December 7, 2024
Sejak saya mengadakan kajiselidik mengenai tumbuhan herba ini, ramai yang memberi respon yang baik. Salah seorang daripadanya ialah kak mia_izura. Cerita dan celotehnya yang panjang amat menarik untuk saya paparkan pada artikel kali ini. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi pengalaman. Kita ikuti kisahnya… “Saya memang suka bercucuk tanam dan pencinta pokok-pokok herba selain pokok bunga-bungaan. Latar belakang keluarga sebagai pekebun kecil atau “pak tani” memang sebati dengan jiwa saya, kerana sedari kecil memang tidak lari dari bercucuk tanam dari sayur-sayuran, bersawah dan menanam pelbagai pokok herba seperti pokok cengkih, kayu manis, pelaga, lempuyang, cekur, bunga kantan, mas cotek, petai, tenggek burung, limau purut, limau nipis, limau kasturi dan pelbagai lagi pokok-pokok herba. Pendek kata di sekeliling rumah memang dikelilingi pokok-pokok renek dan besar nan menghijau dan kesemua herba tersebut jadi sebahagian pendapatan keluarga dengan menjualnya di pasar tani. Kini saya ada beberapa tumbuhan herba yang memang saya tanam di taman (mini) rumah saya iaitu pokok Sambung Nyawa, pokok Jarum 7 Bilah, pokok Kunyit (untuk masakan), pokok Kesum, pokok Cili Padi (tak pasti samada termasuk katogeri herba atau tidak), pokok Pandan Wangi, pokok Misai Kucing, pokok Kari, Serai, Kunyit Putih, pokok Jeremin dan pokok Mahkota Dewa. Pokok Kunyit Putih dan Pokok Mahkota Dewa merupakan hadiah daripada suami saya sewaktu mengunjungi Ekspo MAHA tahun lalu. Buat masa ini masih hidup lagi tapi tumbesarannya kurang memberangsangkan. Mungkin faktor tanah atau tempat masih belum serasi lagi baginya. Sebenarnya saya berhasrat untuk membesarkannya di kampung halaman saya di Batu Pahat, jadi sementara ini biarlah saya pelihara dulu di taman mini saya ni. Pokok-pokok herba seperti kunyit, pokok kesum, daun pandan, pokok kari, cili, serai dan sebagainya memang menjadi pilihan dan pelengkap sesetengah masakan kita seharian, terutamanya masakan Melayu. Jadi dengan adanya tanaman ini di rumah sudah tentu dapat memudahkan kerja-kerja memasak dan menjimatkan kos perbelanjaan dapur apatah lagi di zaman ekonomi yang agak lembab kini, boleh jadi penyelamat duit poket. Selain itu, pokok-pokok herba seperti Jarum Tujuh Bilah dan Sambung Nyawa memang bagus diamalkan sebagai ulaman harian kerana mengandungi pelbagai khasiat. Khasiat Jarum Tujuh Bilah antara lain dipercayai boleh menjadi pemangkin untuk awet muda dan mencegah penyakit kanser. Bunganya juga cantik sebagai tanaman hiasan. Daunnya tidak kelat atau pahit untuk ulaman ambil bahagian pucuknya. Pokok Sambung Nyawa, memang sesuai dengan namanya, pokok ini boleh “menolong menyambung” nyawa bagi pengidap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis dan juga boleh meredakan demam. Bagi saya pokok ini amat istimewa dan benar-benar memberi manfaat. Ini kerana baru-baru ini, suami saya disahkan oleh doktor pakar, mengidap darah tinggi dan kadar kolesterol yang agak tinggi. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Pokok Sambung Nyawa ini. Caranya saya ambil 7 helai daun, rendamkan dengan secawan air panas dan beri minum pada pesakit selama beberapa hari, berselang dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Hasilnya, tekanan darah tinggi kembali normal, kadar kolesterol tidak pasti pula sebab kena buat ujian darah dulu. Selain itu, daunnya juga sedap dimakan sebagai ulam, rangup, tidak pahit atau kelat malah anak saya seusia 7 dan 11 tahun pun mengemarinya. Jadi semaikanlah amalan memakan ulam-ulaman kepada anak-anak generasi baru ini supaya ada penjaga dan pencinta pokok-pokok ini kelak. Pokok Jeremin – Pokok ini dah lama saya mengidamkannya dan akhirnya dapat juga saya miliki hasil kunjungan saya di sebuah nursery di Ulu Choh, Pontian. Kenapa saya tanam pokok Jeremin? Mudah saja…untuk menghalau nyamuk! Saya letakkan pokok ni di taman mini dalam rumah (air well). Buat masa ini belum ketara hasilnya, tapi yang pasti nyamuk seperti berkurangan. Daun Jeremin kalau diusap daunnya akan menghasilkan satu aroma yang unik namun harum seakan-akan gabungan aroma serai wangi dan vanilla. Apa yang pasti serangga seperti semut halus akan melarikan diri bila terbau aroma ini ketika saya menenyeh daunnya pada pasu! Pada hemat dan pengalaman saya, menanam, mengguna dan mencintai pokok-pokok herba adalah sesuatu yang menguntungkan dan membahagiakan. Bak kata pepatah “berbudi pada tanah, kita akan dapat hasilnya”. Malah selain berbakti pada tanah, boleh juga mengeluarkan peluh-peluh dan membakar lemak-lemak dalam badan ketika kita “berkebun” ni. Semaikanlah minat anak-anak kita dengan menggalakkan mereka turut sama bercucuk tanam dan beri peluang anak-anak menanam sendiri pokok kegemarannya serta perkenalkan mereka dengan pokok-pokok herba terutamanya yang hampir-hampir pupus kerana bimbang suatu hari nanti tiada lagi pokok-pokok herba yang berkhasiat di bumi ini.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :28610

22 thoughts on “Pencinta Pokok Herba

  1. Tq la kak mia_izura. Byk betul info tentang herba diberi. Lynn pun minat bercucuk tanam. Kat rumah pun ada tanam beberapa pokok herba. Bila baca artikel ni, tambah berkobar2 nak menambah koleksi pokok herba kat rumah.

  2. bolehtak attachedkan gambar tuk pokok pokok herba yang jaranmg ditemui ni .. berminat pulak untuk mengetahui dengan lebih lanjut

  3. askm kepada semua peminta herba..

    saya juga salah seorang peminat herba…sy ingin kongsi pengalaman sy mengenai pokok sambung nyawa..

    saya mendapat hadiah dari seorang kawan berketurunan kemboja @ melayu champa. kawan saya memanafaatkan pokok sambung nyawa pada anak2 nyer yg baru meningkat naik…amalan nyer ambik 2-3 helai daun pokok sambung nyawa..ramas dalam air suam2 kuku..letak sedikit garam kasar…tapis…dan berikan minum pd anak2 sebelum ke sekolah..memulakan dengan bacaan selawat 3 kali…

    masyaalah…sume anak2 adalah kanak2 tahfiz al-quran yg cerdas akalnyer…kepada sume amalkan pd anak2…sy belum ader anak( belum kawennn……heheh)…boleh juga amalkan kepada yg sering batuk2…insyaalah..hilang batuk..

  4. Salam,
    Saya mencari pokok herba yang boleh dijadikan ubat batu karang. Kalau tak silap saya namanya tempur batu dan difahamkan daunnya seperti daun sirih. Mungkin namanya lain sedikit di tempat lain. Terima kasih

  5. daun untuk batu karang bukan lah seperti daun sirih tetapi agak panjang usahakan juga dgn himpunana doa pertama al fatihah kedua surahal Hasyr ayat 21-24 ketiga surah al mukminuun ayat 115-118 dan akhir sekali selawat syifa’ insaAllah dan perlu keyakinan yang tinggi kepada yang Maha Pencipta

  6. hye..sya ingin menulis mengenai pokok nyamuk n ingin mendapatkan maklum balas daripada mreka yg sudah menggunakannya..harap pn boleh hubungi sya di emel add trtera..tq..

  7. As’salam.Sy mmang setuju dgn pokok smbung nyawa,mula2 sy makan terasa ‘bengang’ di kepala dlm masa 5 minit lpas 2 hilang…apa yg sy fham e 2 tanda kita ade migrain @ darah tinggi.Cume sy ingin brkongsi jika ingin memakan pokok herba yg brgetah lbih elok d jemur @ d rebus krana ape yg sy pham getahnye brkuman(penerangan doktor) elok makan ulam & herba cuma berjaga2 kebersihannye.Sekeliling rmh,sy menanam pokok herba…pokok snduduk putih,kyit putih,smbung nyawa,bonglai,jerangau,misai kucing,kemagi dll….

  8. Pasal Pokok sambung nyawa, tolong jangan minum terlalu kerap nanti lain pula jadi. Takut over dos.

  9. Saya pun suka sangat pokok-pokok herba. Kat umah, saya tanam pokok hempedu bumi , pokok afrika, pokok belimbing tanah (selain ubat darah tinggi, sedap dibuat kerabu), pokok mas cotek, temu pauh, pokok kunci (ulam), daun selasih, daun tenggek burung, kunyit hitam, daun jintan (origano), cekor dan pokok buah pinggang (sampai sekarang saya tak tau apa kegunaannya). Kunyit, halia, terung pipit, kacang botol, tomato, terung, cili besar/cili api pun saya tanam juga dikeliling rumah. Memang best…kalau cuti, saya asyik duduk diluar rumah tengok pokok-pokok saya, rasa tenang….selain dapat memanfaatkannya.

  10. Di rumah saya penuh ngan pokok herba utk perubatan. Suami saya guna utk pesakitnya. Dia pengamal perubatan Islam n tradisional…..kalu nak cuba datang la Ipoh….

  11. saya duduk batu pahat,johor. saya sedang mencari benih atau anak pokok bunga harum sundal malam. di mana saya boleh cari dan beli?(0107081197) . harap bantu

  12. Salam…semua, thanks bebanyak pada kak mia_izura yg beri byk info tntang tumbuhan herba. kebetulan saya adlh salah seorg seperti kamu semua yg ada minat sama terhadap tumbuh2an…

  13. @syaida yusof

    assalamu’alaikum, saya hj hairil anwar hj abdul karim
    bolih beri alamat rumah hendak tengok pokok-pokok herba beri juga no hp. terima kasih.
    HJ HAIRIL ANWAR

  14. mengenai pokok herba saya ingin mendapat maklumat tentang pokok kuku gerda. boleh tolong ka

  15. sya nak tanya di mana boleh saya dapatkan anak pokok herba di arial k.kinabalu…dlm mse terdekat ini…

  16. Sy ada membekal anak pokok sambung nyawa hijau (purple tiada stok susah hidup) sms 019-2824764 lokasi KL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam