September 8, 2024

PANDAN wangi yang juga dikenali sebagai pandan bau atau pandan rampai. Pokok itu adalah daripada jenis tumbuhan liar. Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah sekeluarga dengan pokok mengkuang.Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara.

Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad.

Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang. Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga.

Ada dua jenis pandan wangi iaitu pandan wangi besar dan pandan wangi kecil. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis pandan wangi kecil. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75–1.50 m. Ukuran panjang daun antara 55–75 cm dan lebar di bahagian tengah antara 4–5 cm. Manakala ketinggian Pandan wangi besar pula adalah 3.7–4.3 m, panjang daun lebih kurang 2.3 m dan lebar 9.0 cm.

Khasiat dan kegunaan

Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Ia di gunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera.

Kini ekstraknya telah digunakan oleh beberapa syarikat pengeluar roti, kek, biskut dan kuih-muih sebagai pewarna dan perisa asli pandan. Di samping itu, ada juga produk seperti minuman kacang soya dan santan kelapa yang berperisa pandan di pasaran.

Pandan wangi juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Bagi kegunaan perubatan pula antaranya adalah untuk merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi membantu mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia.

FAKTA

· Nama : Pokok pandan

· Nama Botani: Pandanus odorus

· Nama lain : Fragrant screwpine (Inggeris)

· Famili : Pandanaceae

 

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :9357

7 thoughts on “Pandan wangi mudah ditanam

  1. hye…well i think you people should prepare ample information about pandan plant.Besides, im a student.So it quite hard if this page cant help me.

  2. Di mana i boleh dapatkan bekalan daun pandan dgn kuantiti yg banyak pada harga berpatutan?

    -Fazil
    019-3311369

  3. RUMAH SAYA ADA DI TANAM DENGAN DAUN PANDAN…. SAPA2 BERMINAT BOLEH CALL…..017-4062211

  4. Ada sesiapa tahu teknik extrak daun pandan wangi supaya tahan lama samada bentuk cecair atau serbuk

  5. saya nak tahu dengan lanjut tentang khasiat daun dan akar pandan wangi. Tolong beritahu yer… Saya telah diberitahu daunpandan untuk kurangkan kolesterol dlm badan dan akar nya jg ada khasiat. tapi saya tak pasti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam