan jadi pekat dan beku.. seorang sahabat salur darah otaknya pecah dan beku,apa yang terjadi padanya… lumpuh seluruh badan…
    Saya menyeru pada sahabat-sahabat yang mengamalkan minum air ketun ini.. berhentilah minum untuk kebaikan kita… Inshaallah…..

  21. allahuakbarr,, smakin aku baca luahan hati korang smakin aku sedih NGERI teringat zaman jahiliah aku dgn dunia2 dadah haram jadahh ni.. sgala macam dadah aku lantak,, duit brapa byk dh abis jgn tanyala bekas2 rakan sperjuangan sekapal oii…
    last2 apa yg aku paling ngeri korg tahu??? AL KETUM AL BIAK AL KOROI AL 3 RASA ni la yg pling MEMORI NGERI seumur hidup aku!!!..

    tobat AL KETUM al biak ni la RAJA DADAH yg sebenar2nya!! bagi budak2 baru nak naik mgkin diaorg pandang enteng pda sttment aku ni.. tapi pada bro2 di atas ni yg trlajak perahu bole di undur terlajak MINUM KETUM cam bro2 di atas?????..

    hanya kita org yg tahu KESAKITAN,SEKSAAN,KEPEDIHAN MENTAL FIZIKAL bila ”KONG” AIR KETUM!!..KESAKITAN ketagihan HEROIN bertahun2 lebih rendah jika di bandingkan dgn level KESAKITAN ketagihan air ketum!..ini fact!..ngerinya hanya Tuhan yg tahu…

    sbelum pemulihan aku,tobat demi Allah aku x dpat jelaskan betapa SIKSAnya aku dgn effect KETAGIHAN KETUM..hanya Allah s.w.t yg tahu..tapi ALHAMDULILLAH,, dh 4 tahun aku bebas dari KETUM,,bukan sekadar KETUM, segala macam DADAH + ROKOK HARAM JADAH aku dah bebas..maaf kalu aku terkasar bahasa..tapi ini manifestasi pen zahiran auto rasa hati KEBENCIAN aku pada benda2 merosakan/mgkhayalkan/memabukkan yg MEMBUNUH MEROSAKKAN ANAK BANGSA aku selama ni!!..

    pada saudara2 seagama aku yg dh KRONIK sgt2..aku faham..aku dh lalui apa yg korg rasa..insyaallahh,,setiap PENYAKIT ada PENAWARnya melainkan mati..ini janji Allah s.w.t..yakinlah saudara2 seagamaku..kembalilah pada AGAMA.. hanya ini satu2nya jalan KELUAR dari setiap PENYAKIT ..mintalah AMPUNAN dengan ssguhnya pada yg MAHA KUASA mnjadikan ssuatu..(ILLAHI)..

    rujuklah pada link RAWATAN TRADISIONAL USTAZ HANAFFI..hanya mereka yg pernah mnjalani rawatan dapat mnggambarkan ketenangan / kenikmatan bila BEBAS dari belenggu dadah/ketum/n dll …bertaubatlah sebelum terlambat dipaksa ke alam kematian…..teguh/kuatkan hati..insyaallah di permudahkan Illahi…amin..
    Allahuakbar…..
    sekadar perkogsian..wsalam…

  22. As salam.. sy pn pernah minum ketum.. demi allah sy ckp dah 6 tahun sy minum.. mula2 mmg syiok minum dia.. tp lama2 dia jd ketagih… smpai nal drive keta pn law x dak ketum x leh drive sbb mata tiba trlelap x tntu pasal.. last nya saya nekad berenti.. mula2 masa nak berenti tu sy mnum smpai perut kmbong dgn x makan2 hnya ketom ja dkt dlm perut sehari suntuk tu.. lepas tu sy rasa nak mntah.. lepas tu sy mntah dn kepala sy jd sakit.. bila kepala sakit besok tu sy jd takut nak mnum.. tp sy mnum balik sbb gelisah ketum ni lain mcm.. last nye sy try cokoroi sekali je.. sy mnum bnyak bgi kepala high kaw2.. akhir nye besok tu sy da x mnum ketum.. dlm 3 ari sy x mnum ketom.. tiba2 teringat cokoroi tp x ingat pasal ketom pn.. org kata law mnum sekali mmg x akan ketagih.. jd sy fikir sy hnye mnum sekali je cokoroi.. itu la kali terakhir mnum koroi dan terus lupa pasal ketum… sekarang ni alhamdulillah sbb da normal.. koroi tu bole wat lpe kn ketom.. tp jgn mnum koroi bnyak kali..

  23. Assalam saya ada penawar ketum
    Sila ke page penawar ketum dan cakoroi..tq..wasap 0125471268

  24. Assalamualaikum, saudara/i,
    Saya peminum tegar ketum sejak tahun 2010 sehingga kini.
    Dahulu kami hampir setiap malam minum cakoroi 1 tong sampah hitam kekadang 2 tong, Yang minum 20-50org. Saya memang tak nafikan minum ketum ni memang sakit pinggang apabila x minum. Saya juga pernah berhenti minum selama 6 bulan tanpa apa-apa produk. Jika nak berhenti minum ketum. Pokok pangkalnya pemikiran anda. Jika niat anda nak berhenti minum ketum atau cakoroi atau ayaq biak dsb perlu kental mengawal mentaliti dan fizikal. Perbanyakkan minum air kosong atau air mati. Kesan daripada anda berhenti minum air ketum ini adalah selsema, sakit pinggang, tekanan darah tidak stabil , pening kepala, cirit biri dsb. Ia hanya ambil masa 1-2minggu sahaja kemudian anda akan lupa tentang ketum dan tiada lagi sakit ayaq, sakit ketum, sakit badan dsb. Itu sahaja tips daripada saya. Jangan persoalkan kenapa saya masih minum ketum semua jawapan terletak pada anda. Wallahualam

    Ikhlas
    Anuar
    Penolong Pegawai Farmasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam