January 22, 2025

Atasi Mulut Berbau
Masalah mutut berbau pasti akan mendatangkan ketidakyakinan apabila berbual dengan seseorang. Bagi mengatasinya, racik halus-halus tujuh helai daun sirih dan ramas dengan semangkuk air suam. Campurkan dengan sedikit garam dan berkumurlah dengan air tersebut pada setiap hari , Insyaalah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

 

Elakkan Kulit Berparut Selepas Bersalin
DALAM masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barut perut seperti biasa. Pada hari keempat sehinggalah selepas tempoh berpantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa. Jika sentiasa mengamalkannya nescaya perut anda tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut.

Memulihkan Rasa Gatal di kemaluan
RASA gatal di kemaluan akan menimbulkan ketidakselesaan bagi kaum wanita amnya. Bagi menghilangkan rasa kegatalan tersebut, rebuskan beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Biarkan sehingga air rebusan menjadi suam dan kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda membuang air kecil atau rasa kurang selesa.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :9664

2 thoughts on “Petua dari tumbuhan 2

  1. kalau bawak durian dalam boot kereta, jangan lupa boh daun sireh (dengan batang2 nya sekali lagi elok ..) atau kayu arang untuk menyerap bau durian .. daun pandan pun bolih juga .. kalau tidak, durian dah lama habis d makan tapi bau nya dalam kereta, satu minggu masih ada .. bolih pening kepala d buat nya ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam