
Maaflah sebab dah beberapa hari tak menghantar artikel baru di Blog ini. Semalam saya baru sahaja pulang dari luar negeri. Tidaklah jauh. Negeri Perak Darul Ridzuan je.. Kali ini saya telah dapat mengenali lagi beberapa lagi jenis / spesis pisang yang jarang-jarang sekali dapat dilihat apatah lagi kalau nak beli di kedai. Antara yang menarik untuk saya paparkan di sini ialah Pisang Raja Udang.

Pisang ini pada kebiasaanya akan berwarna merah hati apabila sudah hampir masak. Sempat juga saya ambil gambar pokok pisang ini sekali bersama buahnya. Kalau anda rujuk/ buat carian di google tentang pisang ini ada yang menyatakan Pisang ni mempunyai mitosnya yang tersendiri. Pisang ni dikatakan tidak boleh dimakan oleh orang keturunan Rawa kerana Putera Raja tersebut telah bersumpah bahawa seluruh keturunannya tidak boleh memakan buah atau menebang pokok pisang raja udang ini. Nak cerita memang panjang.. Anda boleh baca sendiri…

Isi dalamnya berwarna putih apabila masak dan rasanya sedap seakan-akan pisang berangan. Saya sendiri pun belum sempat rasa lagi pisang ini kerana masih lagi menunggu buah ini masak. Mungkin anda di sana pernah merasai pisang jenis ini, bolehlah cerita pengalaman anda..
Sebenarnya di Malaysia ini masih lagi banyak jenis pisang yang tidak diketahui dan kurang dipromosikan. Kebanyakkan antara kita terutama generasi baru hanya mengenali pisang berangan, pisang abu, pisang awak, pisang tanduk, pisang emas dan pisang goreng sahaja. Mungkin di kampung anda, ada pelbagai lagi jenis pisang yang jarang orang lain tahu. Harap dapat dikongsikan di sini…





Suatu paparan menarik tentang pisang udang.Sy pernah lihat pisang ni , tapi tak pernah pula makan.Ada banyak jenis pisang lg yang kurang dikenali terdapat di kampung2.
Pisang kapal- pokoknya rendah dan berdaun lebar pendek.Tandan buahnya hingga mencecah tanah.Buahnya tawar.Biasanya buah yang tua direbus dan dimakan bersama kelapa parut.
Pisang ulam- pisang ni cuma sesuai dibuat ulam kerana bentuknya yang kecil dan rasanya yang tawar walau pun dah masak.
Pisang bunga/embun,pisang abu,pisang restali dan pisang emas bentan masih kedapatan di kampung2.
Disebelah utara, popular dengan gulai(kari) kawah batang pisang.Batang pisang disini adalah umbut dari batang pisang direncah bersama daging. Umbut biasanya diambil dari jenis pisang hutan atau pisang awak.
wow!! sebenarnye saya tidak pernah lihat pisang sebegini rupa..masyaallah!! terima kasih kerna bagi saya peluang berkongsi pengalaman yang tak akan saya lupa…Selamat Maju Jaya!..
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.that y, sya amalkan mkn pisg bila asa dqi nie dah terlampau montel..heheheh…
Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
semua tue sya dapt info kat soleh.net..btul…best gler dpt informasi…membaca menerangi idup sya…
salam fadly ;Pisang raja udang biasa nya di gunakan untok membuat kari sahaja tapi ia nya di guna kan sewaktu buah nya tua ia itu belum masak. kulit nya di sebelah luar di kupas sedikit serta dibiar kan kulit di sebelah dalam kemudian di potong kerat kerat.sesekali memakan enak juga rasa nya.terima kasih.
rumah jiran saya ada pokok pisang ni. ada la sekali bila dah masak dia hantar sesikat kat rumah. tapi terlupa pula pasal pisang tu. then bila teringat orang rumah cakap dah buang dah sebab tak ada siapa sentuh. so terlepas peluang nak rasa kali pertama.
saya nak tanya n kalau boleh saudara tolong…
tau tak kat mana saya boleh dapat beli baja berjenama ‘FLORAGRO’?
dengar kata baja ni bagus but susah nak cari n till now masih belum jumpa. thnx
PISANG….. Dh lama sy pndamkn hasrat ni… iaitu untuk JD JUTAWAN PISANG. TP cmner cranya? Sudah smestinya modal yg agak tnggi.. Tp yakinlah.. Bla kita sudah mula mmbuat projek pnanaman n mengeksport pisang, sudah tntu kita x menang tgn nk trima order.. Duit BEB!
Sbb psaran luar, prmintaan pd pisang sgtlah tnggi.. dan harganya pun lumayan.
So, skrg sy sudah punyai biz smbilan yg mudah tp pndapatan lumayan.. Jd xlma lg insyallah leh digunakan utk jlnkn hasrat sy yg trtangguh dlu ni…
X percaya? Pernah tgk kt MAJALAH 3 aritu psl kisah jutawan pisang? Hasrat sy berkobar2 lpas tgk aritu.. Insyaalah dgn projek yg lumayan yg sy jlnkn skrg, xlma lg ckup la modal utk mulakn projek pisang ni..hehe…
p/s: “Berbudi kpd tanah, kita pasti jua akan dpt hasilnya”
Berhampiran kebun saya di hulu langat ada peladang india tanam pisang raja udang ini tapi saya tenguk pun kurang selera. Saya lebih cenderung pisang tanduk, isi sedap..buat kerepek pun boleh. Tapi sayang pokok pisang tanduk juga kegemaran babi hutan. ..Disini Saya nak introduce pisang yg jarang terdapat dipantai barat iaitu pisang oghe kelate panggil pisang ‘ggala..(munkin teggala, begala?). Pisang ni sangat sedap rasanya bila masak. Tapi sayangnya ia penuh dgn biji. Kalau telan bijinya sangatlah susah buang air besar. Jadi oghe kelate guna pisang ‘ggala muda untuk buat acar masak…mm sedap.
Pisang awak, kapas, abu atau nipah, mengikut petua org yg mmg menanam pisang masa menanam, hendak lah di buang segala akar2 yg ada di sulur/benih pisang tu…kalau tak buahnya akan berbiji2. kalau ada berbiji buahnya…..kira hasil pisang dari rumpun tu turut berbiji2 buahnya.
saya baru saja cuba nak buat experiment tersebut…nak confirm betul ker tidak.
ttg pisang raja udang ni selalu lah jumpa gak kat pasar. ingin gak mencuba. tapi sbb emak saya xpernah ajar makan dan bagitau yg pisang tu org melayu xboleh makan….terbantut lah selera nak cuba. tapi saya bukan org Rawa
Pisang udang tu berasal dari mana,orang keturunan Rawa tu pula dari mana.Nampaknya orang Kg Paloh Rawa (kampung saya) tak boleh makan pisang ni la huhu.
Tempat saya Pisang Tanduk jadi pilihan untuk buat pengat,sira atau goreng
MAHADI:btul pisang tenggala sdap wat acar masak.Isinya terdiri dari biji2 sahaja.Tapi yang muda sahaja boleh wat acar.Yang masak boleh jge mkn,tp kesian bila nak..uk.uk.. SAtu lagi pisang yg agak susah d temui d pasaran:PISANG LEMAK MANIS.Buahnya kecil.lbih kecil dr pisang emas tp rasanya sedap lemak manis.
Aku berbangsa Rawa…. wawawawawa… memang tak leh makan pun pisang nie. Ia adalah sumpahan / janji keturunan, sama jugak lah kes pantang tanah dan lelain.
Salam,
Apa yg hamba tahu, mengikut lagenda asal permulaan pisang udang ini adalah di masa pemerintahan Sultan Mahmud di Kota Tinggi, Johor Lama.
Asalnya pisang udang ini adalah sama seperti pisang-2 lainya…….tapi disebabkan satu peristiwa maka buah yg terhasil telah bertukar sedemikian rupa.
Kisahnya bermula apabila berlakunya pembunuhan Sultan Mahmud dijulang oleh jejuaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat, Megat Seri Rama ( Laksamana Bentan ) telah membunuh Sultan yg dianggapnya gila kerana telah membunuh isterinya yg sarat mengandung kerana memakan seulas nangka dan tragedi itu dikenali sebagai ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’. Kononnya sebelum mati, baginda telah mengambil daun pisang untuk dijadikan sebagai penutup luka akibat dari tikaman laksamana bentan dan baginda sempat menyumpah pembunuhnya dan mengharamkan 7 keturunan Megat Seri Rama ( Laksaman Bentan ) dari menjejaki Johor lama itu.
Pohon pisang yg telah diambil daun oleh Sultan Mahmud sebagai penutup luka itu, setelah mengeluarkan buah maka buahnya telah menjadi kemerah merahan, seperti warna darah sultan ( Dikatakan sebagai daulat dan darah sultan yg menyebabkan buahnya menjadi sedemikian )
sekali tengok pisang ni mcm pisang tembaga di sabah….rasanya memang sedap mcm pisang berangan ….sebiji pisang tu pun dah besar sangat ….makan sekali pun dah kenyang…kadang-kadang makan sebiji tu pun tak habis…..saya ada pengalaman terjumpa pisang di bawah penyelidikan jabatan pertanian sabah…tak tau mcm mana nak cerita pisang tu dalam bentuk mcm mana….tapi yang menarik tu susunan pisang tu mcm kerang…nantilah kalau sempat saya masukkan gambar pisang tu …
setahu sy la kan..pisang nih org melayu tak leh makan..sy penah tgk pisang raja udang yang berwarna ungu yang dijual oleh orang cina..
menurut cerita dari orang tua-tua pisang ini tidak boleh dimakan kerana akan menyebabkan penyakit sopak (penyakit yang membuatkan kulit jadi putih2 macam terkena kapur, bertompok2)….jadi sy rase sebelum anda makan, kaji dahulu pisang ini sebaik-baiknya..bertanya pada yang pakar pisang..
allhamdullilah dapat lah saya menambah ilmu pengetahuan saya ini..terima kaseh ..ilmu hijau untuk ketenangan
sy baru tanam pokok pisang ni.belum berbuah lg…sy juga dah pernah rase…pisang ni ade 3 warna..bile muda hijau kemudian merah dah masak warna oren…mase warne merah tu klu buat kerepek lagi sedap..bile dah masak mkn camtu ajer…kata makcik yg bg sy pokok pisang ni nak goreng tak sesuai.sy pun belum lg cuba m’goreng’y.makcik tu cakap…org dulu2…jarang tanam pokok pisang ni,konon’y hantu suka duk kat pokok pisang ni.pokok pisang ni lebih tggi drpd pokok2 pisang yg lain.
terima kasih kerana memberi informasi,
Saya ada tanam benih pisang tanduk, kalau sesiapa berminat blh hubungi saya. 012-9780157 @ Email.
maaf! sya tk berapa suka pisang ni krana banyak… biji di dalamnye, makan pun tk selesa.. dri segi rasa pula, sya lebih suka pisang emas, lemak manis, berangan….
ada sejarah tentang pisang ini tapi dah lupa ianya berkenaan dengan raja juga. takut nak kongsi nanti salah, nanti saya buat kajian dulu
Pisang ini paling banyak ditanam di sabah tapi kawasan tertentu sahaja….selalu makan 20 tahun lepas…
Saya pernah makan pisang ni.. sedap… saya suka..
Pisang gala dan pisang raja udang adalah 2 spesis pisang yang berbeza. Saya ada tanam pisang ni. Pokoknya agak besar, pelepah daunnya seakan sama warna dengan buahnya. Rasanya seakan pisang susu dan tak begitu sesuai untuk digoreng. Jika pokok ni kurang subur, buahnya juga akan turun kualitinya. Saya suka tanam pisang lemak manis kerana walaupun pokoknya tidak subur, tapi tetap berbuah.
pisang ini banyak di kampung kami di Lahad Datu. buahnya sangat manis jika ranum. untuk mengelakkan budak-budak mengacau buahnya org tua2 selalu bercerita yang pisang ini tempat hantu bersembunyi itulah sebabnya warna kulit pisang itu merah
pisang raja udang ni kami panggil pisang jernang(s’wak)yg bermaksud pisang yg bewarna kemerahan. seperti juga jagung yg bewarna kemerahan- jagung jernang.
saya pernah tanam pisang ini dan makan. buahnya tidak banyak sikat tetapi bijinya besar2. apabila masak, warna kulit hanya sedikit betukar warna. untuk mengetahui buah yg sudah masak, cuba picit2 dan lembut. bebanding pisang emas, rasanya kurang manis. sedikit masam dan isi nya liat dan sedikit warna kuning.
asalammualaikum
saya pernah menikmati keenakan pisang raja udang ini kebetulan pula di perak mungkin kerana perak banyak pengusaha ladang pisang jadi agak mudah juga untuk bertemu pisang ini.
Saya agak terkejut juga bila membaca komen dari sahabat2 yang lain kerana berbagai rasa yang ada pada pisang ini.
Tetapi bagi saya yang rasa nya masih baru lagi menikmati keenakan rasa pisang ini yaitu sebulan yang lepas saya akui rasa pisang ini amat enak bila di makan masak. rasa nya lemak manis bau nya wangi dua biji saja dah cukup mengenyang kan.
lebih enak bila di makan di dalam kebun pisang sungguh puas hati.
Oleh kerana saudara kini ada pisang itu bersabar lah menanti ia masak kerana berkat kesabaran saudara itu nanti amat berbaloi bila dapat menikmati rasa pisang itu.
setakat ini itu lah pisang yang paling enak yang pernah saya rasai.
jadi kepada sesiapa yang punyai anak benih pisang ini dalam kuantiti yang banyak sila e mail saya ye
cantik pisang tu, apa cerita sebaliknya? blh kasih tahu.
besar macam pisang nangka ye, cuma kulit dia ja yg nampak merah kan…. saya pun tak pernah makan pisang ni… mungkin sedap.. kalau pisang nangka isi nya masam skit..
PISANG!! Satu perkataan yang biasa di sebut-sebut oleh kebanyakkan rakyat malaysia.. Sape2 yang nk buat projek penanaman pisang, saya sarankan tanam pisang Jelai Berangan, memang mahal kat pasaran. Kalau kat kampung saya ( Besut ) harga sebiji boleh mencecah rm 0.50.. Yang ada kebun pisang ni,boleh buat duit..
mmmm..pernah makan sekali pisang ni..sedap juga.
salam..1st time saya jumpa pisang berwarna merah…pisang ni boleh buat masak lemak ke?nampak mcm sedap je…
Makan aje lah kalau rasa teringin dan jangan percaya yg
karut marut tu …mati kita bukan kerana sumpahan tapi
kehendak yg Esa …Penyakit jugak dtg dariNya .
Kalau dah jadi rezeki kita makan aje lah …jangan curi dari kebun org dah le…
Utk makluman , pisang begala ni org tanam bukan kerana buahnya tapi daunnya sahaja .. .Daun utk bungkus nasi dagang kerana daunnya tak mudah koyak macam daun pisang lain …
biasa tengok,tp x penah makan sbb arwah mak kata takle mkn,alasan xtau plk.pisang kelat,boleh makan tapi biasa wat sayur lemak or masak kari je.pisang helang byk org tanam sekarang,mcm pisang tanduk tapi terdapat lebih dari 2 biji,kecik ckit dari pisang tanduk.pisang nangka buat pengat sedap.
oh begitu rupanya pisang raja udang. saya tak pernah makan atau tgk ….apa pn harap-harap dapat dibongkar lagi pasal pisang pisang yang jarang2 di temui akhir2 ini. misalnya kalau disblah pantai timur ada pisang yang di kenali dengan nama pisang bunga..mgkin kerana baunya sedikit wangi dan manis, pisang lemak manis yang buahnya lebih kecil dari pisang emas..dan satu lagi pisang kelak kelingl
pisang putar atau pisang kapas yang mana buahnya dibuat jemput2. kalau yang muda sedap dibuat sayur lemak kuning…sedapnya … dah lama tak rasa resepi ni
Pisang ni ada terdapat dalam 2 jenis, yang satu lagi berwarna hijau dan apabila masak kulitnya berwarna kuning saperti pisang emas. Saya suka memakan pisang ini jika d bbq. baunya amat wangi dan rasanya pun cukup manis.
pisang tu cantik..mcm sayang lak nk mkn…=)
wOw.. berduyun2 respon yer?
penah gak mkn pisang ni… pas mkn ader plak yg tanya bleh dimakan ker pisang tu? katanya byk pantang. kalo pantang bengong2 tu i mmg bOlayan jer keh3x…
Pisang raja undang ni pada masa ini ditanaman dibelakang rumah saya. Pisang ini banyak ditanam oleh orang jawa. mereka ada metos/kepercayaan tersendiri. pisang ini dari segi pelepahnya juga kemerahan. Kebiasaanya dibuat gulai. makan mentah saya dapati kurang dimakan kemungkinan warnaya membuat kurang diminati.
Arwah nenek sayakan tak bagi kami makan pisang raja udang tu. tak tau pasal apa. tapi saya pernah lihat perempuan dalam pantang makan dan terus pengsan. masa saya tinggal kat sarawak dulu memang banyak, tapi saya masih takut nak makan walaupun saya kaki makan pisang. pisang hutan yang bijinya terlalu banyak tu pun saya pernah makan. wallahua’lam.
thanks kerana info ini. abang dan uncle saya ada tanam banyak pokok pisang dan jenis ini tak banyak ditanam mungkin dari segi komersilnya.
Kalau bab makan, saya `tale’ aje asal tak memudaratkan
kesihatan.
Pisang ni memang biasa dilihat ditempat saya. semasa kecil saya mengenalinya dengan nama ‘pisang keling’. rasanya sedap, masam dan manis walaupun kulitnya luarnya berwarna keperangan.
Cerita pasal pisang raja udang…husband saya memang banyak tanam pisang ni. Rasa pisang ni memang sedap tapi 1 kelemahannya ia x boleh digoreng. Disebabkan kandungan gula yang banyak di dlm pisang ni bila digoreng ia akan lembik dan menyerap minyak…
Pisang raja udang, ada orang panggil ‘pisang keling’ ni sama macam pisang-pisang lain. Cuma warnanya sahaja berbeza. Tak da pantang larang. Pernah juga dengar cerita-cerita tu dari orang-orang dulu. Tapi, segala cerita tu, hanya sekadar metos. Mungkin sebab warnanya yang unik. Sejak dulu-dulu lagi pisang ni memang sukar diperolehi. Tak banyak orang tanam. Masa kecik-kecik dulu kerap juga makan pisang ni. Makan mentah(dah masak), sebagai sayur, dibakar dan goreng sebagai kerepek. Rasanya masam dan manis.
salam fadly..nama tu memang biasa dengar. tapi rupa bentuknya jarang dapat tengok. klu di kg saya dah lama pupus pisang ni. Generasi skrg memang kurang berminat untuk ambil tahu tentang buah-buahan tempatan ni. bagus juga fadly mempromosikan buah-buahan tempatan ni. semoga boleh membantu generasi skrg ni lebih meminati buah-buahan tempatan. Terima kasih
Salam Semua,
Masa kecik2 dulu saya takut bila nampak pisang nie sebab masa tu kat TV ada drama minggu ini lakonan (tak salah saya) Haslina Kamsan yg jadi hantu keluar dari pokok pisang warna merah nie….keh,keh…hero drama nie N.D Lala…
jom lawat blog saya…..
http://www.mawarafgallery.blogspot.com
Kat sabah pisang nie dpggl pisang tembaga byk djual d pasar mlm dan pasar pagi d sabah. saiz buah pisang nie lebih besar dari jenis pisang2 yg lain.rasa saya sendiri tidak pernah rasa pisang nie.
Salam. Terpanggil pulak nak komen fasal pisang udang ni. Nak kata mitos ke, rekaan ke, atau kebetulan ke, tak taulah. Tapi, mmg keturunan saya dilarang utk makan pisang udang ni sampai keturunan ke 7. Arwah nenek pun pesan jgn makan, abah kat kg pun pesan yg sama. Asal ceritanya, keturunan Raja dari Rawa. Tapi, bukan sahaja pisang udang, buah jelai (buah ni pun warna kemerahan), dan kerbau bala jugak dilarang sama sekali utk dimakan. Sebabnya, ketiga-tiga ni, pisang udang, buah jelai dan kerbau bala ada perkaitan dalam kisah asal-usul larangan tu.
Pisang ni saya pernah tanam, setelah berbuah dan masak memang sukar nak agihkan kepada jiran-jiran, mungkin kerana metos dan warnanya. jadi karang saya dah tak tanam lagi….