Semua orang kenal daun pandan. Pokok ini menyerupai pokok mengkuang kerana ia tergolong dalam kelompok itu. Ia memang banyak ditanam di kawasan rumah kerana ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Di bandar, penghuni taman tanam dalam pasu. Pokok pandan ni memang banyak gunanya terutama dalam kehidupan kita seharian.
Antara kegunaannya;
Air perahan daunnya daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka, bingka (bengkang) dan lain-lain.
Selain digunakan dalam makanan ia juga dugunakan di dalam pewangi bedak sejuk, pewangi asli bunga rampai, sebagai ubat pencegah lipas,pewangi kereta dan sebagainya.
Pandan juga dikatakan boleh dijadikan teh untuk menghilangkan masalah angin dan masalah pencernaan.
Number of View :14155