March 19, 2024

324durian-monthong

Durian Monthong, walaupun sudah lama diperkenalkan di Malaysia tetapi ia tidak popular dan juga tidak banyak di tanam oleh pekebun atau petani. Ini mungkin disebabkan citarasa orang Malaysia terhadap durian lebih tinggi dan juga Malaysia mempunyai durian yang jauh lebih baik dari Monthong.

Namun, sejak akhir-akhir ini, heboh diperkatakan tentang benih durian Monthong yang mampu berbuah hanya dalam tempoh 3-4 tahun sahaja. Ada yang mudah percaya.. Ada juga yang tidak percaya selagi tidak nampak depan mata. Namun, ramai juga yang tidak sabar mendapatkan benih durian ini. Ini kerana mereka disajikan dengan gambar pokok durian yang telah berbuah walaupun pokok masih rendah dan masih muda. Malah yang paling menarik durian ini juga boleh berbuah dalam pasu. Itulah taktik si penjual benih monthong bagi melariskan jualannya.

Persoalan yang sering timbul !!

1. Benarkah Durian Montong boleh berbuah dalam tempoh 3-4 tahun sahaja ?

2. Benarkah gambar pokok durian yang telah banyak diviralkan di media sosial?

3. Bolehkah berbuah di dalam pasu ?

Biarlah, penulis memberikan pandangan yang tidak seberapa ini. Walau tidak seberapa, tapi ianya berdasarkan rujukan dari pelbagai sumber dan bukti yang boleh dipercayai. Sedikit sebanyak ia membuka mata dan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku disebaliknya. Anda yang telah membeli benih monthong ini tidak perlu kecewa. Masih ada sinar yang menanti.

Benarkah Durian Montong boleh berbuah dalam tempoh 3-4 tahun ? Jawapannya boleh dan mungkin juga tidak boleh.. dan gambar-gambar yang menunjukkan pokok durian berbuah dalam usia yang masih muda juga benar. Malah boleh berbuah di dalam pasu juga benar.. tetapi ia bukan mudah seperti yang disangka.. dan ia juga masih samar-samar (banyak cerita di sebaliknya)

397386_5e7a5b5a-ff63-11e4-9cc9-589264efb121

Daripada rujukan banyak blog dan laman web di Indonesia.. sememangnya durian Monthong sudah terkenal sekian lama sehingga ada satu sumber menyatakan induk asal durian Monthong sebenarnya bukan dari Thailand tapi dari Indonesia. Walau bagaimanapun, Thailand berjaya mengembangkan varieti tersebut.

Boleh baca di sini.

Banyak Gambar durian monthong berbuah awal yang disebarkan di media sosial sebenarnya telah diambil dari laman web Indonesia. Mengikut pemerhatian dan pembacaan penulis, Durian Monthong di Indonesia tidak sama seperti Durian Monthong yang dijual di Malaysia (berasal dari Thailand). Durian Monthong di Indonesia dikenali dengan Monthong Bawor. Benih ini terhasil dari cantuman dari pokok induk Monthong dan beberapa varieti tempatan di Indonesia. Hasilnya mendapati ia mempunyai rasa yang lebih sedap berbanding Monthong asal dan juga didapati boleh berbuah awal. Berbuah awal dalam erti kata, ia mudah diaruhkan untuk pembungaan dengan menggunakan rawatan-rawatan tertentu dan penjagaan pokok yang betul khususnya teknik pembajaan.

Salah satu perkara yang penting tetapi penulis masih lagi samar-samar ialah kaedah penghasilan benih monthong ini. Jika di Indonesia, benih durian monthong yang dikatakan mampu berbuah awal adalah benih durian yang dicantum dengan menggunakan 3-5 pokok penanti atau juga disebut kaki. (Boleh tengok gambar di bawah.) Salah satu fungsi kaki-kaki ini ialah ia mampu menyerap nutrien dengan lebih baik dan seterusnya pokok mampu matang dengan lebih cepat seterusnya mampu berbuah awal.

Jadi, jika benar perkara ini, sudah tentu ramai yang telah tertipu jika membeli benih durian yang banyak diviralkan sekarang kerana ia bukan benih yang ada 3 atau 5 kaki.  Namun anda tidak perlu risau, benih durian cantum yang berkaki satu pun boleh berbuah seawal 5 tahun sekiranya anda mengetahui teknik yang betul.

cara-membuat-bibit-durian-bawor

Tentang buah durian dalam pasu, ingin penulis jelaskan sedikit. Daripada banyak rujukan,  durian yang berbuah dalam pasu adalah durian yang pada asalnya adalah ditanam di tanah dan kemudian dipindahkan ke pasu. Itupun menggunakan teknik dan cara penjagaan yang betul. Bukan mudah seperti tanam dalam pasu dan tinggal sampai keluar buah. Namun, teknologi pertanian yang semakin berkembang kini ada menyatakan tanaman durian monthong  juga boleh berbuah terus dalam pasu dengan menggunakan teknik tertentu.

Sekiranya anda pandangan anda tersendiri, silalah kongsikan di sini. Jika tidak berpuas hati dengan pandangan saya mengenai perkara ini pun boleh komen di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :41936

1 thought on “Benih Durian Monthong

  1. Benar apa yang pihak tuan nyatakan tersebut. Agak mustahil boleh berbuah sesingkat itu. Saya pernah memajak dusun durian bertahun-tahun lamanya. Dari gambar2 viral tersebut, saiz pokok kelihatan berusia lebih 5 tahun. Sedangkan pokok tua boleh sekah (patah) oleh berat buah, inikan pula pokok muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam