March 29, 2024

labu-kayu

Artikel kali ini mengenai salah satu spesis buah nadir yang masih terdapat di Malaysia yang dikenali dengan nama Labu Kayu. Mendengar namanya sahaja sudah tentu membuat anda tertanya-tanya kenapa ia digelar labu kayu. Labu kayu mempunyai kulit yang keras seakan kayu dan bulatnya sebesar buah labu. Jika dilihat isi dalamnya yang bewarna putih tidaklah seperti buah labu pun dan pokoknya pula pun tidak seperti pokok labu. Ini kerana pokoknya besar dan buahnya terdapat pada dahan-dahan utama. Memang unik !!

Daripada kaji selidik terhadap orang ramai, masyarakat cina lebih mengenali buah ini dari segi kegunaan dan khasiatnya. Mereka menggunakannya air rebusan buah tersebut bagi mencuci usus atau perut. Caranya ialah merebus buah tersebut termasuk kulit dan isinya sekali selama 1-2 jam. Kulitnya perlu diketuk bagi memudahkan proses rebusan. Ia boleh diminum untuk kesihatan seisi keluarga. Daripada maklumbalas, setelah air rebusan diminum,  anda akan kerap ke tandas dan diikuti secara bergilir-gilir dengan ahli keluarga anda.

Daripada kaji terhadap kaum melayu pula, kebanyakan mereka biasa menjumpai pokok buah ini dan ada juga yang ditanam di halaman rumah, tetapi sayang mereka tidak tahu menggunakannya.  Yang menariknya, ada yang menjadikannya sebagai bola bowling dan ada yang terlebih kreatif menjadikannya sebagai ‘helmet‘.

Mungkin anda di luar sana tahu khasiat dan kegunaan lain buah ini. Di harap boleh kongsikannya di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :95176

105 thoughts on “Labu Kayu

  1. pernah tengok masa kecik-kecik dulu tapi tak tau boleh dimakan.sekarang dah tak pernah tengok lagi

  2. memang pernah merasa air rebusanya..rasanya macam bergas(berkarbonat) payau lasung tak best..bleh wat cuci perut kerana lepas minum biasanya kalu mlm.. paginya akan berulang alik ke tandas ler jawabnyer..abang saya selalu amalkannya.. sekarang perut tarak buncit lg.. kalu nak beli biasanya kalau org yang selalu lalu ikut laluan jerangau jabor akan ketemu org kapung jual di gerai tepi jln.. jarang orang kenai buah nie…

  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Saya tidak tahu ramai yang belum mengenali buah ini.
    sekarang sy ada 4 biji buah labu kayu, pd sesiapa yg memerlukan dan labu kayu blh hubungi sy dgn email algasri@yahoo.com.

  4. Sekali pandang ramai orang akan kata tu dia besarnya buah limau bali, 2 kali pandang bagi yang tidak tahu pasti terkulat-kulat macam ayam berak kapur…. Pokoknya rendang, buahnya berat,licin dan keras. Sesiapa yang sering sembelit boleh mencuba air Labu Kayu ni. Untuk menyediakannya ambil sebiji buah dipotong dibahagian atas macam kelapa muda kemudian rendam sebahagian buah berkenaan dalam periuk yang berisi air dengan api sederhana. Apabila air sudah panas isi Labu Kayu mulai berair. Untuk menghilangkan rasa payau sedikit, letakan sedikit beberapa ketul gula batu..Kalau sesiapa pernah ke Daerah Selama Perak, anda akan dapat melihat pokok tersebut di belakang balai Polis Selama, atau dekat jalan menteri berhampiran balai Bomba….

  5. ini bukan buah yang orang guna buat halau tikus? nampak serupa aje. kena tengok bentuk pokok & keratan buah untuk sahkan…

  6. Rupa buah ni macam pokok yg di tanam di bahu jalan, buah yang dikatakan untuk menghalau tikus. Di mana saya boleh melihatnya pokok dan buah yang sebenarnya ?

  7. Salam..tak salah saya di Thailand disebut buah tong. Pernah terbaca di dalam majalah mastika. Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu menjadikannya bahan penting untuk mengubati kanser payu dara. Dia sendiri membawa masuk banyak buah seperti ini untuk dijadikan tonik bagi kanser payu dara..kalau tak salah saya la.

  8. Buah nie memang diakui berkhasiat sbb saudara saya ada amalkan minum air rebusanya untuk rawat kencing manis memang berkesan, kalau duk kat kuantan berminat nak dapatkannya..e-mail ke saya : nagasuci79@yahoo.com.my

  9. awak pasti ke ini buah labu kayu?saya rasa ni buah pong-pong.rupanya sebiji.atau nama saintifik Cerbera odollam. buah ni racun ,tak boleh dimakan.selalunya digunakan sbg racun tikus.baik awak pastikan betul2.

  10. Saya pasti ini buah labu kayu kerana saya sendiri yg ambil gambarnya.. Buah pong pong kecil saja.. tapi buah labu kayu lebih besar sedikit dari buah kelapa yang sudah dikupas kulitnya..

  11. buah labu kayu ni banyak terdapat di negeri terengganu,di kawasan kampung tanah berbukit..kawasan pantai berpasir susah sikit nk hidup…buah dia pulak makan masa berbulan bulan nak besar…tapi akan terus berbuah…khasiatnya untuk penyakit jantung,darah tinggi dan kencing manis….saya dah minum air rebusan buah ni dan terbukti ….kalau sesiapa ahli sains kat malaysia ni nak buat kajian pasal buah ni bagus juga….sebab buah ni merawat..tak macam ubat hospital yang menahan aje penyakit….

  12. memang sah gambar tu gambar labu kayu…saya dah tengok kat rumah seorang kawan kt terengganu…kalau anda jumpa cubalah…insyaAllah

  13. di kmpung sy la…dgr ade sorg pak cik ni kne strok truk dah la..smua org bca yasin dah..tpi minum air buah ni byk tahun la jgk..leh jln dan bgun pergi msjid smula

  14. Kalau tak silap buah ni diguna untuk halau tikus. Ketuk kulitnya dan letakkan di tempat yang berpotensi untuk tikus bersembunyi. W’aklam.

  15. assalamualaikum,

    Tempat saya Kulim Kedah seorang pak cik (tuan punya pokok) bagitau saya nama buah itu Delima Batu. Kata pak cik khasiatnya ialah untuk mengubat penykit buasir walaupun tahap kronik. Sebabnya beberapa orang pernah ambil buahnya bagitau setelah minum air rebusannya merea sembuh.
    Saya pun pernah minta pada dia dan guna untuk ayah saya yang sakit berak berdarah. Alhamdulliah Baik setelah minum air rebusannya.

    Malangnya pokok dan buahnya susah nak dapat. Kalau ada pun orang tak kisah nak jaganya sebab ramai tak tahu khasiatnya.Kebanyakkan orang melayu tak tahu khasiatnya kecuali orang Cina. Pak Cik tu sendiri akui orang cinalah yang selau datang ambil padanya.

  16. Rezeki saya hari ni berborak bersama seorang hamba allah berkenaan penyakit kanser bapa mertua saya dan secara kebetulan di dalam keretanya ada bua Labu Kayu ini .. lalu di berikan kepada saya menyurus saya membelah dan merebus isinya sehingga 2 jam dan air diberikan minum kepada bapa saya ….. insyallah saya akan cuba

  17. baru2 ini saya ke pasar tani, ada pak cik
    berumur dlm lingkungan 50-an menjual
    labu ni. dia pun cakap ianya penawar
    segala jenis kanser.

  18. Askum sahabat2. Saya ingin dapatkan anak benih pokok labu kayu ni. Nak tengok bagaimana pertumbuhan pokok ni. Sesiap dapat beri lead pada saya sangatlah dihargai. Saya pesakit 4 serangkai. Kalu dapat buah sekali bagus juga. Mudah2an dapat membantu memulihkan penyakit saya . InshaAllah. Terimakasih saya ucapkan.

  19. Askum Basar, saya ingin tahu masih banyak kah buah labu kayu di kampung anda, Kg Johol? Agaknya kalu saya kesana boleh ke ketemu dgn mudah? En Basar tinggal mana? Kg Johol to dekat mana ya? Boleh sms hp anda ke saya. UNak kenal pokok dan nak buah-saya ni pesakit 4 serangkai. Dah bosan makan ubat dr. Nak cuba le dgn labu kayu ni. Saya hargai le budibaik anda kalu anda dapat bantu saya. Hp saya 016 3228 352. Wslam dn terima kasih.

  20. Memang labu kayu nie byk khasiatnya, rasa air rebusanya boleh tahan,mcm air anggur pior. Sy ada beli anak pokok di pasar tani tp msih blum bbuah. Kalau anda nak tahu, di hulu terengganu byk pokok nie. Cuba la tanya org2 kg disana..

  21. Salam….memang betul kat hulu terengganu ada pokok ni, kat kampung Tapu..saya tengok ada 2 pokok, buah pun lebat…ada masa saya nak singgah nak minta benih…

  22. Slam saya mula kenal buah labu kayu ini sewaktu di thailand.disana dipanggil buah mufaco. Buahnya keras bila nak dipecahkan kena hempas dilantai simen. Lepas tu direbus n utk lebih sedap sejukan di peti ais. My hubby dah 2 minggu batuk n dah cuba mcm2 ubat tapi x kurang jadi hari nie saya cuba rebus buah labu kayu n syurkur alhamdullilah my hubby tidur lena tanpa batuk. Anda mesti cuba……Call sy utk info selanjutnya 0122205941

  23. Saya pengamal perubatan air labu kayu atau labu hutan. Buahnya saya jual Rm 50.00 dan pokoknya Rm 30.00 Saya telah membuat ujikaji dengan beberapa orang pesakit saya dapati ada perubahan pada pesakit. kalau muka pucat dapat memberi input yang baik menjadi sehat dan berselera makan. kalau batuk – batuk yang berpanjangan insyaalah. yang paling berjaya dalam ujikaji saya bagi penyakit dalaman bagi wanita.

  24. Salam, maklumat tambahan.. ada yang panggil labu kayu, labu hutan dan ada yang panggil delima batu (dikalangan masyakat cina). kegunaannya: memecahkan batu karang, mencengah kanser, membuang toksin (cuci perut) dll. Ambil sebiji dipecah-pecahkan, direbus bersama dua jug air. Rebus sehingga tinggal lebih kurang satu jug. Minum tiap-tiap hari seperti minum air sejuk biasa (tak kira berapa kali sehari). Boleh disimpan di dalam peti sejuk. Insyallah batu karang akan hilang. selamat mencuba kerana saya dah cuba, alhamdullilah.

  25. Salam, maklumat tambahan.. ada yang panggil labu kayu dan ada yang panggil delima batu (dikalangan masyakat cina). kegunaannya: memecahkan batu karang, mencengah kanser, membuang toksin (cuci perut) dll. Ambil sebiji dipecah-pecahkan, direbus bersama dua jug air. Rebus sehingga tinggal lebih kurang satu jug. Minum tiap-tiap hari seperti minum air sejuk biasa (tak kira berapa kali sehari). Boleh disimpan di dalam peti sejuk. Insyallah batu karang akan hilang. selamat mencuba kerana saya dah cuba, alhamdullilah.

  26. Emak saya ada tanam pokok ni di tepi rumah, tapi buahnya kami tak makan sebab try makan rasanya pahit,isi kat dalam warna putih mcm sabut kat dalam limau bali. Sekarang pokok ni hanya jadi pokok hiasan, Buahnya banyak pada dahan2 dan batangnya juga.

  27. Labu ni di beri kepada saya untuk dapatkan zuriat oleh sebuah keluarga di terengganu…tapi belum merebusnya lagi tu yang saya cari maklumat tentang labu kayu ni.Keluarga tu ckp ramai yang dah berhasil dengan izin Allah…

  28. labu kayu ni saya dpt dr saudara sebelah suami.katanya bleh dibuat ubat bagi pasangan yg sukar dpt zuriat.tp bru nk cuba ni.manalah thu kut2 menjadi.

  29. salam semua,
    boleh bagitau mane sy nk dapatkan buah labu ni? kalau dpt benihnya sekali pun alhamdulillah. sy nk usaha sembuhkan penyakit ayah sy. kepada sesiapa yg boleh tlg harap contact sy di no 0129125155. sy di terengganu.

    Note: Pn. Noris bleh tolong saya kot.

  30. ada sebatang pokok ini yg diatanam oleh bapa saya di Kuantan. Ada buah. Tidak pernah tahu mengenai khasiat buah sebelum saya baca blog ini. Pokok ini cukup mudah utk ditanam.

  31. Benih Labu Kayu ada banyak kat Pusat Herba UPM Serdang. Macam macam ubat Herba yang jarang diketahui ada di sana

  32. hingga kini saya amalkan minum labu kayu, mmg mujarab, telah disyorkan kpd rakan2 saya & mereka pun akui, yg pertama sesiapa yg mengidap sakit jantung… amalkan… buasir…darah tinggi….kencing manis…buahnya keras diluar tetapi mempunyai khasiat yg dicipta ALLAH sebagai penawar penyakit…..

  33. ?????? ????? ????? ????.
    Buah labu kayu juga dikenali sbgai buah delima batu. Ada setengah tempat di kedah org panggil buah majapahit. Di penang ada juga org panggil buah lempong. Apa pun org panggil, buah nya ttap sama, dan khasiat nya juga sama. Saya dah amalkan air rebusan labu kayu ni dah hmpir 1 thn. Segala penyakit dalaman dpt dikesan, dan dikeluarkan melalui usus. Buah labu kayu ni hndak lah direbus selama 8 jam, bkn 2 jam seperti yg dinyatakan oleh para sahabat. Sekiranya direbus bwah 4 jam, bila diminum…peminumnya nnti akan merasa pening, kerana bahan yg keluar dari labu kayu belum cukup matang dari segi rebusannya. Tk caya cuba lah. Inj petua yg saya terima dari seorg pakar perubatan cina. Dan mmang saya sudah mencubanya.

  34. Salam saya di kota bharu kelantan.mohon bantuan semua.saya perlukan buah labu kayu untuk dibuat ubat . Ayah sy mengidap sakit buah pinggang. Dan katanya buah labu kayu boleh ubati buah pinggang. Mohon bantu saya. +60179545593 tqvm

  35. Salam.untuk mengelakan kekeliruan,buah yang dikatakan utk menghalau tikus tu buah nya kecil.ni ade org pgl labu kayu ade juge org pgl jambu kayu.isi nye sedap mcm buah jambu batu.lemak2 payau ade manis pn ade.

  36. ASSALAMUALAIKUM… CIK NURUL.. BLH TAU MCM MN NK DPTKAN BUAH TU ….SAYA BLH CALL SAYA 0172868237.. TKSH BYK

  37. Saya mengidap penyakit susah nak buang air besar (srmbelit) dan selalu bergantung kpd serat pencuci usus yg dibeli secara online. Di rumah saya ada pokok labu kayu dan banyak buahnya, cuma saya tak berani mencuba buah ini sbb tak berapa faham untuk memprosesnya. Siapa yang boleh membantu dan fhm ttg labu kayu boleh massenger di di fb ” Hrmis PPDKB ” atau emel saya jestar.sohod@gmail.com untuk kita berkongsi maklumat. Sekian terimakasih.

  38. Saya sedang mencari buah labu kayu ni.. Urgent sgt nak pakai mak sy ada pyakit cancer dan ingin berubat secara tradisional tp nak kena bawa buah ni.. Mohon sgt2 kalau sesiapa ada yg boleh cod kawasan puchong, putrajaya, shahalam, subang atau area kl dan selangor ws sy di no ni 0172661165..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam