February 14, 2025

Membuat keputusan mengenai jarak tanaman adalah sangat penting pada permulaan pembangunan kebun durian. Kesilapan dalam pengiraan boleh membawa kesan negatif yang sukar diperbetulkan pada masa depan. Ada petani yang menanam terlalu rapat dengan harapan memaksimumkan jumlah pokok durian di tanah mereka.

Cadangan Jarak Tanaman Mengikut Jabatan Pertanian Malaysia

1. Penanaman Mengikut Kaedah Segi Empat:

  • 40 kaki X 40 kaki = 27 pokok
  • 35 kaki X 35 kaki = 36 pokok
  • 30 kaki X 30 kaki = 48 pokok

Untuk memahami pengiraan di atas, kita menggunakan formula: Bilangan benih = 43,560 kaki persegi ÷ (luas jarak tanaman)

Contoh, jika jarak tanaman yang dipilih adalah 30 kaki X 30 kaki: Bilangan benih untuk jarak 30 kaki X 30 kaki = 43,560 ÷ 900 = 48 pokok

2. Penanaman Mengikut Kaedah Segitiga:

Pengiraan untuk bilangan benih dalam satu ekar adalah: (luas satu ekar dalam meter persegi ÷ jarak tanaman) X 1.154

Contoh, menggunakan jarak 30 kaki X 30 kaki: [4,046.9 m2 ÷ (9.14 m 9.14 m)] X 1.154 = 56 pokok

1.154 adalah pemalar tetap segitiga

Ini bermakna, kaedah penanaman segitiga memberikan peningkatan sebanyak 15-16% dalam bilangan pokok yang ditanam berbanding dengan kaedah segi empat untuk kawasan tanah yang sama.

Mengapa Jarak 30 kaki X 30 kaki Dianggap Sebagai Minimum?

Angka ini diputuskan setelah mempertimbangkan kanopi pokok durian dewasa yang paling kecil. 30 kaki adalah bersamaan dengan 9 meter. Oleh itu, kanopi ini hanya mempunyai jari-jari sebanyak 4.5 meter sebelum dahan-dahannya bersentuh.

Kepentingan Jarak Tanaman yang sesuai

  • Pendedahan cahaya matahari yang lebih baik ke dalam kanopi pokok.
  • Peredara udara yang lebih baik untuk mencegah pertumbuhan kulat.
  • Menghadkan pergerakan haiwan liar seperti tupai dan monyet (berpindah dari pokok ke pokok)
Number of View :903

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam